Thursday, December 31, 2009

Selamat Malam

Selamat Malam.

Kepada pemandu-pemandu bas, jangan terlelap.

Bukan nak buat 'joke' yang kurang ajar, juga bukan mahu menunjuk pandai, sekadar berkongsi rasa.

Takziah untuk keluarga mangsa juga keluarga pemandu bas yang didakwa memandu melulu dan yang mendakwa dirinya terlelap.

Baguslah, belum masuk mahkamah lagi dia dah mengaku silapnya dan dia tidak menunding jari pada orang lain, macam yang selalu-selalu orang Malaysia buat. Dia tahu kesan pada tindakannya itu tapi dia mengaku salah juga.

Tapi ada juga yang tak puas hati.

Semalam aku tengok berita. Awani rasanya. Dua keluarga mangsa ditemuramah. Satu keluarga tuh, marah sangat, kecewa sangat, tak puas hati sangat. Katanya pampasan tuh tak boleh membayar harga dua anaknya yang mati. Wakil keluarga ni pakai kepiah putih. Satu keluarga lagi, tenang je bila ditemuramah wartawan. Boleh dengar sebak dia tuh tapi masih dia cuba mengawal emosi. Bila ditanya tak nak bawak ke mahkamah ke? Dia kata tengoklah dulu - tak berbunyi kesungguhan pun. Dia kata benda dah jadi, dia terima sebagai takdir. Kalau menang di mahkamah pun, anak dia yang dua orang tuh tetap mati. Wakil keluarga ni, semasa di temuramah, belakang dia ada tempat sembahyang dengan beberapa batang colok.

Menteri kata, gantung operasi syarikat tuh hingga habis siasatan. Pengarah LPKP kata tak boleh, nanti beribu orang akan kesusahan. Terus sampai hari ni Menteri diam. Kesian dia hehehehehe aku kata janganlah buat macam tu. Tak elok tutup pintu rezeki orang. Syarikat tu pun dah buat macam-macam cara untuk mengelak kemalangan dan ini pun kes yang pertama sejak mereka beroperasi. Banyak lagi syarikat bas lain yang bermasalah, tak nak pulak kau gantung operasinya. Berdasarkan pengalaman peribadi aku, hanya Sani Ekspress dan Maraliner saja bas yang selamat pemanduannya dan pemandunya bersopan. Kalau aku nak ke Pantai Timur, kalau tak dapat tiket Sani atau Maraliner, memang aku cancel naik bas. Taulah jalan raya dan lebuhraya ke Pantai Timur tuh macam mana tapi dengan Sani atau Maraliner, memang rasa selamat. Terkejut sangat aku bila kemalangan ini melibatkan Sani Ekspress.

Macam-macam cadangan keluar. Menteri satu lagi kata, jangan bagi dah bas-bas jalan waktu malam, jalan waktu siang je. Aku pikir, sesaklah lebuhraya dan jalan raya dengan bas-bas di waktu siang nanti. Aku pun suka berjalan malam, naik bas tido, bila jaga dah sampai or terlajak hehe tapi kalau jaga dah kat alam lain cemaneh?? hehehe tapi kenderaan lain boleh ke berjalan malam? Kenderaan lain pemandu dia tak mengantuk ke di waktu malam?

Ada kata struktur bas tak elok dan tak sesuai untuk jalan raya di Malaysia. Struktur keta proton pun sama tak elok hehe dan kalau tak sesuai untuk jalan di Malaysia, sapa yang bagi kebenaran untuk bas dua tingkat beroperasi di Malaysia suatu masa dulu?

Apa-apa pun, malang tidak berbau. Dalam kita berhati-hati di jalanraya, ada orang lain yang tidak berhati-hati. Yang penting, beramalah seperti kita akan mati esok hari. Takziah sekali lagi kepada keluarga mangsa. Semoga Tuhan merahmati mereka yang telah pergi dan memelihara kalian semua sentiasa. Tabahkan hati dan sentiasalah percaya kepada qada' dan qadar yang Esa.

Al-Fatihah.

3 comments:

pye:rudz said...

ajal dan maut memang urusan tuhan. tak boleh kita nak elak kalau dah itu kehendak-Nya.
ini perlu dilihat sebagai pedoman. fikir bagaimana boleh kita KURANGKAN RISIKO untuk mengelakkan kejadian sebegini dari berlaku lagi pada masa akan datang.
contoh: semaklah fitness driver bas, condition bas, speed limit dsb.

Pegawai Khalwat said...

Lagu tu lah. Sekali bertelur baru sibuk nak berketuk.

Kesian jugak aku tengok drebar tu. Dia bersih, tak ada rekod apa pun, tapi dah malapetaka nak terjadi.

Drebar yang senarai saman boleh buat novel tapi tak eksiden, tak ada pulak orang komplen.

日月神教-任我行 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室