Thursday, September 24, 2009

Adoi sakitnya...adoila! adoi! adoi!

Telinga aku kena jangkitan kuman. Sakitnya tidak terhingga. Macam tidak terhingganya sakit gigi. Pain killer pun tak mampu membunuh rasa sakit itu. Tidur kejap, terjaga! Tidur kejap, jaga! Bila jaga je terasa sakit macam kena cucuk telinga tuh

yang ini bukan telinga aku...sapa punya tatau, sekadar hiasan


Kisahnya dalam telinga aku dah macam garden kata Doktor. Penuh dengan fungal. Bukan sebab tak korek telinga tapi sebab dah terlebih korek sampai luka. Kena pulak suasana lembap dalam telinga tuh kan, jadi inilah yang buat fungal tuh seronok untuk berkampung dalam telinga aku, kata Doktor lagi.


Terima kasihlah pada Dato' Dr. Muhammad Husni b. Ahmad kat Gleanagles Ampang yang tolong sedut fungal-fungal degil dan jahat itu keluar dari telinga aku. Lega dah. Tak sakit dah. Telinga pun sudah kembali boleh mendengar.

Jadi semua, janganlah hanya menjaga kecantikan kulit muka dan keseksian tubuh badan....bahagian tubuh lain sama pentingnya.

15 comments:

en_me said...

tumbuh misai tewww.. ihiks

Sayuti said...

perangai macam bini saya. suka korek telinga. kan dah...

Bunga Rampai said...

Banyak dengar lagu Tomok tu! :P

Salam :)

Pegawai Khalwat said...

telinga tak perlu dikorek selalu sebab taik telinga biasanya akan keluar sendiri.

tapi perlu dikorek mengikut jadual tertentu kalau taik telinga itu keras atau terlampau banyak.

Atau kalau telinga digunakan sebagai agen berahi.

Yang mana satu melibatkan hang ni?

Mak Su said...

ouh ouh, semoga telinga mu sudah sembuh seperti sediakala

jinggo said...

laaa.....
hang bubuh kerengga kan sanang....
abih semua fungal hang ti dia makan....

artisticklytouch said...

en_me:
ihiksss jua

sayuti:
kan dah pekakkkk!!! ha ha takmo korek telinga dah, lenkali rasa nak korek telinga, pi kat doktor, suh dia sedut lagi syok..hehe

cik bunga:
hey!!! salam ha ha

PK:
yang tu saya tau...tapi manyak syiok ooooo...

agen berahi? hishhh...u ni, malu i

maksu:
Alhamdulillah, dah sembuh. Sekarang sedang berpantang.

jinggo:
takmo, satgi depa buat penempatan haram, jenuh pulak aku nak halau keluar...doktor sedut kompeni bayaq..mahai pi la banyak mana pun haha

aloy_paradoks said...

wah,,, terar betul pegawai khalwat tuu....

addyaholix said...

ayat last sangat menusuk kalbu. haha!

artisticklytouch said...

aloy:
hang mau tau la kawan hang tuh lagu mana

addy:
tertusuk duri sembilukah?

pye:rudz said...

bahaya jugak hobi korek telinga nih rupanya

aloy_paradoks said...

jangan lupa mem "berat" diri anda di Majlis MIMPI 18 hb ni di Galeri Shah Alam..

Efarojie said...

OMGGGGG..kesian ***! da sembuh ker?

aZizoLlaoshii said...

wah..tlinge pon jadik ek fungal tu berkampong..dasat!

artisticklytouch said...

pye:
yer...sangat bahaya bro

aloy:
gua takde di KL la

effa:
kannn...tetap tak nak ucap kat aku, ko dengan sayang ko sama je...RESUME!!!!

azizol:
hah, katanya lepas raya india neh, telinga ko pulak diaorang nak bertandang heheheh