Thursday, January 19, 2006

12 am

Produksi terbaru daripada TASGreenhall dan Bakawalee – 12 am. Ini arahan terbaru aku. Hanya sekadar untuk menggantikan produksi Percaturan yang tidak kesampaian. Idea untuk mementaskan naskah 12 am ini muncul pada ketika aku menyedari yang penonton di TASGreenhall ini hanya mahukan produksi berbahasa Inggeris.

Tidak mengapalah, sama saja, buat pementasan dalam apa jua bahasa, tujuannya adalah satu, menyemarakkan lagi teater Malaysia.

Kali ini aku gabungkan pelakon-pelakon yang pernah bekerja bersama-sama aku. Dari zaman aku masih belajar bertatih dengan teater hingga sekarang. Benarlah kata ramai penggiat, sekali kau berada di atas pentas itu, kau pasti sukar untuk turun.

Persembahan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Lakonan aku rasakan tidaklah cukup mantap untuk khalayak teater tetapi untuk yang datang berhibur, ia berbaloi. Nyata sekali Pulau Pinang amat kekurangan pelakon bagus yang boleh berbahasa Inggeris. Ini perlu dibengkelkan rasanya.

Sekarang ini adalah tempoh untuk mengangankan khalayak, menyiapkan bahagian-bahagian teknikal dalam pementasan dan merisaukan diri dengan kemungkinan-kemungkinan yang pasti serta tidak pasti. Tidak lupa juga mengorek tabung untuk menampung keperluan produksi – ini adalah tabiat yang tidak dapat aku kikis sampai sekarang.

Semoga perjalanan 12 am lancar dan mendapat sambutan yang terbaik.

Aku sedang mengangankan cerita seterusnya.

Da.

4 comments:

Pegawai Khalwat said...

Amin... amin.... amin...!

carinasuyin said...

How did it go, Art?

lotsachi said...

think of multilanguage next time :)

i just finished with Questfest - visual (movement) theatre. this is the first time i'm in a deaf (theatre) community. of course, not everyone's deaf - audiences and performers. and not everyone who's signing is deaf.

http://www.questfest.org

what's my point here. oh yea, incorporate deaf language too! ;) hey, pls search for ramesh (the SUPERB and TALENTED singaporen indian deaf performer) in the above (given) website. pls pull some strings and invite him to TASGreenhall. well, i'm not sure how much he's paid for touring/performing, but ermmm...work it out ;) get sponsors!

artisticklytouch said...

carina : it was well perceived dear...wait for my entry

chi : thank you chi for the thought...c wat i can do