Tuesday, March 27, 2007

Kalau rasa gembira...la la la la

Hari ini hari gembira kerana beberapa perkara.

Semalam kami bersama. Melepaskan rindu dendam masing-masing. Menyatakan rasa hati masing-masing. Dengan tutur, dengan jeling, dengan rangkul dan dengan deringan jam loceng. Aku memberikan hatiku padanya dan dia memberikan hatinya pada aku. Dengan bahasa yang cukup indah. Jika aku bercinta lagi...

Tadi dapat khabar gembira dari ibu pejabat di KL sana. Aku ditukar ke Pulau Redang. Berakhir sudah penantian selama 3 bulan 3 minggu di Mantin. Minggu depan aku akan memulakan hidup baru di Redang. Ya brother naga, pindah lagi!

Hari ini aku gembira kerana kawan aku sudah kembali melihat cahaya setelah sekian lama lari daripadanya. Kawanku juga nadanya ceria, tidak lagi berduka. Dia menerima seadanya.

Alah, hari ini memang hari yang gembira...gembiranya..

8 comments:

Pegawai Khalwat said...

Ahai...... perenggan pertama, aku tak mahu bayangkan.... eeee.... tak sanggup.

Ahahhh! Perenggan kedua, aku mahu bayangkan, aku juga ada di sana, di Redang.... dengan harga diskaun.

Marilah sama-sama tumpang gembira dengan aku.

Pssss.... telah aku khabarkan seantero Tanjung berita baik hang ke Redang. Khabarnya retreat kali ini bukan lagi Pantai Kerachut atau Tanjung Bungah.

Unknown said...

Pulau Redang? Wow!

Kirim salam sama ikan garoupa besar di bawah jeti Taman Laut Redang.

NONIE AZIZ said...

Pulau Redang??nanti kalau aku pegi sana boleh aku anak beranak tumpang rumah ko..muahahahha save budget...

blackpurple @ jowopinter said...

Nanti bila senang aku cari kau kat Redang ek..

artisticklytouch said...

PK:
Aku sendiri sukar hendak menggambarkan perenggan pertama tu..ahai bestnya

Harga diskaun pun masih tetap mahal ler

Haahkan...mereka memang suka berangan-angan

jiwarasa:
Aku tak berani la

MR:
oi, aku dapat bilik jelah..ko bleh datang tapi kena balik sebelum kul 11.00 he he ada curfew.

blackpurple:
cari sampai jumpa tau

Amiene Rev said...

Salam,

Saya sedang mengemaskini senarai jaringan blogger. Blog anda disahkan wujud. Sekian, terima kasih.


Greeting,

I am updating my bloglist. Your blog is avaiable and confirmed. Thank you.

Anonymous said...

yang...
tak da entri baru ker?
pasti cbuk kan?
bila mau turun penang?

artisticklytouch said...

MAHA SIBUKS UOLS...

weols tak turun penang le...kekasih hati di KL..motif nak turun penang...cantikkah penang?