Tuesday, March 13, 2007

Dia berlawak untuk menjadi Raja

Selesai satu lagi program realiti di TV. Tidak semua orang puas hati, sekali lagi.

Program yang satu ini memang aku ikuti dari awal lagi. Dari sesi-sesi ujibakat yang dijalankan di seluruh negara sehinggalah ke kemuncaknya malam minggu lalu.

Sebab aku hanya satu. Rakan aku bertanding di dalamnya. Rakan-rakan yang bersama bersusah payah berteater di Penang dulu. Ada yang memang terkenal dengan lawaknya, ada yang memang terkenal dengan menumpang kelawakkan kawan-kawan lain. Aku kenal mereka dan aku rasa terpanggil untuk memberi sokongan walaupun hanya sekadar menonton.

Sepanjang tiga bulan program ini, macam-macam aku dengar dari kawan-kawan lain yang mengetahui aku menonton siri ini. Katanya lawak bodoh (dia terbahak-bahak menonton Mr. Bean). Katanya lawak tidak bermesej (dia yang juga meminati Mr. Bean). Katanya balik-balik realiti TV (dia yang memuja American Idol). Sampaikan aku naik segan nak mengaku yang kawan-kawan aku bertanding dalam siri ini tapi sebab aku kenal mereka dan aku tidak berasakan aku patut malu berkawan dengan mereka, aku teruskan menonton.

Ada satu remarks dari seorang kenalan yang aku tidak berapa kenal. Katanya mereka ini memperbodoh-bodohkan diri sendiri.

"They are stupid, they are only making fools of themself for people to laugh at"

Macam tulah lebih kurang. Sebenarnya berabuk lagi English dia tapi aku betulkan la sikit-sikit, karang nampak sangat bodohnya pulak.

Jadinya aku terfikir. Bukankah itu kerja pelawak? Membodoh-bodohkan dirinya untuk menghiburkan orang lain. Pernahkah kita tertawa bila ada orang menunjuk pandai dirinya? Pernahkah kita terhibur bila rakan kita membuktikan dia lebih pandai daripada kita? Berapa kali dalam hidup kita, kita tertawa bila rakan kita membuat sesuatu perkara yang bodoh di hadapan kita? Masihkah kita ingat betapa kebodohan rakan kita itu telah membuatkan kita ketawa hingga lupa akan segala masalah yang ada.

Ada benarnya beberapa kali peserta program itu seolah kehilangan idea untuk berlawak dan aku berasakan juga, lawak ini bukanlah sesuatu yang boleh diajar caranya secara teori. Macam mana mereka boleh terfikir untuk menjadikannya suatu program di media juga menjadi tanda tanya.

Apa-apa pun tahniah kepada pemenang. Walaupun aku tak sms tapi aku sokong hang dari jauh. Sebab hang pun selama ini menyokong aku dari jauh jugakkan.

Baguslah. Dia dah menang. Harapnya kehidupan dia selepas ini akan berubah dan lebih cemerlang. Sudha lama dia membujang ha ha

3 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Akun tak pernah tengok la..

Membuat lawak memperbodohkan diri sendiri itu ok lagi, jangan sampai membuat lawak memperbodohkan orang lain... kan..?

Pegawai Khalwat said...

Haha....

Entri hang yang paling bermakna setelah sekian lama.

Aku setuju Art. Bak kata Dato' Nordin Hassan dalam Sireh Bertepuk Pinang Menari, "badut ketawa orang ketawa. Badut menangis pun orang ketawa."

Bukan senang nak buat orang ketawa. Dan pelawak ni memang tak sama langsung dengan kita-kita yang dok buat lawak dengan kawan-kawan. Kerana pelawak buat lawak bukan dengan kawan-kawan.

Aku pun sokong dia, bukan kerana dia member, tapi kerana aku tengok memang dia sangat berbakat berbanding orang lain.

Psss.... lepas ni kalo kita nak panggil dia jangan harap la nak bayaq RM200 satu show.

artisticklytouch said...

nurbaya:
I always don't understand your Tepuk Dada Tanya Selera..

BP:
Ya betul..itu boleh menyebabkan marah

PK:
Maknaanya selama ini entry aku kurang bermaknalah ha ha nantikan Sham+Sham

Agak2 dia akan panggil kita tak untuk rancangan baru dia tu?