Sudah dua hari kemeriahan Festival Monodrama di Kedah berakhir. Lebih seperti Festival untuk negeri-negeri di Utara Semenanjung. Rasanya tak salah ditafsir begitu kerana hanya Pulau Pinang, Perak, Perlis dan tuan rumah yang menghantar penyertaan. Pada pandangan sentuhanseni, ini adalah sebuah acara yang sebaiknya diteruskan untuk tahun-tahun mendatang dan dikekalkan ekskusifnya di peringkat Utara Semenanjung dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan penggiat empat buah negeri ini.
Pulau Pinang dengan empat penyertaan pulang dengan empat hamper saguhati dan hadiah penyertaan (dalam erti kata lain - balik tangan kosong daaa). Ada orang kata hantar banyak-banyak tapi semua kalah. Pada sentuhanseni, menang atau kalah itu tidak menjadi soal, dalam pada ketika penggiat-penggiat lebih gemar bercakaran sesama sendiri dan menghebat-hebatkan kumpulan sendiri, penyertaan berbanding kemenangan adalah lebih penting.
Penyertaan untuk mengeratkan hubungan ke arah lebih bersifat kekeluargaan.
11 persembahan semua sekali. Tak larat nak komen satu-satu.
6 comments:
drama sebabak?
Yaa.... betul, bersifat kekeluargaan.
Ada yang sampai nak tambah ahli keluarga.
Kalah tak kisah Art, janji puas.
Tapi kalau menang baru kisah, sebab dapat duit.
zizie ali:
Thanks 4 dropping by. Haah drama sebabak yang dilakonkan seorang pelakon hebat.
ann nurbaya:
eh eh passion!
PK:
saper yang buat anak? Ha ha
Kagum dengan semangat berdrama kau.... Kau dengan Pegawai Khalwat ni kira se'kapal' la ekk...
BP, Kapal teater saja. Lifestyle tak sekapal.
BP:
Haah...kapal layar pentas
PK:
Ya betul!
Post a Comment