Monday, March 29, 2010

the colour of men

Dalam dunia ni ada banyak warna. Masa sekolah dulu, kita dikenalkan dengan pensel warna. Korang ingat tak betapa kagumnya kita pada masa itu kalaer dapat pensel warna (kaler warna aku panggil). Habis semua kita kaler kecuali buku kaler dan buku sambung-sambung titik tuh.

Masa tuh yang femes adalah kaler LUNA sebab dia mahal. Tapi kita yang dari golongan berpendapatan sederhana neh, yang mak bapak cuma kerani kerajaan, cukuplah dengan kaler warna brand apa pun tak kisah, janji boleh kaler.

Jadi mak bapak kita pun belilah kaler warna yang kontot tuh, sebab murah. Kita pun bawak pergi sekolah dengan bangga. Dekat sekolah bila menyeringai senyum kita sambil keluarkan kaler warna itu dari beg dan meletakkannya atas meja, kawan kita yang rumah dia lagi besar dari kita bawak keluar kaler warna LUNA. Bukan yang kontot tapi yang panjang. 12 batang tak cukup dik, 24 batang semuanya!!!! Kuning ada macam-macam kuning, hijau ada macam-macam hijau, pendek kata kaler malerlah sangat kaler warna dia tuh.

Terus kaler warna takde brand kita yang kontot 12 batang tuh nampak macam hina je.

Tapi aku tak nak cerita pasal kaler warna ha ha dah separuh muka baru masuk topik.

Hari tuh kawan aku bagitahu. Tunang dia kata putih itu warna salju. Putih itu melambangkan kesucian. Sebab itu dia suka warna putih. Sekarang pun dia kerja di persekitaran yang putih-putih saja.

Tunangannya tambah lagi, warna merah jambu itu (atau lebih manja dikenali sebagai PINK) adalah warna orang perempuan, bukan warna orang lelaki. Orang lelaki tak sesuai memakai warna PINK nanti boleh diragui kejantanannya.

Aku kata "WTF"

Kau pakailah apa warna yang kau suka pun, ia tidak melambangkan apa pun sebenarnya. Pada aku lelaki yang memakai warna PINK yang telah distereotypekan sebagai warna keperempuanan itu adalah lelaki yang berani kerana dia bertindak melawan norma biasa.

Orang yang berfikiran cetek saja yang mengklasifikasikan orang lain berdasarkan warna pakaian.

Jadi hari ini aku berpakaian hitam, aku jantan..esok aku berpakaian PINK, aku tidak jantan, lusa aku berpakaian rainbow kaler, macam mana pulak?

Zaman berlalu, manusia berubah. Tuntutan fesyen juga berubah. Tak perlu lagi kita terkongkong dengan idealisma yang menekan, yang sudah terkebelakang. Semua orang berevolusi tetapi kenapa tidak kamu??

*aku bangga dengan kaler warna takde brand 12 batang yang kontot itu. Kau mampu?

18 comments:

Sarah and Fad said...

kaler Luna 24 btg? apeklassss!! aku pki jenama hapeh x tau beli kat woodlands.. 36 btg dlm bekas tin cantik giler giteww!! hahaha. riak giler kann. anyway, aku ske je tgk lelaki pki shirt/tshirt pink, as long as the overall look masih nmpk hensem. tp seriously, pink mmg kaler yg lembut. klu aku pki pink, otomatik rs aku jd wanita melayu terakhir time tu. klu pki kaler lain, x pulak. hehehehehehe. cheers! (^^,)v -saRah-

Mak Su said...

maksu tak de hal ngan warna ni... semua orang boleh suka dan pakai warna apa yang dia suka... terpulang :)

Echos Of The Mind said...

heh - i gez the moral is not about tajuk kaler ko pakai ke, brp batang kaler ko ader ke, haper ke.. kan?

its the perception. human being wit their own perception - for example, regarding the color mcm Art ckp neh.

as for me - simple. its subjective. after all - it takes a one brave sexy man to put pink kaler on.. for yg lain - ada brani?

haha

Pegawai Khalwat said...

Ia bukan tentang kaler, tetapi tentang matching atau tak.

Claire said...

funny la pegawai khalwat ni. :-D btw, dulu masa matrik ada satu grup ni wat survey tajuk 'Should Men Wear Pink' tak tau kesudahan nya apa tp rasanya ramai ja yg tak kisah pun... ;-) janji tak kacau org kan. hehe

pye:rudz said...

kaler pensel LUNA memang idaman semua kanak-kanak pada zaman itu.

saya tidak gemar memakai baju kaler pink sebab warna kulit saya adalah dari rona gelap. makanya, jika saya pakai kaler-kaler sebegitu ramai akan hairan kenapa saya pakai baju glow in the dark di waktu siang hari.

yang penting sekali, saya memang lebih gemarkan warna gelap supaya orang tak nampak kalau ada kuah kari tertumpah masa makan nasi kandar atau roti canai. kehkehkeh.

kiah kay said...

pink is sweet...whoever wears pink will also be sweet...

i also wonder kenapa men cannot be associated with PINK..ntahnyer...aku suka je tgk org pkai pink...sweet gtew...

artisticklytouch said...

sem:
kaler bebanyak buat pe hehe bila ko nak pakai pink lagi?

maksu:
kan...badan sendiri2..kalau kau tak suka tengok, pejam mata!! biar kena langgar dengan keta.

jerry:
lama aku tak panggil kau Jerry. eleh, ko ada kemeja n pink tie kan..

PK:
betul3x..

claire:
ok dah ke sakit kau tuh? sebenarnya tinggal saki baki je orang macam neh

pye:
ha ha

cik k:
sweet kan...ko ingat tak ada junior kita (kebudayaan) kalau time kena pakai pakaian kebangsaan je, dia pakai satu suit baju melayu pink dengan sampin dia pun pink...nama pe tah budak tuh

rudy bluehikari said...

Art, aku selalu bagi talk tentang grooming di seluruh malaysia. Kebanyakan org2 yg tak pernah terdedah dengan ilmu warna ini akan skeptikal dengan pink. apatah lelaki yg memakainya. Benar kata u art, dlm fesyen lelaki yg memakai pink ialah lelaki yang berani. Justeru, setiap kali aku talkshow aku akan pakai pink untuk cuba merubah persepsi org2 yang dangkal ini.

[pernah merasa pensel warna takda brand dahulu kerna bapak aku org susah...sampai gak aku belajar universiti dgn kaler2 itu...]

tulisan kau amat mendalam dan aku suka!

shandye. said...

kalau one fine evening datang function formal pakai baju ropol2 dgn sekuin segala bagai sedangkan sepanjang 2 tahun aku kenal dia, dia seorang futboler ukm yg (omg, mmg taste gle uols) dikagumi ramai awek2 dan jantan2 tidak lurus...

adakah dia boleh dikategorikan sebagai diragui kemaskulinannya?

artisticklytouch said...

rudy:
jadi apa komen mereka dengan fesyen kau itu? ya, kita sama2 menjejak ke Uni dengan kaler warna itu. sekarang tengok kaler warna LUNA tuh dah tak terasa relevannya ha ha

kau suka tulisan aku? thank you!!! aku kaget

shy:
kemaskulinannya tidak perlu diragui tetapi dia mungkin ada krisis identiti ha ha atau ada jantan tidak lurus yang telah mempengaruhi ha ha ha

shandye. said...

on that note... yeah i do think that he (the man in question) is not THAT straight after all because he has been spotted numerous times with this one very 'jambu' guy at bangi's mcd.

waa... dh mcm gossip girl lak aku...

artisticklytouch said...

shy:
hadek2 memang suka speku kan!!!! haha FYI, ada je lelaki lurus yang suka didampingi oleh adik jambu yang kurang lurus...

untuk kesahihan yang lebih pasti, caras la uols....mampu?

Sonny Lim said...

Clothes don't make the man, the man makes the man - Seth Godin

shandye. said...

meks tak drive hyundai coupe dua pintu kaler kuning nk angkut jantan ittew uols...

**pasrah**

Anonymous said...

kalau cik tunang tu cakap PINK tu kaler org pompuan, then what is kaler for man? HITAM?

kalau hitam, kenapa pompuan boleh sesuka hati pakai hitam but yet, still nampak anggun n feminine.(i'm talking about black kebaya with sarung ok. bukan baju zirah hitam lengkap dengan penutup muka)

every colour suits for every people. sama macam pensel warna. semua orang berhak punya pensel warna 24 batang tak kira warna kulit mereka.

pensel warna aku dulu 12 batang. tapi atas kaler lain, bawah kaler lain. so, ia menjadi 24 warna. tapi aku tak tau kenapa, aku tetap kaler warna baju pengakap dengan pensel 2B.

artisticklytouch said...

boss:
pinjam, buat status..

shy:
ha ha kau mampu?

rena:
baju zirah...bunyi macam zorro haha ahyway aku pernah tengok kaler warna dwikepala itu, aku tak suka hehe tapi hakikat kau kaler baju pengakap dengan pensel 2B aku suka, dan aku yakin kau ada banyak pensel 2B untuk kegunaan peperiksaan haha

sid sienna said...

haha.. 'they say only real wear pink'.. tp ade pernah bace article ttg color pink, Rasullullah S.A.w. pn suke warna pink.. :)