Monday, June 29, 2009

27 followers

Baru aku perasan, aku dah ada 27 followers kat blog ni.

OK, kecik je nombor tu tapi they are like FOLLOWERS ok and that huge for an attention seeker like me haha

THANK YOU YER...jadi pengikut aku..pengikut ke? macam kumpulan ajaran sesat pulak. We keep it as followers yer..

tapi kan, ada dekat separuh aku tak kenal and takde link dengan blog korang. Nanti aku buatkan link yer...then, aku pulak follow korang hik hik

suka! suka! suka!

ok, back to buat kerja...

*tajuk tuh macam tajuk movie kan...

Tuesday, June 16, 2009

sambungan..cerita hantu

Dan…sambungannya..

*kesat sat aiyak mata (kenalah cakap Penang, rumah tok aku kan kat Penang)

Jadi, malam pun beradu. Sebab malam beradu, aku pun nak beradu. Agak lewat jugaklah masa tu. Arwah tok dengan Wan dah lama tido kat bilik bawah. Aku pun masuk bilik terus tido.

Letih perjalanan tak hilang lagi.

Aku tido mengiring mengadap ke katil King yang kosong. Aku tak suka tido katil tu sebab aku selalu terbayang masa tengah tido tiba-tiba ko terjaga, ada pulak yang menumpang tido sebelah ko, siap senyum sumbing lagi. Jadi aku tido katil single.

Tiba-tiba rasa macam ada sesuatu tengok kat aku. Aku buka mata sikit. Mamai-mamai lagi ni. Nampaklah ada macam figura orang, dua orang. Satu besar, satu kecik je. Baju dan seluar kedua-duanya putih macam uniform banduan. Kepala dan kaki tak ada. Bukanlah tak ada, tak kelihatan. Figura diaorang ni macam blur, macam dalam TV tu, bila diaorang blurkan penjenayah ke, artis kena tangkap khalwat ke or shootage babi ke, ha, blur macam tulah.

Jantung aku pun apa lagi, bekerja keraslah time tuh.

“Kenapa kau kacau tempat aku!!??” kata si besar tu sambil tolak-tolak badan aku. Aku rasalah si besar tu yang cakap, takkan yang kecik pulakkan.

Aku sentaplah. Suka hati kata tempat dia. Itukan rumah tok aku. Itu dulu bilik mak aku tau, suka kau je kata tempat kau.

“Aarggggghhhhh!!!! Sibuklah kau!! Aku nak tidolah!” kataku sambil berkalih mengiring mengadap dinding. Wah….berani yer!!! Tapi jantung ni punya laju aku rasa dia macam dah nak terkeluar dah tapi tetap control ok. Peluh jangan kiralah. Tapi masa ni aku tak terjaga sepenuhnya tau, aku masih macam mamai-mamai lagi.

Aku tunggu reaksi seterusnya. Senyap je. Janganlah dia cekik aku dari belakang. Alamak, bahaya tuh!!

Aku pun beranikan diri kalih (pusing) semula mengadap ke katil king. Takut ni…

Eh, dah takde!! Berambus dah!! Bagus…senang aku nak tido. Suka hati nak mengaku tempat dia. Kau bayar sewa ke???

Dan aku tido dengan tenang sampai terlajak subuh hehehhee

ada lagi citer hantu lain...nanti sat nak ingat. Yang kelakarnya, citer hantu aku semua terjadi kat Penang, kat tempat lain ada sekali sekala saja.

Monday, June 15, 2009

Drama Minggu Lalu

Maaflah, sekarang ni agak sukar untuk memblog. Banyak kerja-kerja lain yang lebih penting untuk diselesaikan. Sudahlah streamyx di rumah macam cici faramida lagaknya. Sekarang dah kong terus. Ambik habuan, bulan ni terminate je streamyx tuh.

Entry yang lepas memang aku nak cerita pasal pengalaman aku dengan hantu tapi baru taip sikit dah hilang mood sebab teringat kerja yang belum disiapkan.

So ini sedikit pengalaman, banyak lagi tapi aku tak nak lama sangat mengadap blog...

Dulu, masa aku dalam menengah rendah, kalau cuti sekolah je aku akan balik kampung, kat (P44,N11). Masa tu, arwah tok dan wan ada lagi. Aku pun balik kampung sorang-sorang je, naik bas. Independent giler, tak mainlah balik kampung dengan family, tak bujang ar!!

Rumah arwah tok dan wan ni besar tapi diaorang duduk berdua je. Rumah bawah je guna, rumah atas tak guna sangat. Dedolu masa tok kuat lagi panjat tangga, dia selalu pergi buka tingkap rumah atas dan arwah wan pulak selalu guna toilet atas sebab ada bathtub. Tapi bila memasing dah tak larat nak panjat tangga, rumah atas tu jadi macam ditinggalkan jelah.

Jadi bila aku balik, aku kena duduk rumah atas. Rumah atas ni ada dua bilik. Satu bilik yang mengadap jalan (bilik pengantin mak & abah aku) yang ada balkoni besar giler lagi berdebu dan satu lagi bilik yang mengadap rumah jiran sebelah iaitu rumah cangkorek. Aku duduk kat bilik ni.

Ada dua katil, satu katil King dan satu katil single.

Memang aku selalu kalau balik kampung kena tido bilik ni. Jadi, kali ni, tak payah suruh, aku dah usung beg balik kampung aku masuk bilik tu. Cadar bantal semua arwah tok dah siapkan aku tinggal amek kat bilik dia dan bawak naik ke atas.

Adalah sikit debu bilik tu tapi aku kan anak bujang, anak bujang mana kemas rumah hehe letak je beg terus turun bawah lepak bersembang dengan tok

ish...takleh nak sambung sebak pula teringat arwah...

Wednesday, June 03, 2009

Cerita Hantu

Lamakan takde entry...tak komen kat blog orang lain pulak tuh, kekwat sungguh!!

Banyak nak citer ni, dah buat list pun tapi bila baca balik list tu, tak paham sendiri haha so, nak citer hantu jelah!!

Ini kisah benar yer, hantar dekat slot Kliwon dengan Puaka kena reject sebab terlalu benar. Takut tak?? Tak takut??

Tak takut tak naklah citer...