Aku pun nak cipta satu permainan tag. Yang ini anda semua tidak perlu menyambung ayat-ayat yang tergantung, cuma jawab di bahagian komen. Pedulikan jika kau bukan penggiat teater, pembikin teater, peminat teater atau tidak pernah menonton teater, cuma pakai 'topi berfikir' kamu dan fikirkan penyelesaian untuk situasi yang diberikan.
Semasa aku masih bergiat dahulu, pernahlah mengikuti bengkel yang dikendalikan oleh Pak Marzuki Ali. Pak Marzuki pernah bertanya apakah perlu jika sekiranya di dalam sesebuah skrip itu menyatakan scene sebuah rumah, maka perlu diadakan rumah itu di atas pentas. Jadi di sini mari kita menjawab persoalan yang telah dikemukakan oleh Pak Marzuki melalui beberapa situasi.
Situasi 1
Rumah banglo tiga tingkat Pak Ali terbakar. Api menjulang-julang hingga ke langit
Situasi 2
Mustika dirogol berulang-ulang kali oleh mat-mat rempit itu.
Situasi 3
Helikopter Orang Kaya Ayub mendarat di padang sekolah menengah berhadapan rumahnya
Tiga situasi dulu untuk mengisi masa lapang kamu
10 comments:
Aku bukan peminat De Bono, aku peminat Covey.
Psss... Marzuki Ali katanya akan jadi residen artis di tempat aku.
Situasi 1 : Pakai multimedia atau effect lampu api menjulang-julang. Takpun bunyi api marak dan bunyi siren bomba dan suara menjerit.
Situasi 2 : He hehe.... nama komersil tu. Buat ja style cerita lama. Seorang demi seorang masuk dan keluar tarik zip dan lap peluh. Suara Mustika menjerit takut (bukan menjerit sedap).
Situasi 3 : Kalau kat Durian Singapore bole la bawak turun helikopter. Alah... bunyi ja helikopter. Takpun multimedia ja. (Hang ni kalau bagi contoh, siap padang sekolah menengah. Awat padang sekolah rendah kecik ka?)
1 - banyak abu
2 - mustika nangis di tengah-tengah dan dikelilingi oleh mat rempit giler babas cilakak lahatat (eh... teremosi plaks.. sori ya)
3 - bukak kipas besar kuat2 (tapi sorok ler kipas tu), gambar background sekolah nun nampak dari jauh
(ok ker?)
nrnvfxPK:
Marzuki Ali gemar berkata
"orang muda...hatinya panas.."
depan rumah pak ayub ada sekolah menengah, takda sekolah rendah
mak su:
oklah tuh mak su ... kawal emosi yers
hohohohoho
pak marzuki
ye aku jugak penah join bengkel die
and br rsnye bulan lepas aku jmpe die kat bengkel teater lg
tp kali ni aku cume jd pemerhati..bukan peserta
=)
wah..org seni belake-lake mike sumer ni ye.. salam kenal, tumpang lalu, peace..
hi!
kita cuma pernah gi tengok PGL ngan kg. seri wangi jer..
effect2 ni:
1. guna asap je tebal-tebal, mata merah-merah
2. suara pompuan terjerit2, pastu lelaki2 sengih-sengih lepas sorang-sorang kuar dari bilik, sambil betulkan zip sluar
2. guna la bunyik heli je, ngan kipas besar gedabak gitu...
wokey?
Situasi yang nombor dua itu lulus ke untuk tayangan umum?
ilynn:
suka melihat wajah contented dia semasa mengajar. kepingin untuk merasa kepuasan seperti itu di dalam hidup aku.
eh, kau tidak menjawab soalan..
nunn:
Teman tak kisah, mike nak lalu tapi jangan lalu saja, komen2 la sket, ye mike!
mike pun tak menjawab soalan
umi:
tahniah umi!!
BP:
terpulanglah kepada kreativiti pengarah, payah nak censored benda seni ni, banyak tafsirannya.
ketiga tiga situasi tu set dia mesti banyak platform dan ada dua bahagia,satu dalam rumah dan satu lagi restoren kucing demam hahahaha
butaseni:
CHHHHHHOOOOOOOIIIIIII!!!!!!!!
Post a Comment