Aku baru pulang dari Kuala Lumpur. Bercuti. Melawat bonda dan kaum keluarga. Senang cerita menyambut Ramadan bersama keluarga. Di Penang ni hidup membujang. Syahdu sangat sambutannya nanti.
Dua minggu aku di Kuala Lumpur walaupun planning awal hanya empat hari tapi atas pujuk rayu mama, terlajak sampai dua minggu. Bila aku kata nak balik je mama mesti tanya:
"Kau nak makan apa kat sana?"
Mama memang pandai jaga makan aku. Dapurnya pun ada macam-macam makanan yang sedia untuk dimakan, kurang bersedia untuk dimakan dan tidak bersedia untuk dimakan.
Selain daripada makan yang tiada hadnya. Di rumah mama ada ASTRO. Bila ada ASTRO maksudnya macam-macam ada. Kau boleh menonton tanpa henti. Tanpa rasa bosan. Sebab bila kau bosan dengan satu channel ni, kau tukar je channel lain. Lantas kau akan menonton hingga lupa bersolat. Bila ini terjadi mama akan kata:
"Nanti dalam kubur bila malaikat tanya SIAPA TUHAN KAMU, jawablah TV!!!!" (bahagian ni mama akan membuat suara garau yang sangat memukau) ha ha
Tapi aku tak boleh duduk bersenang lenang sebab sebenar-benarnya aku perlu menjadi buruh kasar mengecat separuh rumah yang tak habis di cat semasa renovasi harituh. Nak kaler hijaulah, kaler kokolah, kaler birulah, nak cat silinglah, cat lantailah. Aku cuma berkata yelah yelah.
Seronok duduk rumah bersenang-lenang.

Alah, perut nih... lagi berapa minit ni nak buka puasa...
Sebenarnya keadaan perut boleh mengganggu ketajaman minda ye, sebab aku rasa aku sedang taip ayat-ayat mengarut.
Dilain kali kalian! Di lain kali! Da