Monday, June 15, 2009

Drama Minggu Lalu

Maaflah, sekarang ni agak sukar untuk memblog. Banyak kerja-kerja lain yang lebih penting untuk diselesaikan. Sudahlah streamyx di rumah macam cici faramida lagaknya. Sekarang dah kong terus. Ambik habuan, bulan ni terminate je streamyx tuh.

Entry yang lepas memang aku nak cerita pasal pengalaman aku dengan hantu tapi baru taip sikit dah hilang mood sebab teringat kerja yang belum disiapkan.

So ini sedikit pengalaman, banyak lagi tapi aku tak nak lama sangat mengadap blog...

Dulu, masa aku dalam menengah rendah, kalau cuti sekolah je aku akan balik kampung, kat (P44,N11). Masa tu, arwah tok dan wan ada lagi. Aku pun balik kampung sorang-sorang je, naik bas. Independent giler, tak mainlah balik kampung dengan family, tak bujang ar!!

Rumah arwah tok dan wan ni besar tapi diaorang duduk berdua je. Rumah bawah je guna, rumah atas tak guna sangat. Dedolu masa tok kuat lagi panjat tangga, dia selalu pergi buka tingkap rumah atas dan arwah wan pulak selalu guna toilet atas sebab ada bathtub. Tapi bila memasing dah tak larat nak panjat tangga, rumah atas tu jadi macam ditinggalkan jelah.

Jadi bila aku balik, aku kena duduk rumah atas. Rumah atas ni ada dua bilik. Satu bilik yang mengadap jalan (bilik pengantin mak & abah aku) yang ada balkoni besar giler lagi berdebu dan satu lagi bilik yang mengadap rumah jiran sebelah iaitu rumah cangkorek. Aku duduk kat bilik ni.

Ada dua katil, satu katil King dan satu katil single.

Memang aku selalu kalau balik kampung kena tido bilik ni. Jadi, kali ni, tak payah suruh, aku dah usung beg balik kampung aku masuk bilik tu. Cadar bantal semua arwah tok dah siapkan aku tinggal amek kat bilik dia dan bawak naik ke atas.

Adalah sikit debu bilik tu tapi aku kan anak bujang, anak bujang mana kemas rumah hehe letak je beg terus turun bawah lepak bersembang dengan tok

ish...takleh nak sambung sebak pula teringat arwah...

8 comments:

Life's Like That said...

heh - mencyek la ko Art - potong stim aku.

heh.

artisticklytouch said...

shahe:
hehe...baca citer aku bleh stim ke?? ayooooooo kejeh la ko!!

Pegawai Khalwat said...

tu akai lagi la tu.

Hang bukannya taip speed cici faramida (walau sampai la aku tak tau apa relevan minah tu), hang taip la perabih.

Oi, show kita kalau free toron la. hari tu hari jadi tok menakan hang (gabenor penang). hari cuti untuk orang penang. hang orang penang. kena cuti.

shandye. said...

nape cter ni pending?

tak suke!

Nur Hafiza Hasan said...

salam che art..

adusss, dah 2-3 hari try nk comment.. hope yg ni boleh lah.. [line internet mcm haram...]
hehehe..sebelum pape, ampun maaf dipinta.
lama miss tree x berblog. sampaikan x tahu che art skrg dh dok kat 'darat'.
huhuhuhuhu..

actually this weekend nk ke redang.. ingat che art still dok sana. :(
ada program sekolah, but budak2 stay kat rumah TNB. so mcm nk tny nearest resort/chalet apa kt situ?
huhuhuhu..

artisticklytouch said...

PK:
wakakakaka cici faramida tuh adalah pengganti nama diri kepada perkataan cibai. Kalau sebut cibai macam kurang hajar sangat so sebutlah "cici faramida sangat perangai ko ni kan!!" haha dan penggunaan cici faramida hang adalah salah yer

aku ada Penang 4-6 July so tak sempat tengok hampa punya show, dan tengok rehearsal ja, itupun kalau hampa wat rehearsal hari minggu.

Gabenor? tulah hampa, Sultan & Raja duk meniaga roti canai

shy:
hehehehe alah citer kat TV boleh je tunggu seminggu

cik misteri:
owh, ko ingat aku bila ada kepentingan jelah....kejeh!!! hahaha kat area tuh cuma ada Berjaya Hotel dengan satu chalet kampung, Chalet Azmi kalau tak silap

Nur Hafiza Hasan said...

che art..

hehe..daku tahu diri ini jahat.. heehehehe..chalet azmi? akan ku google!
happy ngn keje skrg?

artisticklytouch said...

cik misteri:
owh...sangat2 happy. Nah, aku bagi no tipon member aku kat sana, dia kawan baik dengan Azmi tokey chalet tuh...ko tipon dia yer sebab aku rasa google kat internet tak jupe kot..016-9900863 - nama dia Azlan. Cakap dia aku yang bagi no phone ni. Dia pun boleh arrange activity kat sana macam candat ke, snokling ke..ko tanya jelah kat dia