Tuesday, March 24, 2009

Kawanku kata politik itu kotor dan aku perlu sertai BN

Kawan yang dalam tajuk di atas, bukanlah kawan yang rapat sangat pun, cuma kawan atas kawan, dia boyfriend kepada kawan aku, eh, kejap!! Oh, pada masa entry ini publish...dia dah jadi ex-boyfriend kawan aku...tapi ini bukan isu untuk entry ini. Takde maknanya aku nak buat entry pasal percintaan diaorang, enuf said.

Setelah pagi tadi aku cruising di kedai surat khabar...perghhhh...situasi politik negara semakin hangat dan merimaskan.

Perletakan jawatan TKM2 Pulau Pinang
Letaklah, kalau dah kau nak letak sangat. Tetiba nak sambung belajar. Master tuh bukannya takleh buat secara part-time tapi mesti ko nak fokus sebenarnyakan? Dah, kenapa kau bertanding dulu? Mesti sebab tak sangka menangkan..tetiba menang pulak, dah menang, jadi TKM pulak...jawatan yang sayup je kau pandang suatu masa dulukan. Bila dah dapat ada pulak yang dengki, kata kau ada terlibat rasuah. Bersungguh dia kata ada bukti segala tapi buat PC dulu neh, baru buat laporan polis dan SPRM....kekdahnya..nak juga glamour. Takpelah, kita biar SPRM buat siasatan dan keputusan. Kalau tak salah, nak takut buat apa kan? Tapi kalau salah, baik kau start panik instead of takut.

Kehilangan Hilmi (ex-boyfriend Elizabeth Wong)
Ex-boyfriend lagi.....hmmm...polis tuh kata nak tangkap bapa Hilmi kalau Hilmi tak muncul-muncul jugak. Apa kes??? Lepas dah tangkap bapa dia, kalau dia tak muncul juga?? Tangkap mak dia pulak? pastu adik beradik dia? pastu jiran-jiran dia? pastu kawan-kawan dia? Tak terpikir ke ntah ke si Hilmi ni dah mati? Manalah tahu kan...

Dah tak boleh bertanding
kannnn....kesian...baru berangan tapi so near yet so far...what to do, sendiri cari penyakit. Macam poyo je Pak Lah kata jangan amalkan politik wang, tak....tetap degil neh, buat juga. Yelah, faham, nak buat macam manakan....dah itu je caranya kau mampu memikat pengundi ko...nak memikat dari segi kerja, pengorbanan dan komitmen, kau tak mampu...faham...

Surat khabar dah kena banned!!!
Dah, mak aku nak baca apa????? Harusss dia kembali ke hobi membebelnya, oh, tapi takpe!! AF dah start. Perlu ke semua ini???? Utusan dan Berita Harian tak menggalakkan perpaduan pun....tolonglah stop melayan rakyat macam budak tak sekolah. Eh, korang ni macam British masa Malayan Unionlah or macam Jepun yang mengharamkan penggunaan radio masa perang dunia dulu...eh, tak!! korang tak mahu rakyat berpecah-belahkan??? KEJI!!! Sukahati akulah nak baca apa....we have brains tau...unlike you!

Berbalik kepada ex-boyfriend kawan aku
Dia ni baru balik BTN minggu lepas. Terus dengan tiba-tiba bersemangat dengan ketuanan Melayu segala. Suruh aku sertai BN untuk memastikan orang Melayu bersatu. Otak aku kata.....ada lagi orang macam ni...*sigh *geleng-geleng pala mengenang kecetekan pemikiran seseorang.

Nak kena pergi BTN baru sedar ke? Dan hanya ada satu saja ke cara untuk bersatu? Tapi dalam suruh aku masuk BN, tetap juga kata yang politik tu kotor..whateverlah dik, inilah jadinya kalau telan aje apa yang disuap...*geleng pala lagi

Aku cuma AFundi sajoork he he

27 comments:

Mak Su said...

nasib baik tak minat politik, sebab politik itu kotor. ;)

Unknown said...

Hallloooo.... Correction please!!! Politik tak kotor tau. Yang kotornya 'orang yang dalam politik' tiewww!!! Hah! Geram aku.

Masa Malayan Union dulu, British cakap lebih kurang macam ni tauuuu... "Orang Melayu boleh cakap berkenaan bangsa Melayu. Mereka boleh claim Tanah Melayu sebagai Negeri Melayu". Sekarang apa dah jadi? Zaman U**O lebih teruk dari zaman Malayan Union.

Sekarang ni boleh ker nak cakap negara tercinta ni Tanah Melayu? Cakap lebih nanti diorang panggil kita racist. Amender racist tu?

So? Macamana?

NONIE AZIZ said...

aku tak suka politik...

kerisLekuk7 said...

TKM 1 ke 2..letak jawatan
dah namanya politik jadi camtu lah jadinya...
kalah menang itu adat,tapi kalau kena sebotaj,fitnah...kesian yg tak bersalah

:: NbC :: said...

Hi Pinky jr,

best baca entry ni, tegas dlm kelakar..

;-)

yoe said...

~~ saya suka entry ini!!

koreksi: rasenye TKM 1 kot bukan 2!

Unknown said...

todey is mai inglish dey, so ai wil spik inglish, okey?

politik = a grup of klaun diskassing sirius isyu

e definisyen dat aiv faun samwer on de internet...neehh! laiying onli... hahaha its mai oen definisyen! bat! ai don laik to diskas politikel isyu so ai wil onli sey samting abaut yor "not so klever" en not so kloes fren.

setupid!

fuh! penat ah cakap omputeh!

"semudah itu minda sesorang di sental, bagaikan tiada pendirian, bagaikan akal itu aksesori dan bukannya kemestian, bengkek! bengkek!" kataku berbaur emosi dan penuh rasa marah.

sekian.

yuroshiku onegaishimas!

!^_^

"support jambulism"

Anonymous said...

Sekarang ni, tak tahulah nak nangis ke nak ketawa.. Antara ketawakan tikus-tikus atau nak nangis sebab recession.. Haish~

shandye. said...

mak undi untuk amylea sajork... hahaha...

(lari konsep seketika)

artisticklytouch said...

maksu:
kalau kotor kita cuci pakai sabun DAIA

en_me:
hmmm....

Komeng:
yes, agree...politik tak kotor tapi orang dalamnya yang kotor dan perlu dicuci dengan serbuk pencuci DAIA

ish ko nih Komeng...racist!! it's a very thin line...kalau kita cakap, kita racist, kalau diaorang cakap....itu perpaduan..

kak ipaq:
sapa yang suka kak oiii...

tauke panggung:
he he i stand corrected...TKM 1...kesiankan..tapi nampak sangat kesederhanaannya....eh, hampa kat sana tak dengar cerita ke?

pinky seniorita:
lecturer teater saya kata...mesej akan lebih sampai jika ia disampaikan dalam bentuk komedi..

yoe yie:
i stand corrected again (malunya!!!) i juga suka entry ini...

kodok jambu:
i tot politik is a grup of clown doing circus ha ha

that's not a friend, he's a friend's ex...penegasan di situ

tergeliat lidah aku nak baca ayat omputeh hang...penuh slang baling opppssss...

ohhhh...aku suka quotes yang last ittew

suri:
aku pun sama..

shy:
ke undi tomok....

Life's Like That said...

first and foremost - kindly let me rephrase maksu nyer statement.. mak su; politik tu tak kotor.. org yg dok main politik tu yg buat politik itself - kotor! dun u think so?

then again - dis is all bulshait. for those yg still bengap, tak faham2, cannot read thgs in between - u think its worth it to idup still? heh.

theres so many thgs around us - buka mata, accept the facts well, do yr own judgment. ban paper, ban segala bagai - pe rakyat ni bodo kah?

erk - sorry tuan tanah. emo plaks. haha

Unknown said...

Perghhhh... komen gila gila. Apa korang tak takut kena tangkap masuk ISA? Ilek ilek ahhhh Bro.

Sensitif tu... Apa apa pun aku sokong kau Jerry. Jerry maguire? Huhuhuhu.

Nantikan kemunculan artikel aku pasal RACIST.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
artisticklytouch said...

Jerry:
seyiusly i dunno what to call u, shahe ke, jerry ke, abg gaban ke haha anyways...yes, taik kerbau sangatkan...memang buat kita rasa macam bodoh gila...get a hobby!! Oh, forgot...this is their hobby

komeng:
dah lama simpan semua ni...tapi ada blog yang lebih menghentam tau...sini light2 sajork

zixol said...

walau politik itu kotor..kite xleh lepas tgn n say..im not involve with this thing..sebabnye..kite sebahagian drpdnye..kite xske yg kotor.so pilih yg bersih?..xpecaya yg sedia ada? pilih yg baru..xsuke jugak?..


jadik calon bebas bertanding..hehehe

artisticklytouch said...

gjul:
kaaaannnnn....pakat ramai-ramai pulak tuh jadi calon bebas..

Sengal Ubi said...

aku pun dah mula didekati ajen-ajen politik, mahukan aku menyertai parti merah putih. katanya, aku boleh berjinak dengan putera dulu.

tapi aku pasti warna merah putih bukan warna aku.

antara hijau putih dengan biru muda putih, dua-duanya amat menawan hati. nasib baik baju raya aku boleh yang pasang siap. tak payah pening-pening nak beli kain apa.

artisticklytouch said...

sengal:
baju raya pasang siap tuh macam mana?

apa cer teater ubat tuh?

Pegawai Khalwat said...

AFundi Aishah!

Err... tu pun sebab aku sempat tengok dia sorang je nyanyi lagu Yuna 'Dan Sebenarnya' dan kena puji melambung dek komentor.

shandye. said...

motif tomok?
mak lebey rela undi rizu occay...
ala2 bley berlessy bagai dgn dye...
wakakkaak...

zixol said...

encik sentuhan seni..kamu ade kenal sape2 nk sewakan rrumah kat area banda hilir x?
hhuhuhu..aku sgt2 terdesak nk carik rumah..

Bunga Rampai said...

Rakyat biasa kini menjadi rakyat luar biasa kerana politik!

Salam Art :)

artisticklytouch said...

PK:
alah...cakap ja hang suka yang comel2 kecik macam tuh...

shy:
erk!!! apakah??

gjul:
bandar hilir? melaka? errr...i dont think so i know anyone therelah dear

bunga rampai:
luar biasa macam X-Men?

shandye. said...

buat2 saspen pulok... mak taw nok ko tuh taste kat rizu jugok... lalalala...

Rush Murad said...

politik tidak kotor, tetapi orang di dalam itu yang mengotorkannya... apa2 pun BN dan UMNO dah tunjuk apa yg mereka buat utk Bangsa Melayu dan negara ni... masih tak nampak dan tak sedar?? errmm... Kopi cap Tupai satuuu....!!!!

kamar hati said...

tak mau komen lebih....

tp kita ada akal tuk memikirkan setiap apa yg terjadi....
ada hati tuk menilai baik buruk sesuatu....
ada mata untuk memandang setiap kejadian...
ada telinga tuk mendengar setiap kata yang terucap....

nilai dengan mata hati...nilai dengan fikiran yang waras... (",)

artisticklytouch said...

shy:
surprisingly...i'm listening to Tomok..seyius!!!

rush:
siap!!!

bilik:
agree...sendiri mau nilai dan buat pilihankan...