Sunday, February 26, 2006

Awan yang pilu le sesangatnyer

Ahaks... aku ketawa untuk mengubat hati yang lara. Lara ke? Lara la.... lara siot.. berdarah lagik. Lama tak buat entry yang berkenaan diri, asyik mengomen orang lain je - macam bagus sangat - tak pun buat promo (sumber pendapatan gua tuh dude!).


So this time around inilah sebuah entry berkenaan diri:


Kerana cinta / Aku kembara / Bagai camar / Melintas laut / Mencari pohon untuk berteduh / Kerana cinta / Aku kembara / Ikut lagu / Bisikan hati / Mendamba kasih / Paling setia / Sepasang sayap tak terlihat / Umpama mimpi yang tersimpan / Jadi rintik-rintik hujan / Menciptakan awan yang terpilu / Puisi ini / Tercipta lantas / Tak kesampaian hajat meronakan / Gelora rinduku kepadamu / Sepasang sayap tak terlihat / Umpama mimpi yang tersimpan / Jadi rintik-rintik hujan / Menciptakan awan yang terpilu / Bukan sekali / Aku ungkapi / Isyarat jiwa dengan sempurna / Biar kau mengerti biar kau sadari / Keadaan ku yang memujamu / Sepasang sayap tak terlihat / Umpama mimpi yang tersimpan / Jadi rintik-rintik hujan / Menciptakan awan yang terpilu


yaaa... itulah dia entry berkenaan diri.


motif????


Ada kena mengena sikit lagu ni - lirik dia la - dengan hidup aku sekarang. Sekarang? Bukan sedari dulu ke? (pergh..bahasa sastera siot!) Anyway, maksudnya...


Keterlibatan aku dalam arena seni terutamanya seni teater ini kurang mendapat restu ataupun kebenaran daripada famili aku terutamanya mak aku dan sedara mara belah mak aku. Macam-macam alasan yang diaorang beri, paling best bab-bab agama la. Aku tahu dan aku sedar aku bukan pengikut Islam yang setia sangat pun, terkadang ok terkadang tidak tapi tak adalah aku nak buat citer porno atas stage (walaupun sekali-sekala bila sengkek terpikir gak nak buat - pasti laris siot - tak...tak...tak buat!! Tak buatlah! Halo...stop smiling ok!)


Dulu-dulu masa student, kerja-kerja teater nih aku buat sekadar atas minat tetapi bila dah lama sikit berkecimpung, passion mula timbul dalam diri. Tak adalah teringin sangat nak jadi artis jauh sekali nak jadi penyeri mangga, HAI ataupun mastika - tapi kalau dah kaya nanti, nak hias rumah cantik-cantik, konsep itu ini bagai pastuh boleh masuk Impiana! Anjung Seri tak mbohlah, makcik-makcik sangat..... - oppp lari topik. Cuma terasa sangat-sangat jatuh cinta dengan dunia teater... entah apa yang best sangat tapi memang best. Dah lama-lama ni, dah bercampur dengan ramai orang yang satu line, barulah tahu yang apa yang aku rasa itu dinamakan passion - passion towards arts.


"Ha, mak! Passion mak!" Kataku sambil mengunyah cekodok.
"Tahulah passion tapi kau tu sejak kerja-kerja teater ni, mak tengok tak cukup makan, hutang sana-sini. Ada duit sikit buat show pakai duit ko. Apa kes! (kesan pengaruh TV kepada orang tua)" Balas mak sambil menukar-nukar channel ASTRO. Pedas memang pedas, lebih pedas daripada segala asam pedas ke, masak pedas ke, masak cili ke... pergh berapi.


Aku tahu, jauh di sudut hati mak aku dia nak aku berjaya. Yelah, aku sorang je anak dia yang masuk U tapi bila grad, kerja simple-simple jer, yang gajinya sama dengan gaji budak yang cuma ada SPM je. Aku tahu mak sedih (erk, rasa nak nangis plak) tapi mak, mana tahu kalau-kalau rezeki aku kat sini kan. Memanglah tak boleh kaya tapi ada jugak penggiat yang kayakan. Jadi aku tahulah siapa yang aku perlu jadikan role model.


Jadinya, kalau mengikut lagu Awan Yang Terpilu dendangan akak Ning yang melerzts ittew, maklah orangnya yang


"Bukan sekali. Aku ungkapi. Isyarat cinta. Dengan sempurna. Biar kau mengerti. Biar kau sadari. Keadaanku yang memujamu"


Aku harap dalam diam mak menanti aku berjaya dalam bidang ini. Walaupun terang-terangan dia membangkang sekarang ini - seterangnya bangkangan Dewan Mesyuarat PAS Pusat terhadap konsert Mawi di Kelantan - suatu hari nanti dia akan berbangga ada anak yang menjulang award di Cameronian Awards tiga tahun berturut-turut (Erk...terberangan plak). Juga bagi pihak aku, aku sendiri tersangat ingin untuk merasakan yang perjuangan aku dalam arena seni ini ada pulangan yang paling best... best yang macam mana, tak reti nak cerita... best kat aku belum tentu best kat korangkan.... janji aku rasa best...best sangat..oh bebest gila!


Sekali ada orang kat sebelah aku tengah hafal skrip maka idea aku pun terganggu. Dah la hafal skrip Bisikan Mustika...trauma siot!!!! Lari semua idea dengan pantasnya sepantas budak-budak Bakawalee lari bila nampak LKA dan Putri Exorcism ahaks..


Da

6 comments:

Anonymous said...

akum...

hmm...kadang2 bila dengar luahan hati orang, baru kita boley paham tentang orang tue...

hmm.. tak sangka lak ko jenis yang macam nie... tapi biasalah manusia kat dunia nie... semuanya bertopengkan lakonan untuk menutup apa yang patut di tutup... tambah2 org2 seni...

hmm.. apa2 pun... aku bangga ngan ko... sebab mampu menjadi apa yang ko nak jadi... bernafas jugak walaupun terjerlus dalam pasir jerlus... walau nyawa2 ikan, tapi masih bertahan...

hmm.. kagum dengan kecekalan ko... hopefully aku pun bley jadi secekal ko... sebab ko salah seorang dari idola aku sejak aku mula berjinak2 dalam dunia seni nie... walaupun mungkin ko tak tau, sebab aku pun malas nak tunjuk yang aku mengagungkan ko sangat sebab takut ko melambung tinggi sangat, takut jatuh nanti sakitnya tak tertahan

hmm.. cukup la kalau aku sekadar jadi pemerhati dari jauh... kadang2 bila aku tengok ko on stage atau buat kerja2 seni, aku tersenyum sendiri, ada sedikit rasa bangga sebab aku tak pilih salah orang untuk dijadikan role model, ada rasa kagum sebab senantiasa ko dapat puaskan hati aku yang selalunyer suka komen orang sorg2 dalam hati (nak komen depan2 rasanya tak layak)

hmm.. be strong.. memang susah tapi semua tue tak mustahil.. hope one day aku bley nak berkata dengan kagum pada anak cucu aku nanti "at tue rakan seperjuangan tok masa muda2 dulu! uhuk... uhuk!!"

hmm.. stay d same or b better!

akum..

artisticklytouch said...

Wah...siapa ya...

mengusha dari jauh dan mengidolakan aku dari jauh
mana aci senyum sorg2..

horror siot... hahahhaha

kalau beranimunculkan diri la...
kena bayar royalti tau mengusha nih hehehehe

anyway terima kasih ler bebanyak.. terharu gak.. tapi jangan citer kat anak cucu jer, vote la kalau2 aku masuk anugerah bintang fofuler hehehhe

terima aku seadanya

p/s: ko nih mesti pernah kena kutuk dengan aku kaw2 punya kans

Pegawai Khalwat said...

Misteri....

Komen jejaka atau jejaki misteri.....

Awat hang tiba-tiba melankolik ni Art? Selalunya orang yang nak menikah ja tiba-tiba cakap lagu tu.

Anyway.... setuju pasai passion. Tapi bila mengadunkan passion dengan tanggungjawab menejemen ni, sewel jugak otak aku oi.

artisticklytouch said...

melankolik kerana aku sepi hahahhaha geli siot cakap macam tuh...

melankolik sebab aku:

nak kena cerai
banyak sangat keje
asik keje 12 jam sehari
asik terpikir nak cari keje lain

passion n management memang memeningkan kepala tapi orang yang ada passion je sanggup manage passion ittew kans?

Pegawai Khalwat said...

Contohnya sapa?

LKA?

Passion Extreme teww!!

artisticklytouch said...

sembang tak ada hasil buat apa! berlagak pulak tuh...

gegar gegar geg geg gegar

dia je bagus, orang lain itu tak elok, ini tak elok, itu tak kena, ini tak kena... bila susah baru nak mengaku member, member mangkuk ayun dia!