Wednesday, May 31, 2006

(!)

Seorang ex-housemate. Ini ceritanya semasa dia masih menjadi housemate aku. Sekarang dia dah berkahwin, sudah sewa rumah, sudah ada sofa yang besar, sudah ada TV yang sedang, sudah ada kereta kancil. Ini cerita sebelum dia berkereta, semasa dia masih digelar mat scoot.

Flash back......Truingggg....

Bunyi telefon (Ring tone biasa, jangan fantasikan lagu Menuju Puncak). Namanya tertera. Aku angkat.

"Hmm..." aku.
"Weh, keta hang ni pasai apa?" dia.
"Hah, pasai apa keta aku?" aku.
"Ada tanda seruan!" dia. Dalam nada ketakutan.
"Tanda seruan? keta aku kena contiang ka?" Aku. Dengan penuh debaran.
"Dak..dak.. ni, kat dashbord ni, kat sebelah meter." dia.
"Sebelah meter?" aku. Hairan.
"Dia menyala kaler merah. Ada tanda seruan dalam kurungan, menyala kaler merah!" dia. Suaranya semakin ketar.
"Tanda seruan apa pulak ni?" aku. Semakin konpius.
"Ada! Ada! Aku start enjin ja, dia menyala! Awat dia menyala? Selalu camni ka?" dia. Semakin takut.

Aku diam. Bingung. Tanda seruan dalam kurungan? Warna merah? Seperti pernah kulihat tapi di mana ya?

"Weh, la ni lagu mana?" dia. Semakin tidak sabar.

Ooooooooo.....hehehehehe

"Woi! handbreak dah turun ka belum ka?" aku. Tersenyum.
"Belum." dia. Blur.
"Itu sign handbreak, dah hang tak turunkan hand break dia nyala la. Cuba hang turunkan!" aku. Sudah mula ketawa.
"Oooooo....." dia. Yang memiliki lesen terbang.

9 comments:

blackpurple said...

Ehh......macam berpakat pulak kita cerita pasal kereta hari ni ekk...hehehe

sinaganaga said...

Masa aku pi Seberang Jaya, kawan bagi pinjam nissan sentra, aku takleh start enjin... Dia start boleh pulak. Pelik!

tujuh86 said...

Ha ha ha! Adeh! Senak perut aku!!

MAMARISYIA said...

hehehehhe..adehhh...sian kawan hang..kalau aku mau dijeritkan jer...muahahha...bagi terketaq2...

Pegawai Khalwat said...

Kawan hang ada kancil? Sapa? Musuh ketat ka?

artisticklytouch said...

black:
kau inspirasiku

bro naga:
Sebenarnya bro reti ke tidak start keta? Apa-apa keta la.

786:
sapu minyak angin

MR:
hehehhee

pegawai:
bukan

Pegawai Khalwat said...

Ha ha ha....

Aku dah tau sapa!

Semalam dia mai pakai kancil. Ha ha ha!

Pegawai Khalwat said...

Eh.. silap... orang lain....

dugongsenyum said...

alamat hangit aaa sepanjang perjalanan HA HA HA