Thursday, July 22, 2010

Uda dan Dara di Istana Budaya

Oh, saya perlu hentikan sebentar cerita perjalanan pendek Singapura, nanti saya sambung semula sebabnya sekarang ini saya mahu bercerita mengenai teater muzikal Uda dan Dara yang baru sahaja tamat pementasannya di Istana Budaya (IB)

Sebelum itu, soalan trivia: Mengapakah semua teater di IB adalah teater muzikal?

Saya menonton teater Uda dan Dara pada malam terakhir pementasannya. Hati memang bergejolak bernafsu nafsi untuk menonton teater ini sejak mengetahui yang ia akan dipentaskan. Antara sebabnya kerana ia karya Arwah Usman Awang dan saya tidak pernah menontonnya, juga kerana Misha Omar (MO) berlakon. Saya tahu, lakonan MO takdelah hebat mana tapi saya minat dia...

Kebetulan mak saya yang pernah menonton cerita ini di TV, lakonan Rahim Razali (RR) dan Norlelawati pada zaman TV hitam putih (ke TV rumah mak aku hitam putih tapi orang lain dah kaler? takpelah, yang penting, dah lama dulu).

Jadi, tak boleh tidak, saya dapatkan juga tiket malam terakhir Uda dan Dara. Ramai rakan yang skeptikal dengan pementasan ini dan saya pula tak membaca ulasan-ulasan di akhbar yang katanya sangat berpuas hati dengan pementasan ini tapi saya teruskan juga niat di hati.

Di awal cerita Utih lakonan Rosdeen Suboh (RS) bersama seorang penggesek biola yang buta. Vokal pentas RS sangat hebat, saya rasa sepatutnya dia tidak diberikan mic atau, volume suara itu dikurangkan. Kelantangan itu mencapai ke tahap menyakitkan telinga. Ia seperti menonton sebuah konsert.

Lakonan secara keseluruhann sangat biasa kecuali RS. MO, saya tidak faham mengapa watak Dara dilakonkan seolah-olah Dara itu sangat gedik dan gatal. Lantas membuat saya terfikir, adakah ini setting sebenar Uda dan Dara?

Dari segi kostum, kelihatannya setting cerita ini seperti sebuah purbawara. Namun saya rasa walau segedik mana seorang anak dara pada zaman itu, ia tetap berbeza dan tidak segedik anak dara zaman ini. Tapi Dara yang dibawa MO sangat gedik, sangat, sangat gedik.

Sepengetahuan saya, Dara adalah watak yang sopan dan penuh adab. Mak saya pun kata Norlelawati membawakan watak itu sungguh lembut, sopan dan penuh ciri gadis Melayu.

Sudahlah gedik, dating dalam hutan!!

Macam mana orang zaman itu berani dating dalam hutan?? Bukankah bertemu lelaki dan perempuan itu pun susah dan dilarang. Hubungan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim sangat dikawal ketat.

Dating satu hal, tiba-tiba ada babak romen sebelum nikah. Eh, macam mana tu? Saya faham itu mungkin sekadar simbolik cinta yang sangat dalam dan tulus tetapi gerak-gerak yang mereka lakukan itu sangat melambangkan dua orang yang sedang berasmara. Saya rasa babak ini sangat tidak perlu.

Pada kala ini, saya dah berkira nak balik tapi sebab datang dengan Mak, saya tahankan niat.

Itu tiga masalah besar yang saya nampak pada pementasan ini. Secara keseluruhannya, tempo pementasan perlahan dan klimaks cerita pun tidak mencapai tahap kepuasan. Pendek kata, boringlah. Tiga empat kali saya tertidur.

Tidak ada sebarang perkara menarik yang positif yang boleh saya kongsi, harap maaf.

Seperti kata seorang sahabat, saya mengharapkan lebih kerana pengarahnya Rahim Razali. Entahlah, saya juga begitu tapi apa boleh buat, layan saja.

*ada pulak seorang Profesor Madya dari USM gigih ambil gambar semasa pementasan sedang berlangsung. Tak ada etika langsung, walaupun dah ditegur tapi tetap juga ambil gambar.

5 comments:

maman said...

setuju! and ada masanya watak kawan baik Uda tu rasanya overshadow watak utama plak.. huhu

and ada banyak babak juga pada pendapat saya yg tak perlu. Sbg penonton yg tak pernah tgk uda dan dara sblm ni, mmg tak sangka pulak jalan cerita dia ni sesimple ini.

Aloy Paradoks said...

Dr Zul siap copy lagi entry lu ni...

Pegawai Khalwat said...

prof madya mana tu habaq mai, aku nak pi tampaq kepala dia!

Mak Su said...

maksu suka sitcom more, lagu2 ni tak berapa masyuk di jiwa huhuhu

Bunga Rampai said...

Ulasan ini membuat hati saya lega. Nak menonton sebenarnya tapi ada saja halangan yang tak dapat dielakkan.

Etika berpakaian juga perlu diberi perhatian oleh pihak IB.

Salam :)