Wednesday, February 15, 2006

From My Bed - The Beginning

Dari katil yang kadang-kala terbiar sepi atau sering kali dihuni oleh seorang, dua orang dan lebih ramai orang. Nah, idea segera untuk menyelamatkan bulan Mac 2006 yang nampaknya suram di TASGreenhall.

Idea untuk mementaskan naskah ini terpendam sekian lama akibat kurangnya bahan yang dapat sentuhanseni pentaskan. Namun, demi memandangkan jadual di TASGreenhall yang kosong pada Februari dan Mac 2006, sentuhanseni gagahkan jua untuk memerah otak mencari bahan. Hingga kini, bahannya sekejap ada, sekejap tak ada, sekejap kabur, sekejap terang.

Lantas, empat buah monolog ditampilkan. Semua ceritanya berlaku di sekitar katil. Subjek katil diangkat kerana beberapa perkara:

Pentas TASGreenhall yang kecil dan terhad untuk set yang pelbagai

Katil itu sendiri saiznya pelbagai, coraknya pelbagai, bentuknya juga pelbagai

Ruang katil ibarat satu ruang persendirian pada sesetengah orang.

Dari sini timbul idea untuk mengangkat katil sebagai teraju utama.

Da.



1 comment:

Pegawai Khalwat said...

Katil tu berat. Aku dah tak mahu, nah! Kau ambik katil tu.