Tadi bloghopping sekejap, mencuri idea. Taaadaaa...!!! Dapat idea daripada http://butaseni.blogspot.com/ yang berteriak-teriak kurangnya penonton teater. Alahai siannya, berlakon penat-penat, buat set penat-penat, ponteng kerja, tipu mak bapak segala, tiba show takde pulak orang datang. Itulah yang dikatakan ketampanan dan keseksian pelakon belum menjamin kelarisan pementasan ha ha jadinya akak nak buat follow-up kepada entri itu di dalam entri ini. Harus diingat, ini blog akak, jadi sukahati akak nak kata apa, akak pegang crown di sini uols (sambil menyarungkan crown di atas kepala).
Sebagai ex-penggiat seni teater dalam Bahasa Melayu dan Inggeris (berat pulak crown nih!) akak rasakan ada beberapa masalah besar.
Pertama, publisiti. Apa yang dikatakan publisiti bagai nak rak tu? Seingat akak la kan, publisiti bagai nak rak cuma sebulan sebelum show. Kaedahnya nak menarik orang! Bukan kita (senget plak crown nih!) sengaja nak melambat-lambatkan tetapi seingat akak la kan, orang yang mahu dan mampu untuk cover publisiti tak ramai, kurang lima jari nak kira pun. Tapi yang berebut-rebut nak jadi teknikal tu ramai namun haram apa kerja pun tak reti buat, datang training untuk gosip dan makan. Siapa yang ambil peduli pasal publisiti? Ini bukan cerita sape yang nak buat design tau tapi sape yang sanggup keluar membuat publisiti dalam apa cara sekalipun. Cara publisiti pun kena selalu ada pembaharuan, poster, banting, promo radio, flyers, banner semua tuh dah buatkan, kena try la cara lain pulak...mengumpat ke, buat kontroversi hangat ke, tapi tolonglah jangan janjikan tiket free!!! Korangkan dah ada Konsortium Teater, apa lagi fikirlah! Ha Ha akak dah puas fikir dah dulu. Oklah bagi contoh, masa 8TV mula-mula beroperasi dulu, merata-rata orang 8TV buat iklan di jalanan. Kalau nak promote cite STAR TREK, semua pakai macam Alien jalan tengah-tengah panas kat tengah-tengah KL. Nak promote citer Next Top Model pulak, terpaksalah menggaji model-model buat catwalk lintas-lintas jalan yang maha sibuk dengan pakaian seksi dan cantik. Sekadar contoh.
Kedua, memang ramai yang tak tahu kenapa mereka harus menonton teater. Pernah seorang rakan akak, selepas diajak menonton teater akak, dia kata tak nak sebab dia tak suka tengok teater, sebab teater cakapnya macam orang zaman dulukala. Lantas akak laser "Kau ingat aku buat bangsawan!" (chak ding chak ding - aku mahu lampu siluet!) Itu datangnya dari seorang yang berpendidikan tinggi!
Bukan salah pengarah mementaskan teater berat sebab kalau teater berat itu berkesan dari segala segi, lakonannya, teknikalnya, naskahnya, penonton akan dapat juga intipati yang ditonjolkan. Janganlah risau kalau penonton tak faham mesej kamu, bukan pementasan itu tidak berjaya kerana penonton mungkin nampak mesej lain, secara positifnya kamu telah mengembangkan paradigma penonton (gituh, naik setingkat crown akak!) Teater ringan yang bertujuan untuk berhibur juga boleh disalahertikan, sebagai contoh, andai kata pementasan itu tidak berkesan lakonannya, teknikalnya dan naskahnya, seringan mana pun ia, akan tetap tidak mampu menarik penonton. Memang penonton akan ketawa guling-guling, menyebut-nyebut dialog yang diingat dan akan berulang-kali datang tetapi sampai bila kita mahu buat persembahan begitu? Persoalannya penonton yang baru, tahukah dia itu persembahan berat atau tidak? Satu lagi, adakah hadirnya mereka itu kerana teater itu seronok ditonton atau kerana FOC?
Pendidikan dan penghayatan (orang kampung akak kata 'appreciation') pada seni persembahan perlu ada dari peringkat awal lagi. Tak perlu tambah buku teks, buat berat beg budak-budak tu je! Yang ini sebenarnya baru bermula, jadi kalau nak nampak kesannya sekarang memang susahlah, tunggulah 10 tahun lagi, Insya-Allah. Mak bapak pun kena la buka mindset, ini tidak, teater tak boleh - LARRHA katanya, tapi anak nak masuk AF boleh pulak! (no offence ye, akak pun layan AF gak).
Ramai penggiat kata teater di Malaysia tidak berkembang, akak tak rasa macam tu, teater di Malaysia sedang berkembang. Sebagi contoh, di Pulau Pinang, 5 tahun dulu pementasan teater cuma semasa festival teater (itupun dua tiga kumpulan je yang bertanding) dan Bangsawan semasa Pesta Pulau Pinang tetapi sekarang tidak lagi, sudah banyak kumpulan teater di serata negeri dan yang bertanding dalam festival. Penggiat juga semakin ramai. Hal yang sama juga di negeri-negeri lain. Mereka-mereka ini suatu masa dulu hanyalah penonton dan hadirnya mereka dalam arena seni teater sekarang hasil daripada pementasan-pementasan yang mereka tontonlah, tak gitu? Jadi, apa yang dikatakan tak ada penonton?
Ya, akak ingat lagi, pementasan Bangku Buluh Rambutan Gading krewnya lebih ramai daripada penonton. Ceritanya bukan cerita absurd atau anti-realisme tetapi kenapa tidak ada penonton? Akak buat banner, akak menjerit dekat radio, akak tempek poster dengan gam kanji bersama-sama Azmir Aziz (bukan nama sebenar ha ha), akak buat flyers, dan tiket pun RM5 sajork tapi tetap tak ada penonton! Tetapi semasa akak membuat pementasan Ana, yang bertanding di festival teater, yang masuknya percuma, penuh dewan uols! Pementasan Ana itukan sebuah anti-realist (walaupun ada sesetengah orang tak suka, kekwat! - crown akak tetap teguh berdiri!) Jadinya bukan soal naskah, pelakon atau teknikal sajork, soal duit juga uols. Berat masalah duit ni, orang lagi sanggup top-up prepaid daripada bayar harga yang sama untuk menonton teater. Kenapa uols tanya? Kerana kalau top-up boleh dapat bonus ha ha menonton teater ada bonus ke? Kalau ada, bonus inilah yang perlu dihiglightkan dengan jelas menggunakan pen highlighter staedler kepada masyarakat (feeling wave Ratu semasa perarakan Hari Kemerdekaan).
Kalau uols tak percaya cakap akak, uols cubalah buat teater yang penuh gelak ketawa, gembira, ceria la la la la tapi letak harga tiket RM30.00, uols cuba try test tengok ada tak orang datang. Penonton-penonton yang sebelum ini kata teater anti-realist, tak paham, tak nak tengok, nak tengok teater lawak jenaka saja..atau teater ringan saja, uols perhatikan, diaorang datang ke tidak. Sepengetahuan dan berdasarkan pengalaman akaklahkan, memang tak datang! Kalau uols berair sangat nak diaorang datang, terpaksalah bagi tiket free. Kaedahnya habis tu yang uols menghabiskan masa berlatih, mengumpat, berpeleseran dan membuat set tu, sape nak bayar? Persatuan Bakawalee takpelah duit banyak, (senyum bangga sambil menghulurkan RM100.00 ke dalam akaun Bakawalee) persatuan lain!? Takkan nak buat loan dengan Bakawalee.
Sebenarnyakan, setelah sekian lama, teater kita ni baru nak berkembang. Berterima kasihlah sangat-sangat kepada produksi PGL kerana akak perasan, selepas pementasan mereka di IB, ramai orang datang tengok teater, ramai orang sudah boleh terima teater. Terima kasih juga kepada ASTRO kerana melalui AF mereka telah mewar-warkan seni teater menerusi kelas Ibu Fauziah Nawi, sekarang ramai sudah celik teater. Celik sikitlah, nak celik banyak-banyak, itu kerja penggiat teater yang ada.
Yang pentingnya uols ratu-ratu sekalian jangan berhenti berteater. Walaupun uols berada jauh dari dunia teater seperti akak ini ha ha inikan pula uols sedang bergiat. Kalau dah penonton tak nak datang ke uols, uols pergi kepada mereka! Janganlah hanya mahu membuat persembahan di dalam Audi sajork, persembahan jalanan juga adalah satu bentuk pementasan. Kena ingat definasi teater, siapa tak tahu, boleh ambil tahu dengan Pegawai Khalwat di http://arts4life.blogspot.com/
Jangan katalah teater Inggeris ramai pengikut, akak pernah buat teater Inggeris, pelakon dari US lagi, seksi uols, tak caya tanya lecturer pondan gergasi sorang ni di http://butaseni.blogspot.com/ sakit nak dapat penonton, yang ramai datangnya kawan-kawan pompuan mat saleh bernama April ittew. Akak berterima kasih sangat pada dia, kaya Bakawalee!! Pokok pangkalnya kalau nak ramai penonton berbayar yang menghargai usaha uols, uols kenalah duduk berbincang mencari penyelesaian dan jalan yang jelas lagi terang tapi ingat kalau asyik bincang-bincang sahaja, tindakan tidak ada tak guna juga. Apa guna Konsortium pada nama sajork!!! ha ha takkan ditubuhkan semata-mata sebagai tempat mencari jodoh (PIAAANNGGG!!! aduh, akak kena tampar!) Tapi betulah seingat akakkan, dah lama penggiat teater tak duduk semeja merencana dasar-dasar untuk menarik penonton.
Panjangnya akak membebel. Senang ginilah, kalau uols nak 'menarik' ramai orang datang tengok pementasan uols, dekat poster ke, banner ke, apa-apa jelahkan, uols letak tangan dekat poster, banner, etc ittew so nanti tangan ittew akan 'menarik' penonton menonton teater uols ha ha laaarrrriiiiiiiikkkkkkkk....
p/s : sebab pakai crown diamond tiga tingkat kena bahasakan diri sebagai akak ha ha (gelak tetap maintain jantan sebab pagi tadi lupa shave jambang)
12 comments:
Hang ni sorang lagi besaq punya cabai sua kat aku.
Psss... kalo aku jemput Mila, Aswad dan Yus Edoo belakon agak hang ramai tak mai tengok show?
PK:
mana ada sua cabai...lain la kalau hang presiden konsortium sembang seutara ha ha
kalo hang jemput mila, aswad dan yus edoo nanti ramai sangat mai payah nak collect tiket, lagipun krew-krew (berdasarkan kisah benar) akan sibuk berpeleseran.
dah macam LKA je.semua bercontohkan karya sendiri :)
teater inggeris yg ramai pengikut tu dimaksudkan group-group yang besar seprti di KL,depa ni support sesama sendiri.jarang sekali cucuk dari belakang dan asyik tunjuk yg dia je terhebat macam geng tanjung.
eeeerrmmmmmm.........
audiens kita suka sesuatu yang 'hype' atau happening
suadah lumrah begitu orang Malaysia.
bukan semua, tapi majoritinya.
Mungkin kena buat sarkis dengan beruang albino lawan dengan harimau siberia baru nak pay attention.
hihi
apa aku merepek ni? abaikan saja ya!
tak kuasa nyah!
haha
pakai crown dgn jambang... isk isk...
butaseni:
aku bagi contoh karya sendiri sebab itu berdasarkan pengalaman. LKA kerana riak dan bongkak, beza sangat tu. Are u sure group di KL support sesama sendiri? he he u better do more research dude. Hang geng tanjungkan? jadi hang pun tunjuk hebatlah? he he sering kali kita tersalah tafsir akan niat seseorang kerana niat kita sendiri sudah terpesong
jinggo:
errrmmm...boleh!
nerd:
ya ya audience suka sesuatu yang hype, aku setuju. apa kata konsortium?
ontahsapo:
hazabkans....
dalam entry aku takde kata pun pasai negeri mana2 pun,general.memang melayu macam tu.hang yg specific kan negeri.mcm mana kat KL pun aku tau.4 ur info,aku jugak pegi kursus dan bengkel,bukan harap keterampilan.aku mantion pasal tanjung tu sbb the way hg react mcm org yg mega hebat dari tanjung tu reacted,bila pun tunjuk hebat.
Menarik, tulisan ini membawa saya berfikir. Terima kasih.
Saya tambah satu lagi tingkat crown akak tu ...
Salam :)
kita sokong ler... publisiti tu teramat ler penting....
Ramai lagi masyarakat di luar sana masih lagi tertanya-tanya, "Teater itu apa?" :)
butaseni:
dia memang 'hebat'
cik bunga rampai:
addduuuuhhh beratnya tapi akak akan memikul tanggungjawab yang datang bersama setingkat lagi crown ini ha ha
mak su:
sangat-sangat penting mak su dan kosnya juga sangat-sangat penting
BP:
kenapa ye?
Post a Comment