Monday, December 05, 2011

Rindu pada Ombak

Usai membaca novel Ombak Rindu beberapa tahun dulu, tak pernah pun terfikir atau terbayangkan yang novel itu akan pada suatu hari diangkat ke layar perak.  Bila ada PC untuk mengumumkan yang novel ini akan diangkat ke layar perak, masih aku tidak teruja.  Bila promosi filem ini bermula, barulah aku teruja untuk menontonnya.  Puas perah otak nak ingat kembali jalan cerita tapi tak mampu.  Jadi, sebelum menonton, aku baca dulu sebarang maklumat ringkas di internet untuk dapatkan kembali feel cerita ini.

Pada yang belum menonton, Ombak Rindu secara ringkasnya mengenai perjalanan hidup Izah yang berasal dari kampung, berhijrah ke bandar atas paksaan bapa saudaranya dengan alasan untuk mendapatkan pendapatan lebih.  Namun, bapa saudaranya telah menjualnya kepada sebuah kelab malam untuk melupuskan hutang-hutangnya.  Di sinilah bermulanya pertemuan Izah dan Haris, walaupun permulaan yang malang buat Izah tapi akhirnya ia berubah menjadi pengakhiran yang bahagia untuknya.  Konflik timbul apabila kekasih

Filem ni bagus, sesuai untuk ditonton samaada nak relax-relax ataupun nak berfikir.  Buah tangan Osman Ali memang tak pernah menghampakan aku sejak daripada Bukak Api dan Malaikat di Jendela lagi.  Cuma aku rasa Bukak Api dan Malaikat di Jendela lebih berkesan daripada cerita-cerita mainstream dia sekarang.

Ada beberapa kekurangan yang aku lihat pada filem Osman Ali kali ni.  Kekurangan paling menyedihkan adalah pada aspek ketelitian atau attention to details.  Beberapa scene nampak tak ditouch-up dengan baik hingga memberi maksud lain pada babak itu ataupun mengganggu sedikit jalan cerita dan penumpuan penonton.    

Scene Izah memandikan mak saudaranya yang sakit barah. Mak saudara yang sakit barah sangat berisi dan mempunyai kening yang cantik terlukis.  Berselera sungguh orang sakit barah, sempat pulak lukis kening, duduk kampung neh!  Babak ni penting tapi penelitian yang minima hampir menggagalkan babak ini.

Kesianlah pesakit barah ni
Dalam beberapa scene lain macam selepas akad nikah, tiba-tiba ada gajah.  Tak tahu apa significantnya gajah tu tapi aku agak-agak dengan bahasa wajah Izah dan persekitaran, ada cerita yang ingin disampaikan oleh pengarah.  Beberapa scene tepi laut antara Izah dan Haris juga nampak janggal, satu, semasa Haris ingin memujuk Izah selepas dimarahi, air laut dari paras tumit, habis scene dah paras peha.  Banyak sangat take agaknya.  Kalau Yusry KRU mesti dia dah CGI kan.  Kedua babak romantik Haris dan Izah berpeluk-peluk atas bahu, tiba-tiba ada pulak budak pompuan mana duk jalan-jalan kat belakang macam hilang arah. Krew ke? Orang sesat ke?  Nak kata pantai tu tumpuan pengunjung, dari awal ia tidak digambarkan begitu, jadi, cacatlah scene itu.
Masa tengah romantik tetiba ada pulak yang interframe

Scene paling kelakar haruslah scene Mila balik dari oversea hahaha kenapa kelakar korang kena tengok sendiri, tak mau cerita.  Azab!! Murahan sangat.

Pemilihan Maya Karin untuk membawakan watak Izah juga seperti tak kena.  Ini kerana, slang Maya yang tak berubah-ubah sejak dari filem pertama lakonannya hingga hari ni, berkadaran songsang dengan watak gadis kampung.  Selain itu, Maya kelihatan agak kekok bila babak di kampung.  Dia dan latar kampung tu seakan tidak bersatu.  Seorang lagi pelakon yang agak fail adalah Julia Ziegler yang membawakan watak Wafi.  Walaupun membawakan watak tambahan tetapi dia memiliki dialog-dialog yang berat yang perlukan jiwa untuk melafazkannya.  Namun ia menjadi hanya lafaz tanpa jiwa, sudahnya babak tidak terkesan, macam buang shot je.

Ada seorang pelakon yang aku sangat tidak sangka perkembangan lakonannya.  Lisa Surihani berjaya keluar dari kepompong lakonannya selama ini dan memberikan nafas baru kepada kita mengenai kemampuannya.  Permainan wataknya sangat hebat, dia seolah-olah bersatu dengan Mila.  Bront Palare sememangnya layak dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik FFM tahun lalu, memang jelas Mail ni gilakan Izah dan memang jelas Mail ni tak pernah tinggalkan kampung.  Normah Damanhuri dan Zaidi Omar memang tidak pernah menghampakan kita walau aku sedikit ralat sebab diaorang selalu dapat watak-watak macam ni.  Azizah Mahzan pulak selalu dapat watak businesswoman berpangkat Datuk, no wonder she delivered it well.  

Beberapa scene yang aku suka antaranya, scene Datuk menghalau Izah dari rumah Haris.  Dengan petir berdentum-dentam dan hujan mencurah-curah, ditemani hanya sinaran lampu kecil yang dibelakangi Datuk, perggggghhhh!!! Datuk memang nampak evil!!  Dan semestinya scene selepas akad nikah.  Pertukaran jam tu sangat romantik dan berkesan.  Sama juga dengan scene ranjang yang sampai hari ni menjadi isu besar.  Sebenarnya, babak itu berkesan, sebab itulah dia menjadi isu.

Evil ok Datuk ni
Uuuuuuuu.....
Panjang dah ni, nanti takde feel pulak orang yang dah baca nak tengok.  Pendek kata, ini sebuah filem yang patut ditonton. Baiklah korang keluar duit tengok cerita ni daripada tengok cerita hantu merepek semua tu.  Bukan sebab cerita ni boleh buat korang nangis, bukan sebab adegan ranjang yang menghairahkan tapi sebab cerita ni memang ada kualiti, dengan barisan tenaga kerja yang pernah menang award, korang memang akan berpuas hati.

Kata teman aku:

"Ombak Rindu: aside from maya's irrevocably non malay accent, inattentive editing and lack of focus into details, it was GOOD! Brilliant Malay movie, love it, love the song and music. Love Lisa, she's superb!"

Tudiiiaaaa hampa tak mau tengok lagi?

Friday, January 14, 2011

Shopping di Bandoeng (part 4)

tu dia...
memang betul pusat membeli-belah, dah sampai part 4 pun tak habis-habis lagi cerita shopping di Bandoeng ni. Takpe, promise, ini yang terakhir.

Kali ni nak bercerita pasal sebuah pusat jualan buku pada harga murah yang sangat besar di Bandoeng iaitu Palasari

Palasari
Palasari ni terletak di daerah Cibiru, Bandoeng. Dari airport rasa macam jauh je tapi Pak Idan kata dia ikut jalan jauh untuk elak macet. Sempat jugaklah aku rasa mual nak muntah duk dalam van dia tuh.

Aku boleh tergerak nak cari buku-buku kat kawasan ini pun selepas disarankan oleh Pak Idan. Katanya buku-buku dekat sini murah dan selalu dikunjungi anak tempatan yang tak mampu membeli buku di toko-toko buku di gedung-gedung besar. Sebab ia murah adalah kerana buku-buku ini merupakan buku secondhand.

pandangan dari depan kawasan pasar buku Palasari

Tak adalah spesifik buku yang aku berminat cuma nak tengok-tengok, kalau ada yang menarik, kita sambar.

kawasan dalam pasar buku Palasari

Tempat ni takdelah besar sangat. Biasa je tapi sebab dia mengumpulkan banyak jenis buku di satu kawasan, memang kira syurgalah.

Betul kata Pak Idan, buku-buku kat sini memang murah cuma dia lupa nak beritahu, buku-buku baru juga ada dijual di sini.

Kebanyakkan buku-buku di sini adalah buku-buku teks dan rujukan universiti. Lantas aku teringat pada lambakan buku di tingkat atas bangunan Chow Rasta di Penang. Itu kira kecik ye, ini adalah dekat 100 pintu.

Sesetengah kedai, buku-buku yang dijual adalah agak spesifik. Ada yang menjual buku agama sahaja, ada buku universiti sahaja, ada buku lama sahaja.

Boleh dikatakan, hampir 80% buku-buku di sini adalah hasil karya tempatan ataupun karya luar negara yang telah dialih bahasakan.

Dalam lambakan buku-buku itu, aku ternampak sebuah buku S. Othman Kelantan (kalau tak silap Melati Kota Bharu) dan sebuah buku mengenai Negeri Perak (alah coffee table book yang penuh gambar tu). Senyum banggalah kejap.

In the end tak beli apa pun sebab tak ada yang berkenan. Lagipun dah dapat buku ni kat Toko Buku Agung hari sebelumnya pada harga 2 ribu lebih mahal dari harga di Palasari. Takpelah, harga beli tu, lepas convert tetap murah.

ini adalah dwinovel, tajuk novel satu lagi ialah Cinta Di Dalam Gelas

Shopping Malls
Kalau dah kaki shopping tu, pergi mana pun tetaplah cari shopping malls. Cuma ada dua yang menarik perhatian aku.

Yang pertama, Paris Van Java mall.
Namanya semacam gini sebab Bandoeng ni katanya Paris di Tanah Jawa. Pondan berangan mana entah yang bagi nama ni tidaklah diketahui umum sebab aku tengok tak ada pun ciri-ciri Paris kat sini. But then again, I have never been to Paris, maybe pondan tu pernah tinggal sana.

Anyway, malls being malls sama je kat mana-mana dan kau boleh expect kedai-kedai yang ada dekat malls di sini ada dekat sana. Of coslah Malaysian brand tak ada tapi macam Zara, Debenhaum, Esprit, Levi's dan sebagainya ada. Harga, sama je dengan Malaysia cuma untuk menyamakan harga itu, berderetlah kosong kat tanda harga tu LOL

ha, ini dia bahagian dalam Paris Van Java Mall

Yang kedua, Hypermart Jalan Cihampelas
Hypermart tu tak best tapi kedai-kedai yang ada majoriti adalah local brand and designers. Harga berpatutanlah dan yang aku suka sangat adalah design-design baju brand local ni lain dari yang lain. Nampak chic tapi sesuai untuk semua golongan.

OK. Enough pasal shopping, in the end barang paling berharga dan saya sangat suka yang saya dapat di Bandoeng adalah ini...

Sekali tangkap empat yer!!! kau mampoooo...

Ada banyak cerita pasal Bandoeng lagi...tunggu naaaa...

Thursday, January 06, 2011

Shopping in Bandoeng - Part 3

Ok, kita dah shopping di Rumah Hauk, eh, salah! Rumah Mode dan di Pasar Baru. Jadi ini entry terakhir untuk jalan-jalan shopping.

Jalan Bogor
Dalam aku buat research pasal tempat-tempat menarik untuk pergi di sekitar Bandoeng, takde pulak keluar nama tempat ni tapi on the first night dekat sana, pak Idan the supir bawak kitaorang pusing-pusing Bandoeng dan masuk jalan ni. Dia ceritalah serba sedikit pasal jalan ni, nampak macam meriah jugak tapi Pak Idan kata siang lagi best.

Sehari sebelum balik, si Jeeb nak sangat beli lukisan yang auntie dia kirim. Gigih tau chegem ni. So bila bagitau Pak Idan, dia kata kita pergilah Jalan Bogor ni sebab situ banyak kedai lukisan katanya.

Bila dah sampai barulah terbelalak biji mata memasingkan, the whole stretch jual lukisan. Yang ori, yang fake, yang printed, yang ada certificate, semua ada. Yang hodoh, hodoh dan yang cantik, cantik. Harga memanglah tersangat murah, even yang ada certificate* pun masih lagi murah setelah diconvertkan harga. A four poster painting you can get about less than RM200, murahlahkan. Sini tak dapat ye harga tu.


Aku macam dah terpengaruh nak beli tapi tak jadi sebab yang aku minat kebanyakannya is a mass production. Baik aku download, print, frame and gantung je. Save! [read: cheapo sangat]

Jeeb belilah jugak setelah puas membelek. Oklah, so auntie dia tak bising-bising.

*certificate = karya seni halus aka lukisan yang ada certificate maknanya lukisan itu hanya ada satu je kat dunia ni dan ia adalah hasil asal bukan mass printing. Jadi kalau nak beli lukisan, pastikan yang ada certificate.

ni contoh certificatenya

Cigondewah

Sebelum sampai ke Jalan Bogor, kami ke Cigondewah. Cigondewah ni macam Nilai 3. Kain juga yang banyak tapi lagi murah dari Pasar Baru sebab peniaga Pasar Baru pun ambil bekalan diaorang dari sini.

Tempat dia agak jauhlah jugak dari Bandar Bandoeng, adalah dalam 40 minit perjalanan kalau tak silap.

Kawasan dia tak besar kalau nak dibandingkan dengan Nilai 3, ia cuma lebih kurang 100 meter stretch of kedai kain.

*gambar-gambar di ceduk dari internet tanpa kebenaran sebab tak bergambar kat sini

kitaorang parking depan kedai ni. Ye, jalan dia memang hazab seperti ini.

Kain-kain kat sini ada yang cantik, ada yang hazab. Fari gigih mencari kain untuk adik dia nak bertunang. Lace-lace cantik dan murah tapi kena teliti sebab kalau kau tak pandai pilih, kau terbeli lace yang nak iras alas meja keras kejung haha nak return satu hal kan.

Oleh sebab itu Fari mengambil masa sejam lebih ye tuan-tuan dan puan-puan untuk memilih kain. Nasib baik beli, kalau tak beli.....

ha, ada jumpa kedai ni tapi tak jumpa pulak budak tu. Dia cuti kot.

kedai ni pun jumpa jugak tapi tak masuk, lalu je sebab takde apa yang menarik.

kedai ni tak jumpalah pulak tapi adalah nampak beberapa kedai yang ada guni-guni macam ni. azabkan longgok macam ni je.

oh-uh have to get back to work...terpaksalah sambung ke part 4 hehe