Monday, April 05, 2010

KAWENNNN????? errrrrrrr....

Aku dah bosan. Malas nak siapkan kerja.

Tajuk itu adalah soalan cepu cemas yang sangat femes. Especially bila kau dah masuk usia lanjut ikut budaya kaulahkan. Sebab kalau kau duduk di New York atau London malah Milan sekali pun, di usia 40 dan kau masih single, takde sapa yang peduli tapi kalau budaya Malaysia, umur 25 dan kau tak kawen lagi, kau sudah masuk statistik terlajak yer.

Aku tak cakap pasal orang lain, aku cakap pasal diri sendiri.

Dah bertahun-tahun aku dapat soalan yang sama. Dah macam-macam jawapan aku bagi tapi orang tak pernah puas lalu mereka terus-terusan bertanya dan menekan. Takpelah aku layankan aje, lagipun yang tanya tuh, kawan-kawan, sedara mara dan selalunya yang lebih tua dari aku jadi nak kena hormatlah bila menjawab walaupun dalam hati menyirap je.

ini kazen aku, tengok tuh pink karer, rilek je!!

Menyirap bukan apa, sebab dah tak ada soalan lain ke? Bila aku jawab lebih kurang tahu pulak sentap. Sekarang tanya bila nak kawen. Bila kau dah kawen, tanya pulak bila nak dapat anak. Bila dah dapat anak, tanya pulak bila nak tambah anak. Bila kau dah tambah dan tambah dan tambah anak, tanya pulak bila kita nak start perancangan keluarga hehehe kalau anak dah berderet macam keretapi mel malam baru nak merancang baik tak payah..

Masyarakat kita ni ada je nak sibuk hal orangkan, cuba kalau nak tanya tu, disusuli dengan cadangan. Contohnya macam ni;

"bila kau nak kawen?"
"ntoh"
"aku ada calon untuk kau"

Ha, part cadangan calon tuh best tapi bagilah calon yang bersesuaian sikit haha aku dapat beberapa cadangan tapi semua terpaksa ditepis dengan hormat.

Bukan memilih, tak memilih pun tapi kalau dah ketara sangat tidak ada ciri-ciri yang boleh membahagiakan keluarga kami, baik aku reject awal-awal sebelum pening di kemudian hari haha

Aku tak memilih, serius!!! ha ha janji rajin masak sudah sebab aku suka makan kat rumah. Kalau dah kawen pun nak makan kat kedai, baik aku hidup membujang, at least selain daripada bertukar-tukar kedai, aku juga boleh bertukar-tukar teman untuk ke kedai ha ha selain tu, kenalah tahan dengan mak aku yang garang ittew ha ha itu je ciri utama yang aku tak jumpa lagi..InsyaAllah nanti jumpalah.

Selain daripada itu, kewangan aku pun baru nak kembali bernafas. Aku tak faham sesetengah tu, takde duit pun main belasah je kawen. Mak bapak siap support lagi, sedara mara sponsor itu ini tapi lepas kawen takde harta. Baru nak bernafas, terberanak pulak, tambah lagi hutang....ish, negatif sangat aku ni kan ha ha

Aku nak financial aku strong dulu. Kalau tak very-very strong pun, at least tak menyusahkan bakal bini dan anak-anak aku. Tapi orang kata nanti lepas kawen rezeki bertambah. Rezeki binilah, rezeki anaklah...betul ke?

Buat masa ini, realitinya aku memikirkan soal kawen tapi itu bukanlah prioriti dalam hidup aku. Usaha itu ada dan selebihnya aku serahkan kepada Yang Maha Esa.

Kalau kauorang ada calon untuk aku bagitahulah ha ha sebab mak aku dah tanya;

"Sampai bila aku nak basuh baju kau?"

21 comments:

kiah kay said...

hah betol ckp ko mmg rakyat malaysia (termasuk la aku ni) suka ty soklan2 gtew..n juga trpaksa menjadi mangsa ditnya bila lg nk tmbah anak...anak aku br nk masuk setahun yg no.2 ni...aku senyum je..nnt lah...

tapi art, bab rezeki mmg aku konpem ada sbb aku dh rasa...bygkan tengah2 bulan sengkek duit tgal sipi2 je tetiba ada org dtg byr utang lapok yg dh berkulat tuh kat aku or laki aku...mmg itew rezeki..so far...kami tak diimpit kesusahan ya amat la..maybe sbb yakin ada rezeki buat anak2 idup...

xpe art..carila yg mana berkenan, asal ko bahagia..jgn salah pilih pastu berkecai separuh jalan..itew yg kt tak mau..ye tak?

peace----no war!

@xiM said...

aku yang baru lepas suku abad ni pun dah di hujani dengan soklan sama..apatah lagi lepas adik aku dah kawen tahun lepas..sasaran seterusnya ialah AKU..so aku pun macam kau jugak tak taw nak jawab apa lagi dah..sebab tu kalau balik kampung rasa liat sangat nak pi jenjalan kat umah sedara mara..sebab soalan pasal kawen ni WAJIB di tanya..kalau soklan SPM konpem dah A straight dah sebab dah tahu soklan yang bakal keluar..cuma jawapannya sangat subjektif..aku pun sama macam kau,nak tunggu Financial strong..tapi orang opis aku ada kata kalau aku nak tunggu sampai duit berkepuk baru nak kawen alamatnya sampai ke mati lah aku tak kawen sebab duit takkan pernah cukup..ada betulnya jugak..tapi aku pun tak taw laa camana..tengok lah nanti..ada rezeki kawen lah aku..aku ni masalahnya terlalu memilih..nak yang hebat hebat macam lah aku ni hebat sangat..haha..tapi tak salah kalau memilih untuk kebahagiaan dan masa depan sendiri jugak kan:)

akhir kata,selamat berkahwin in advance untu kau..hehe

cLaiRe Bennet said...

hahahaha..funny nya ur mom. neway, aku terer dan rajin ja memasak..leh masuk audition tak? wakaka

shah de cruz said...

Aku selalu memberi jawapan yg orng xkan taya dah oalan tu kat aku abg att. jawapannya
1. kawin dah nikah jerk belum...
2. saya tak percaya pada institusi perkhawinan....

tapi hati2 dsambar petir. ie mmg dah tahap malas ak menjawab la. kalau sehari soalan yang sama berulag-ulang kali dtanya dgn sinis. tuytamanya time raya. eeehehee
mcm da xda benda lain nak dbualkan dgn aku kan.
heeee

Asnor said...

Well, org Malaysia esp Malay mmg suke tanya bab2 kawin, beranak, dan segala hal yang bersangkut-paut dengannya. Nasihat aku, abaikan je Art. Selagi ko tak sedia nak kawin, selagi calon belum ada, toksah amek kira sgt. Tapi bukanlah aku kata 100% ko kena abaikan. Ada masa kena difikirkan gak.

Masa aku masuk umur 25 thn je org dah sibuk tanya bile nak kawin. Nasib baik masa tu aku dah ada calon tapi aku tak sedia lagi nak kawin. Kalau time tu aku blm ada calon mungkin mak aku pun bising gak kut. Hahahaha.. takut aku jd andartu. Well, masa tu aku baru je setahun kut kerja sbb aku sempatlah tanam anggur setahun pas grad. Mak aku pun tak rasa lagi hasil titik peluh dia menyekolahkan aku. Mak akulah yang tak tahan. Sian gak aku tgk dia. Tapi aku kata kat dia, sampai masa nanti aku akan kawin. abaikan je org dok tanya2 tu. Mmg lumrah mulut org akan bertanya.

Then umur aku 28 baru aku kawin after aku rasa mmg dah patut kawin. Especially dari segi mental dan emosi. Nak kawin ni bukan senang. Duit mmg lah kena cari utk kawin and seterusnya berkeluarga. Tapi mental and emosi ko kena bebetul sedia sebab ko akan duduk satu rumah dgn org yg selama ni asing (maksudnya bukan family kita pun) dlm hidup kita. Semuanya berbeza and kita mesti menyesuaikan diri dengan perbezaan tu. Bukan senang beb... bercinta mmg indah tapi masih pikir hal sendiri lebih. Tapi bila dah kawin, banyak benda nak difikir dan pengorbanan amatlah diperlukan, tak kira lah lelaki atau perempuan.

Then, bukan takat pasangan je, ahli keluarga lain pun nak diambil kira especially parents in-law. Dari pengalaman aku yang baru beberapa tahun kawin ni, kawin bukanlah semudah yang diandaikan. Sampai sekarang masih lagi belajar memahami, menyesuaikan diri, lebih-lebih lagi bila dah ada anak. Time management! huhuhuhu... penat.

Walau camne pun, perkahwinan tu akan melengkapkan diri kau. Ada suatu rasa yang kau tak terpikir atau tak terasa masa kau bujang. I'm not talking blue here ok. Hehehehe... kehidupan berkeluarga. Bila ada anak, your parents ada cucu, seronok tgk diaorg happy. Of course kau and pasangan pun happy tgk anak membesar. Mcm tak caya beb...ada anak. Terasa camne mak ayah membesarkan kita. Especially pompuan ah. Rasa mengandung tu camne. tu yang lagi buat kita rasa menyesal je kalau derhaka kat mak bapak.

Anyway, takkan ada pasangan yang 100% sempurna. Jodoh memang ketentuan Allah. Kita tak tau penghujungnya camne. Ada org bercinta sakan, cerai gak. Ada yang tak pernah bercinta, family match, sampai mati je memisahkan diarog. So, kesimpulannya, kena gak usaha and the rest is tawakkal. Apa yang berlaku sume ada hikmah di sebaliknya.
Pasal rezeki mmg aku percaya bila kawin, rezeki mmg sentiasa ada. InsyaAllah. Tapi walau apapun kena carik gak. Bukan senang2 tak yah pikir nak carik duit utk nafkah anak isteri and terus je kawin. Takde nye rezeki nak datang bergolek.

InsyaAllah, sampai masa nanti kau kawin gak. Jgn risau, tapi usaha lagi ye. :-)

Buat masa ni, abaikan soalan2 menyakitkan telinga tu.

p/s: tapi pesal sampai la ni mak kau masih basuhkan baju??? Woi dah besor panjang basuh sendirilah. Washing machine kan ade!!! Hehehehehe....

(nah amek aku nye comment!)

artisticklytouch said...

cik k:
kan...minta dijauhkan. thanks kiah for sharing

axim:
selamat berkahwin in advance untuk kau juga hehe kau hebat apa...dont look down at your self..

claire:
haha nanti aku kena pancung dengan fadil

shah:
motip ada de cruz kat nama ko? sukalah jawapan kau tapi nak kena berdebat selepasnya tuh yang malas sket. betul ar shah, macam takde benda lain nak dibualkan ye tak...citerlah pasal artis kena tangkap khalwat ke, kepincangan UMNO-BN ke, kes Anwar ke...kan..

cenor:
OMG Cenor!!! panjangnya...sikit lagi jadi sama panjang dengan entry aku ha ha thanks cenor for sharing...

betul kata kau ada masa hal kawen ni kena dipikirkan takleh tolak tepi dan buat2 tak tahu..itu indenial namanya

i would say, it's worth a wait la cenor..kan, dapat laki hensem lagi hehe

aku setuju sangatlah bab emosi dan mental, yelah tetiba kita kena hidup dengan stranger yang ada macam2 perangai..tak ke pelik, banyak pulak tu nak dikorbankan

hmmm...tak sabar nak 'rasa' yang bukan blue itu haha

tiada yang suci sesuci cucian ibu la cenor hehehehe kalau dia tak cuci baju aku nanti dia boring kat rumah hehe

Pegawai Khalwat said...

hang dah berubah Art!

Amin!

Mak Su said...

ya lah, tak boleh nak ckp apa bila dtg bab jodoh, sbb mmg terang2, kita usaha nak berkenalan sana sini, tapi sudahnya, jodoh di "tangan Tuhan". sian kat mak tu ek, kasik mesin basuh otomatik :)

art, itu terowong komunis, kat muzium tentera darat, PD. bukan terowong jepun

rena said...

art,
mak ko dah penat basuh baju ko tu. reti2lah nak basuh sndiri.
tak pun hantar dobi.

sesungguhnya hantar dobi tu lagi murah kosnya dari nak kawen.

artisticklytouch said...

PK:
Amin!!

maksu:
hehe baru je beli peti ais besar.

ooo terowong komunis eh..hehe silap

rena:
haahkan tapi nanti dia kata aku kaya sangat

niQue_naQ said...

hehe i didnt know guys have this problem too! i blame it on my parents, dulu masa blaja kat uni marahhhh sangat kalau ade boypren, bila dah keja ingat senang ke nak carikk..masa uni laa paling senang hehe :p

Keynote said...

Aku sama umur ngan ko, pompuan n tak kawin lagi....tak kisah pon....
'Not Married, Not Bothered' cam tajuk buku yg penah aku baca...

Kalo org tanya aku soklan ni, aku akan slamba badak jawab yg aku taknak kawin. Biarla diorg nak pikir apa. Tapi jawapan ikhlas dpd hati aku sbnrnye ialah..."aku akan kawin bila aku jumpe org yg seswai pada masa yg betul' tapi aku tak penah bggtau org lain jwpn ni pon.

Sbnrnye mende ni senang jer kalo diorg paham. Jodoh memasing dah ditetapkan sejak azali. Cuma bezanya, ada yg jumpa jodoh diorg skrg,kat dunia ni, ada yg hanya akan jumpa jodoh diorg di hidup yg akan dtg (probably jodoh diorg dah dipanggil menghadap Allah dulu ke....). So, apa yg sume kepochi didunia ni perlu buat ialah memahamkan mende nih. Percaya janji Allah yg sumer org tu akan jumpa jodoh memasing. Bukannya sibuk nak makan free kat kenduri kawin org lain...

Just bcoz we're not married doesn't mean that we're a lesser person. :)

artisticklytouch said...

nique:
haha tapi zaman Uni adalah zaman ronggeng ha ha tak sanggup I nak setia *matila

keynote:
haha i like you!!! Especially the part jumpa jodoh di kehidupan yang lain...tak pernah terpikir pulak aku kan, sedangkan kehidupan itulah yang kekalkan....

oh, part nak makan free sangat betul, "bila aku nak merasa nasi minyak kau?" kejilah, ada aku kata kenduri aku nanti makan nasi minyak ke? makan Alfredo Fettucine ok!!

takdelah bother sangat pun sis cuma senang lepas ni sapa tanya, aku suh diaorang rujuk entry neh haha

NONIE ABDUL AZIZ said...

Art, nampak gaya aku tak bleh nak kenen kan ko ngan dila pasal dia pun macam aku tak suka masak bley?...

sian mak hang Art...sudah2 la tu Art bawa2 la basuh baju sendiri...iskkkk apa ni spenda pun suruh mak basuh jugak nih!!! besssaaa!! muahahahaha

artisticklytouch said...

K.nonie:
nak buat lagu mana kak, tidak ada jodoh antara kami hehe

yelah, nanti aku cuci sendirilah..

sinaganaga said...

kau gay ke? ha ha ha

artisticklytouch said...

naga:
itu antara soalan yang popular juga tapi hanya mampu berada di tangga ketiga carta

rudy bluehikari said...

kalau aku kan kena tanya soalan macam tuh kan...aku akan jawab soalan yang naga2 bagi. kasi terus dorang tutup mulut dan sentap makan hati. Hahaahahahahahahaha!

pyerudz said...

cuba kau basuh baju sendiri. jangan bagi mak kau basuh. tak kisahlah nak hantar dobi ke, hape ke, mesti mak kau dah tak tanya lagi soalan ajaib tu.

NajlaaY said...

luahan hati yg klaka.anyway, bole je keep doa..dpt jodoh yg baik utk urusan dunia akhirat :))

indahnyasisuria said...

yup.. the most over-rated question bile blk kg.. for me la.. so, prefer duk dlm bilik diam2 bile ade org dtg.. takut kene pinang.. haha.. but, sape x nk kawin kn? sometimes ppl dun just get it.. it's not like going to buy a pair of shoes.. and it's harder for girl i guest.. waiting for the right guy to arrive.. cos it wouldn't be nice if we have to make the first move.. everytime! skali skala tu pn dh mcm nk sorok muke kt dlm drawer.. haha..