Saturday, May 09, 2009

Dari Mata Ini Aku Melihat Kamu

Walaupun janjinya 5 hari 5 malam sahaja tapi entry penutup pada kegilaan keTOMOKan ini aku rasa ada perlunya juga dipaparkan pada umum.

Sepanjang aku paparkan entry mengenai persembahan TOMOK ni, kalau diperhatikan kepada komen-komen yang ditinggalkan, kebanyakkannya nampak perubahan yang cuba dibawa oleh TOMOK tapi tak kurang juga yang gagal untuk melihat (atau tidak mahu melihat?). Agak mendukacitakan apabila komen adalah pada rambutnya, seluarnya, persembahan-persembahannya bersama New Boyz dulu dan macam-macam lagi yang aku rasakan kurang relevan tetapi itu mata anda, anda berhak dan aku tak boleh mengubah itu.

Sebenarnya, entry-entry kegilaan ini menjadi penghias blog sentuhanseni bukan kerana aku ni minat gila pada dia dalam apa bentuk sekalipun.

Ini kerana aku rasakan ada perubahan kearah kematangan dan sesuatu yang lebih segar dari pihak TOMOK. Dapat dilihat pada kesungguhannya untuk membuktikan kemampuan diri dan bakat yang ada.

Kesungguhan inilah yang menarik minat aku. Apa saja kesungguhan yang sesiapa jua tunjukkan dalam mereka menuju ke arah matlamat mereka, itu akan menarik minat aku. Akhir sekali, berkat usaha dan kesungguhan itu, nah, dia berjaya.

Penegasannya di sini, dengan kesungguhan, kejayaan pasti akan menjelma dan menjadi milik kita.

Aku berani kata, sehingga selepas entry-entry ini dan juga kemenangannya, aku masih belum menjadi peminat TOMOK...tapi aku menghargai usahanya dan aspirasinya.

Itulah yang sebenar-benarnya tujuan segala entry keTOMOKan ini. Melihat kepada sesuatu dengan mata hati dan akal, melangkaui apa yang kita mampu lihat dengan mata kasar.

Itulah sebabnya 'Dari Mata Ini Aku Melihat Kamu' menjadi tagline blog ini.

Nah, dua klip terakhir dari OIAM yang aku rasa berbaloi untuk anda tonton...


opening performance


nak nanges, bley?!

8 comments:

Echos Of The Mind said...

eh, pls la.. Art - u need a help, ok.

*gtew

:: NbC :: said...

Art,

ouch..! haha

*comment kami pun nak meriahkan ur blog gak.. ada pembangkang kan lebih meriah, haha

Bunga Rampai said...

Kesungguhan yang datang dari tulus hati menjadikan mata tidak silap melihatnya

Kata-kata di atas bukan saja untuk Tomok malah untuk Art juga.

Salam :)

artisticklytouch said...

kak pinky:
alaaaaahhh I love youlah!!!

jerry:
alaaaaaahhh nak jadi pengapitlah...opppsssss..

cik bunga rampai:
alaaaaahhhhh i love you too lah muah muah

Unknown said...

tp lu kena slalu ingat, tak semua yg mata kita nampak, memberikan gambaran yang sebenar.

yelah.... TOMOK juara

Pegawai Khalwat said...

Kuang kuang kuang

artisticklytouch said...

komeng:
betul betul betul...

PK:
kuang bulan bunga raya,
meh sini skrip aku nak baca

artisticklytouch said...

jerry:
on another note, you just dont get it, do you?