Tuesday, February 07, 2006

Selesai satu dan satu lagi dalam proses

12 am telah selesai dipentaskan. Dah lama habis, pertengahan Januari hari itu. Sebelum raya cina lagi. Agak lama aku mengumpulkan idea untuk menulis entry mengenainya. Sebenarnya sampai sekarang ini pun aku belum cukup idea dalam kepala hotak aku. Yang ada and keep coming back is terima kasih kepada si anu anu, kepada anu dan anu. Macam berangan terima anugerah di Cameronian Awards pulak nanti.

Penerimaan penonton cukup memberangsangkan. Aku cukup teruja dengan ucapan-ucapan tahniah daripada penonton yang sedikit terkejut melihat si penjual tiket dan penjawab panggilan di TASGreenhall naik ke pentas apabila nama pengarah disebutkan.

Segala puji bagi Allah

Lakonan. Aku bernasib baik kerana setelah beberapa kali mengarah, aku semakin bijak memilih pelakon. Kali ini di dalam 12 am aku amat berterima kasih kepada para pelakon yang sangat berani dan kreatif. Berani kerana ada yang bahasa omputehnya tidak selaju arus deras Sungai Sedim di Kedah tetapi hanya sekadar Sungai Gombak di kala kemarau. Berani juga kerana ada yang cuma dapat seminggu lebih untuk berlatih. Kreatif kerana aku rasakan, pengarahan aku kali ini sangat simple dan mudah. Kebanyakkan bloking di pentas ditentukan oleh pelakon sendiri dan aku mencantikkannya. Credit should be given to them not me.

Teknikaliti. Ini agak mendukacitakan dan memerlukan perhatian yang lebih di masa hadapan. Shadow, focusing berterabur dan audio yang last minute…pergh lemah gila kerja aku bab-bab teknikal ni. Terima kasih kepada Wong yang come to the rescue dengan upah yang minima.

Audience. Mungkin kerana baru seminggu sebelum 12 am beraksi, khalayak teater TASGreenhall telah disajikan dengan rerun Cheet Chat yang mencuit hati maka ada yang sedikit skeptical dengan naskah baru daripada entah sapa-sapa juga financial problem – keperluan saving untuk ang pow CNY. Pada mulanya aku sangat khuatir penerimaan orang-orang putih terhadap pementasan ini. Manakan tidak, ini adalah satu adaptasi daripada rakan-rakan sewarna mereka. Namun, telahan aku silap, merekalah yang paling menghargai hasil kerja aku kali ini. Ada juga penonton tempatan yang sangat menyukai hasil kerja aku ini dan aku amat berterima kasih.

Ke KL? Entahlah, jarang aku mementaskan naskah yang sama berkali-kali. Secara jujur pementasan ini juga adalah pementasan yang aku kira my baby selepas Ana (2005) dan Bus Stop (2002). Untuk membawanya ke KL, banyak yang perlu aku fikir dan telahkan. Namun rasanya jadik kot. Selepas next project bulan Mac ini.

From My Bed coming up in Mac. Ini projek baru. Hujung minggu yang lalu aku selesai mengadakan sesi ujibakat. Lega rasanya dapat juga korum yang perlu. 4 orang pelakon yang pada aku ada nilai-nilai artistic mereka sendiri – ini di entry lain. Sekarang aku mencari naskah-naskah monodrama yang benar-benar mencabar untuk mereka. Sesiapa yang ada, sent pada greenhall@theactorsstudio.com segala hakcipta terpelihara.

Sayang. Datang nanti ya menyaksikannya pada 10,11 dan 12 Mac 2006

Da

4 comments:

Pegawai Khalwat said...

Ya ampun pak! Ampun!

Kalau teknikalnya hancus.

Lain kali biar gue sendiri yang panjat tangga memfokusnya.

Ampun pak!

Ngak usah bimbang, boardnya udah bisa gue tangani. Beres pak!

Ampun lagi pak!

carinasuyin said...

Tahniah, Art!! Moga-moga dapat berlakon suatu hari nanti dalam produksi pengarah Art yang disegani; apatah lagi kalau sama-sama dengan Chi, ya? :)

tujuh86 said...

Bro,

Kau terima skrip monodrama adaptasi?

Asmadi said...

aku pun suka gak teater dan pernah berlakon tp kat kuantan ni takda kesempatan nak join sama!!so kalau blh bagitahu aku nak join tgk jah eeheh!!