Sebulan yang lalu Injak : Maka Beres beraksi di pentas TASGreenhall. Aksi mereka hebat namun kehebatan itu tidak dapat dihargai oleh penggiat-penggiat teater Pulau Pinang. Pementasannya bertiket, mereka tidak mampu. Pementasan mereka hebat, pementasan orang lain hanya picisan.
Bukanlah hebat sangat pun, ada celanya tiga pementasan yang diadakan itu namun rasanya banyak yang boleh dipelajari oleh penggiat-penggiat teater di sini. Tepuk dada tanya diri.
tap tap tap tap tap tap tap tap (bunyi hentakan kaki Mira yang resah menunggu)
Lakonan yang bertenaga daripada pendukung-pendukung watak menceriakan pementasan ini walaupun rekod penonton teramai selama tiga pementasan adalah 15 orang.
pap pap pap pap pap pap pap pap (bunyi tepukan tangan Mira yang resah menunggu)
Aku suka artistiknya pementasan ini.
Awal (izzad) berdiri di Upper Center Stage (UCS) di dalam sebuah ruang (yang dinyatakan dengan lampu) yang sangat sempit. Di hadapannya menganjur satu laluan (juga dinyatakan dengan kesan lampu) ke Down Stage Left (DSL) ke arah tempat Mira (Mislina) sedang menunggu. Awal dan Mira hanya beraksi di dalam ruang mereka yang kecil dengan pergerakan yang minima namun tetap dapat menggambarkan jiwa mereka pada satu-satu ketika.
FYI, pentas TASGreenhall sememangnya kecil dan pengarah mengecilkan lagi ruang lakonnya - satu keberanian yang sentuhanseni puji. Di kiri dan kanan pentas disediakan satu ruang kecil yang ditutup daripada pandangan penonton. Inilah tempat dua setan/badut istana/jiwa kacau symbolica (megat, Maizul & Veera) beraksi. Tanpa ditonjolkan diri mereka, hanya bebayang mereka di hadapan panahan fresner merah, mereka mampu menarik perhatian penonton dan sekali-sekala mencuri tumpuan cerita. Apatah lagi dengan Awal yang dikeraskan di tengah-tengah pentas sambil membaca, diulang membaca surat yang dihantarnya kepada Mira.
Awal mahu Mira tahu perasaannya. Awal mahu berjumpa Mira. Mira tunggu. Awal tak sampai-sampai.
cuit ciut cuit ciut cuit ciut (bunyi tapak kasut converse Mira bergesel dengan lantai)
Mira nak tahu sendiri benarnya perasaan Awal. Jadi Mira tunggu. Awal tak sampai-sampai. Mira baca surat tu untuk kali yang entah keberapa. Mira tak koyak surat tu. Mira lipat. Lipat cantik-cantik. Lipat jadi kapal terbang.
Sepi rasa
hati ini bila mengenangmu....
Mira BLAH! Dia dah bosan menunggu...
Bosan menunggu penonton yang celik tapi tak celik....

1 comment:
Lamanya nak tunggu hang komen pasai Injak. Aku rasa aku tak perlulah komen panjang. Sebab dah dikomen dua kali oleh aku (tak pernah orang buat komen dua kali).
Kita tunggu produksi hang pulak.. he he he.....
Post a Comment