Sunday, January 08, 2006

Beca Dua

Aku berjalan kaki untuk ke kedai makan di tepian laut Selat Penang. Di kananku Dewan Sri Pinang. Di kiriku deretan bangunan Greenhall. Ada apek jual buah potong. Aku toleh belakang. Ada beca dengan dua mat salleh sedang menuju ke arahku. Kemudian aku terdengar..

“This is Dewan Sri Pinang, kids come here to read books,” kata abang beca.

“Ohh…. library,” mat salleh berdua nyata kagum.

Aku. Aku kaget.

Abang, Dewan Sri Pinang mana ada library. Balai lukisan ada la. Aku tersenyum sendiri. Bodoh jugak orang putih ni.

1 comment:

Pegawai Khalwat said...

Pengayuh beca tu mesti warisan punya. Sebab dulu memang ada library, tempat bebudak baca buku (dan pura-pura datang baca buku, padahal buat benda lain).

Library dah pindah pun ke Perpustakaan Kanak-kanak dekat Kompleks Masyarakat Penyayang. (siapa yang bukan orang Tanjung bolehlah menghubungi Sentuhanseni untuk dapat maklumat detail)

Mujurle Mat Salleh tu tak terasa nak ke library ye. Kalau tak...

HUmmm......