Saturday, December 24, 2005

FOC

Saper tak suka anything that is FOC dia gila.

Aku buat show teater kawan-kawan aku akan datang kalau masuknya percuma.

Kawan-kawan aku akan hanya setuju ikut aku tengok wayang kalau tiketnya free - kami kenal orang, ada link!

Makan free ramai yang datang.

Tak kiralah kau jamu apa.

Aku pun suka benda-benda free.

Masuk clubbing kalau free.

Beli barang pun usha dulu label kalau-kalau ada benda free come together.

Tapi aku tak sanggup tengok kerja-kerja seni free sebab aku tahu jerihnya.

Aku pernah buat show free, penuh orang datang sampai duduk di tangga di sebelah kaki-kaki manusia.

Aku pernah buat show bertiket, tak mahal RM 5 je, krew aku lagi ramai daripada penonton.

Orang Pulau Pinang cukup tak suka menyeberang selat sebab kena bayar tol, kalau tol tak ada, menyeberang free macam kat Terengganu, aku yakin lagi sesak Pulau Pinang.

Esok lusa ada show free kat Penang, aku bagitahu kat kawan aku, dia buat derk je, aku kata aku ada 2 pas percuma, terus mata dia terbelalak.

Hari ini dia sms aku nak 4 pas percuma.

Hehehehhe

Kawan aku, kau jangan terasa tau.

Benda free ni bestkan.

Tapi ada ke benda free di dunia ni sebenarnya?

Ada, komen korang, free je!

Eh tapi streamyx kena bayarkan cukup bulan nanti.

Alahai .....

4 comments:

tujuh86 said...

:|

Nasib baik la aku jauh di KL, kalau tak, aku pun pas free. Untuk 4 orang, ya?

Hah!

abdullahjones said...

:)

Pegawai Khalwat said...

Bab tol tu boleh jadi jugak Art. RM7 utk satu kereta. baru bole naik 5 orang.

tak masuk minyak, parking (eh... parking free), makan minum (sebelum atau selepas pementasan).

Tapi bagi aku itu bukan alasan. Sebab aku ingat lagi, kita sanggup ke Aloq Staq dan Kangar untuk tengok show kawan-kawan (tak kiralah free atau tak, tapi biasanya freelah).

Sebab kita support, kalau tak pergi pun sebab ada clash dengan keja-keja kita.

Hai.... entahlah... Kalau Mawi atau Siti Nurhaliza turun untuk Mamee Slurppp atau Hotlink, tak lorat pulak pasal RM 7 tu....

Mungkin berbaloi kot tengok depa...

anakjepun said...

4 pas free? cam knal je sms ittew.. MOTIF?