Ulang lagi.
Aku diberitahu dia akan mengulang lagi cerita itu.
Tapi kali ini akan diubahnya sedikit.
Tapi masih lagi cerita itu.
Beberapa rakan penggiat di Tanjung sedang bersiap-siap untuk berentap dalam Festival Teater Penang (bukan nama program yang sebenar kerana ia bertukar setiap tahun mengikut kepala program di ibu pejabat) tahun ini. Waktunya lambat lagi tapi semua sudah mula merangka kerana semua mahu menjadi juara. Siapa tidak mahu jadi juara, aku saja! Aku saja yang bertanding untuk menjadi juara kepada diri sendiri.
Oh, ya! Dalam kerancakkan mencari naskah terbaik untuk menjadi juara, ada dikalangan rakan dan bekas rakan yang memilih naskah yang mereka pernah pentaskan dan yang pastinya pernah membawa kejayaan pada mereka. Pendek kata ini adalah sebuah siri ulangan.
Aku kurang mengerti. Apakah mereka berasakan kejayaan masa lalu menjanjikan kejayaan masa kini? Apa yang mereka cari? Kenapa mahu diulang? Apakah pengulangan ini akan membetulkan kesilapan dulu? Atau hanya akan mengundang kesilapan-kesilapan baru.
Semasa berdiang di Tanjung dulu, aku juga diaju dengan perkara ini. Remake semula pementasan aku itu yang hanya menang di hati aku dan rakan-rakan yang bersimpati. Tergerak juga nak membuatnya tapi untuk apa? Untuk siapa? Tidakkah aku mengkhianati apa yang aku cari sendiri dalam pementasan itu?
Banyak sangat persoalan.
Sebenarnya, aku sedikit khuatir dengan trend yang ada ini. Mengulang cerita yang sama. Kenapa tidak melihat ke hadapan? Buka lembaran baru. Karang dan pentaskan naskah-naskah baru. Buat kesilapan-kesilapan baru agar kita akan belajar sesuatu yang baru. Aku berasakan pengulangan ini bersifat escapism kerana mereka sudah tahu apa yang perlu dan tidak perlu untuk pementasan itu, jadi apa yang hendak dibelajar?
Teater Tat Nenas pernah menang tempat kedua di Selangor beberapa tahun kemudian bertanding sekali lagi terus menjadi johan Kebangsaan...hebatkan.

5 comments:
Aku kenal orang-orang tu.
Sorang yang memang terkenal dengan kehebatannya di Tanjung.
Dan sorang lagi suka cakap berulang-ulang.
Entahla, mungkin ini strategi Art. Bila kita buat sesuatu yang kita dah pernah pentaskan, maka kita akan dapat tau dan perbaiki kelemahan kita.
Atau mungkin memang dah tak ada idea, atau tak reti nak realisasikan yang baru.
Psss... aku pun akan pentaskan dulu sebelum masuk festival. Aku tergolong dalam golongan tu jugak rasanya.
Huhu....
PK:
tapi itu naskah baru..lain ceritanya...ini benda yang sama. Macam masih hidup dalam angan-angan lamakan..
jgn lupa baca blog terbaru aku....
sudah mula rajin sedikit untuk menulis....
p/s untuk ini aku tiada komen!!!!
Art,
mereka berkesperimentasi barangkali. Jangan sampai tikus membaiki labu sudah la..
Relevan ke komen aku ni..?
BP:
kau rasa ianya releven?
Post a Comment