Thursday, September 10, 2009

Ramadan yang silam

Dah nak hujung-hujung Ramadan ni baru terasa nak share sikit kenangan semasa Ramadan, itupun dapat idea lepas baca blog rudybluehikari dan blog pegawai khalwat thanks much!!

Ini kenangan pada Ramadan tahun 2005 kalau tak silap. Masa ni aku menetap kat Penang, Seberang Jaya to be spesific.


Kenal ikan sedap kat atas ni? Inilah ikan pekasam. Orang utara memang suka makan, tambah-tambah, orang Penang. Tapi orang yang tak biasa memang tak tahan bau dia. Kalau nak tahu apa itu ikan pekasam, sila tanya Mr. Google atau Miss Yahoo. Yang pastinya sapa pemakan ikan pekasam yang tegar adalah juga pesakit resdung yang tegar. Takpe, makan dulu, sakit pikir kemudian!

Bukanlah nak cerita aku makan ikan pekasam ni sebulan Ramadan sampai kena resdung yang kronik tapi ini kisah usahawan segera di bulan Ramadan.

Adalah bekas housemate aku (yang sekarang dah jadi musuh aka kawan-kawan yang kita venchi!!) ni tetiba terdapat idea untuk meniaga di Pasar Ramadan (PARAM) Seberang Jaya. Nak meniaga ikan pekasam katanya. Masak kat situ jugak, bagi bau harum menyelinap ke segenap pelusuk PARAM itu.

Nak dijadikan kisah, tukang masak ada, tukang siang bawang ada, tukang jaga gerai pun ada. Gerai pun dapat dan sangat strategik sebab kat corner lot jadi takdelah orang kiri kanan nak komplen.

Aku tak terlibat sepenuhnya, tolong-tolong gitu je. Dah keje tetap ada, balik keje dah pukul berapa, mana sempat, lagipun I tak biasalah buat kerja-kerja berat ni...

Maka, kitaorang mula berniaga lambat sikit, dah 5 hari puasa baru nak mula tapi kami mula dengan BOOM!!! gishiew...

Mana taknya, sekali letak je ikan pekasam tuh dalam kuali...CHENGGGGGG!!!! semerbak harum baunya menusuk ke hidung. Harumlah pada peminat ikan pekasam, yang tak tahan bau tuh, berusahalah jugak tahan maki kat kitaorang. Masa ni tak payah nak jerit, tak payah banner atau signboard propah yang sangat palsu ittew...sekor ikan pekasam membuat terjunan ke dalam kuali, sepuluh orang datang gerai kami.


Kami jual murah je RM3 untuk ikan kecik dan RM5 untuk ikan besar. Ada ikan apa aku tak ingat tapi aku ingat sangat ikan sepat tak ada sebab kes ini telah menjadi pergaduhan besar antara tauke dan tukang masak. Si tukang masak gigih nak jual ikan sepat pekasam sebab ramai orang tanya kata dia tapi tauke tak mau sebab ikan ni rare, susah nak dapat.

Gaduh punya gaduh punya gaduh, tukang masak sudah pergi beli sendiri ikan sepat pekasam dari supplier lain dan jual, untung dia ambik kat dia. Tauke apa lagi, marahlah, gaduh lagi.

Aku dengan sorang lagi member tengok dari tepi jelah, malas nak campur. Sebab time ni kitaorang dah berbulu dengan dua orang usahawan berangan ni. Yang sorang tuh, tak sedar diri, dah tukang masak tuh buatlah cara tukang masak. Yang tauke pulak, kita dah tolong tanpa upah ni pun selalu di sound-sound macam kita kemaruk sangat nak keje dengan dia. Tak merasalah ikan free, kena bayar yer, tarak diskaun. Jadi, tiga hari je kitaorang rajin datang tolong, hari lain kitaorang datang untuk melepak je, kalau diaorang busy sesangat pun kitaorang teruskan bersembang tanpa ada inisiatif untuk menolong.

Yang seronok bila kitaorang melepak sampai waktu berbuka. Tak payah beli juadah pun, ada peniaga yang akan sedekah je lebihan jualannya. Sebelah kitaorang gerai air, segala macam air ko buleh rasa time tuh.

Begitulah hingga akhir Ramadan. Tauke nak tutup kedai hari 27 puasa tapi tukang masak tak bagi (hamek kau, tukang masak yang tak bagi ok!!!) jadi gaduh lagi. Dan lagi dan lagi.

Untung ke tak aku tak berapa pasti sebab dekat hujung puasa tuh, bergaduh lagi pasal pengiraan untung. Kalau ikut congak aku, dah untung tapi dua orang ni tak percaya pulak congak aku. Si tukang masak dah kelam kelibut dengan duit modal dan duit jualan ikan sepat dia tu, dah tercampur dengan tauke punya. Pening.

Sebenarnya pengalaman aku takdelah dalam bab meniaga di bulan puasa tapi dapatlah belajar cara orang Melayu bangang meniaga atau dalam kata yang lebih hip, usahawan berangan!!!

Memang terbaeklah!!!

14 comments:

jinggo said...

pekasam oh pekasammmm.....
nasib la hang wahai perkasam.....

Mak Su said...

wow! baunya boleh buat orang terpesona ni... mcm ada aura tersendiri gitu

rudy bluehikari said...

mcm sedapnya...harus g beli ni.

artisticklytouch said...

jinggo:
awatnya?

maksu:
aura dia lagi hebat dari mawi

rudy:
beli jangan tak beli

Pegawai Khalwat said...

Aku peminat pekasam tegar. Tapi aku prefer mak aku buat kerana kalau orang buat untuk jual selalunya belum cukup ranum.

Bab berniaga, gua no komen. Teringat key chain yang terpaksa di beli dek member yang pandai2 pi buat keychain tak consult dulu.

nooreen said...

ikan pekasam mkn dgn nasik panas2...perrggghhhh x hengat nyerr...kt laki sendirik pon bleh buat derk je taww....

artisticklytouch said...

PK:
betoi2! yang beli kureng sket. sampai sekarang ni aku tak jumpa lagi yang best. even yang beli kat pekan rabu. tapi yang kami buat juai neh memang terbaik dengan beras2 dia tuh....huuuu..

key-chain? ha ha itu entry yang lain yer. key-chain je ke? letterhead horrol tuh?

noreen:
amvoi...melampau lupa laki!!!

Hamba Allah said...

Salam ziarah..sebenagnya selalu jugak kak jengok tang sini, tapi tak penah bagi salam. Ikan pekasam mmg sedap...fevret tu, lebih sedap goreng ngan bwg besaq, cabai melaka dan daun kunyit...fuh terangkat.

muqreez said...

favourite aku pekasam ikan puyu shj....sedap makan bila sahur...bau dia hilang ngantuk

Daffodil D said...

sian benar pabila melayu dibangangkan. astaga. :D

artisticklytouch said...

mawar:
ooooohhhh...tuh ka??? nampak2 ikan pekasam teruih terliuq nak komen kan...he he

muqreez:
ikan pekasam apa pun makan time sahur memang melerts

daffodil:
bukan dibangangkan...tapi membangangkan diri sendiri

addyaholix said...

sedap gila. kalau berbuka kat kampung, tu memang menu wajib yang wan akan buat~

artisticklytouch said...

addy:
wah, ko pandai buat ikan pekasam ke?? fuuuyyyoooooo

pye:rudz said...

ya allah sedapnya kalau dapat ikan ni waktu berbuka karang...