Wednesday, December 29, 2010

Shopping di Bandoeng (Part 1)

Bandung atau nama sebenarnya Paris Van Java adalah tempat asal air sirap bandung dan juga mee bandung.

LOL

Bila aku pi Bandung? sat nak ingat...ha, 4 - 7 Disember harituh. Ala-ala menyambut tahun baru di sana katanya. Planning was like 6 months in advance. Tak ramai pun, 4 orang je.

Jauhkan shopping, nak kena naik kapal terbang sejam lebih baru sampai. Itu tak termasuk perjalanan dari rumah nak ke ulu banat di mana terletaknya LCCT, menunggu lagi, check-in lagi, boarding segala bagai, pendek kata makan 5 ke 6 jam jugaklah baru sampai ke destinasi.

Dah lama teringin nak berjalan ke luar negara. Bukanlah tak pernah tapi dah lama tak buat. Last pergi Sydney tahun 2008. Eh, baru 2 tahun ek? hehe lalalalalalala :D

So kali ini tercapai cita-cita ke luar negara untuk bershopping. Walaupun bukan Milan, Paris atau London tapi tetaplah juga ia di luar negara!!

Sebelum pergi dah buat research segala bagai ni. Kawan tu cakap pergi sini, kawan ni cakap pergi sana, orang itu cakap buat ini, orang sinun cakap buat itu. So, mendengarkan perkhabaran menarik daripada mereka yang pernah pergi, kitaorang memang sangat excited (read: terkinja-kinja gembira) untuk ke sana.

Shopping area pertama yang kitaorang pergi, Jalan Setiabudi di mana terletaknya Rumah Mode. Uiiiihhhh....memang gegak gempita cerita yang kitaorang dengar pasal Rumah Mode ni. So kalau tengok muka memasing memang macam nak borong satu kedai, masuk-masuk je terus berpecah ni masing-masing.

Tetapi....setelah 20 minit berlalu. Kami berkumpul semula. Tak ada sorang pun yang pegang barang untuk di cuba atau di beli. Semua tangan kosong, semua muka blur.

Rumah Mode ini nan hado katanya!!! Memanglah branded segala sesuatu di sini tapi fake fake fake OK. Dah la palsu, aku rasa melambak dekat uptown, downtown dan segala macam town yang ada dekat Malaysia ni.

Motif pergi jejauh untuk shopping barang yang ada dekat uptown?

Takpe, mungkin bukan rezeki jadi kitaorang pergi factory outlet yang lain. Kalau Rumah Mode itu tadi hazab, yang lain lahanat layaknya. Tak pernah aku tengok lambakan barang-barang low quality dalam butik.

Dekat sejam pusing area situ, kitaorang ke Rumah Mode balik. Kami rasakan kami perlu juga beli something to feel that we did shop in Bandoeng. Macam mercy shopping gitu. So I got myself skinny jeans takde brand but look nice on me, a training glove and a Topman shirt yang fake tapi kalau di convertkan harga, separuh daripada harga di Malaysia.

Bila bawak barang ke kereta, supir pun pelik tengok kitaorang lite-lite je shopping. Mesti dia ingat kitaorang save gila-gila. Terasa jugak nak carut tempat tu tapi tak baiklahkan, kampung dia, suka je nak carut-carut. A man's meat is another's poisonkan katanya.

*Nanti sambung lagi dengan beberapa gambar yer...

4 comments:

cik puan olympus said...

ceh... dia berhura hure lagik jauh... ekekekee....

Anonymous said...

memenuhi janji nak post komen semalam

hmm.. tak nak komen lah
nak tunggu gambar jer

artisticklytouch said...

CPS:
mana ada jauh, belakang rumah je haha

rena:
haha thanks tegur. nak harap kat aku memang idak le nak kenal orang

artisticklytouch said...

KZH:
eh, kau bukan dah jejak Bali ke?