Saturday, January 07, 2006

sentuhanseni menonton Opera Ayu Cendana

"Pertemuan itu bersyarat dan perpisahan itu adalah mutlak"

sentuhanseni menonton OAC pada 29 Disember 2005. Ini kali kedua sentuhanseni menonton OAC. Kali pertama dulu di Kota Kuala Lumpur semasa siri pementasan pertama mereka di Panggung Eksperimen. Masa itu yang membarisi peranan-peranan utama adalah mereka yang telah ada nama dalam lapangan teater tempatan terutamanya di Kuala Lumpur. Kali ini, barisan pelakonnya rasanya muka-muka baru kecuali OS, Asrul, Abg. Mol dan Fauziah Nawi. Atau sentuhanseni sendiri yang sudah lama benar tidak bersama-sama bergiat dengan mereka di Kuala Lumpur.

"Macam mana nak maju kalau semuanya nak harapkan bantuan baru nak buat"

Settingnya lain. Ada lagu lama (yang masih sedap didengar). Ada lagu baru (atau sentuhanseni sudah lupa lagu ini juga lagu lama). Kali ini semua orang pakai clip mike. Penari-penarinya dari IB (gerak itu macam sama dengan gerak dalam pementasan lain di IB - copy, cut and paste ke?).

"Kadang-kadang jadi mengikut sahaja itu adalah lebih baik"

Fauziah Nawi tetap best. Julia pun best tapi sentuhanseni tak nampak sangat muka dia sebab jauh, last time di Panggung Eksperimen, pelakon dekat dengan audience, pelakon korek hidung pun nampak. Wak memang sentuhanseni respek, lakonannya oklah tapi lagu-lagu ciptaannya lagi best daripada ciptaan Adnan Abu Hassan. Misa pun best cuma sebab sebelum ini watak itu dibawa Mislina, jadi sentuhanseni berfantasi Mislina di situ. Nadia Nasir (tak dapat tangkap nama wataknya), kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.. dia menyanyi best, dia berlakon pun best, dia sentuhanseni lihat sebagai pengekal tempo lakonan, tugas dan tanggungjawab yang diberikan padanya dilaksanakan dengan jaya. Yang lain, hmmm... kenapa korang marah-marah sepanjang pementasan? Tak ada jiwalah lakonan kamu. Kamu hanya menjerit-jeritkan dialog sahaja di pentas. Cuba lagi ya.

"I don't want to wake up one day and tell myself, once upon a time I was a Malay"

Perjalanan cerita pada sentuhanseni adalah sedikit terganggu dengan lakonan mereka-mereka yang tidak berjiwa ini. Nasib baiklah ada sebahagian lagi yang amat menitik beratkan penghayatan watak. Golongan ini kelihatannya berusaha sedaya upaya untuk mengawal kelemahan rakan lakon mereka.

"Hanya kerana aku bercakap Bahasa Inggeris, aku tidak Melayu?"

Amat mendukacitakan apabila disiplin level pelakon di pentas seringkali diabaikan. Sudahlah memakai clip mike, semuanya berdiri tegak dari hujung kanan stage ke hujung kiri stage, lontaran dialog tidak disertakan dengan ekspresi, hinggakan sentuhanseni tertanya-tanya siapa yang berdialog? Rupanya si dia yang duduk di Upper Center Stage (UCS), di belakang tubuh-tubuh kaku yang posing. Abang, kenapa berdialog dari celahan kangkang orang lain, haiyooooo....

"Aku ada impian aku sendiri, aku tak mahu cuma menjadi isteri kepada seorang anak muda bangsawan yang hidupnya sendiri tidak tentu"

Seting pada sentuhanseni sangat simple, mungkin kerana ini adalah pementasan bergerak jadinya kos pengangkutan dan realistiknya mengangkut set itu perlu diambil kira tapi pementasan yang asal tidak ada set dan itu lebih berkesan. sentuhanseni suka lampu kecil-kecil di latar itu, menarik.

"Kita sering menyayangi seseorang yang tidak menyayangi kita"

Ramai juga penggiat-penggiat teater yang pergi menonton tapi tidak cukup ramai untuk memenuhkan panggung. sentuhanseni berharap sangat yang kita di Pulau Pinang ini dapat belajar kalau tidak sedikit, banyak, daripada pementasan OAC. Sesungguhnya they have leave us far too behind guys!! Segeralah celik. Harapnya juga STEFANI akan terus berkarya dan terus memperjuangkan seni teater ini. Kami di Pulau Pinang akan sudi membantu semampunya jika diperlukan.

Da

4 comments:

Pegawai Khalwat said...

Slow ja komen hang... letih ka?

artisticklytouch said...

Slow ke? Aku ingat dah cukup pedas tapi sebenarnya aku tak menonton sebagai pengkritik malam tu cuma sekadar mengimbau nostalgia. Tambah-tambah aku dah tengok pementasan yang mula-mula jadinya takut biaslah komen-komen aku.

Pegawai Khalwat said...

tak pedaih lagi tu... tu kira biasa la tu.... tapi kira ok la tu....

Syalizawani Ramlan said...

Hi sentuhanseni. I saja search on 'Opera Ayu Cendana' di google. Klik blog ni. Saja search OAC sebab rindu pada teater ni. Saya actually salah seorang pelakon OAC masa di Penang tu, Julia. Itu pementasan kali ke 7 saya sepanjang dgn STEFANI. Btul komen2 u tu. Tak semua kami berpuashati masa show, baik lakonan atas set. Set org IB buat, mcm nak tak nak. Ada pelakon baru yg endah2 tak endah nasihat Ibu (F.Nawi) tht's why mereka tak begitu perfom. Anyway, thks krn komen..