Tak berapa hari saja lagi....
Mari menghitung hari detik demi detik..
No, me not talking bout pilihanrayalah, aku dah nak balik Redang!
A part of me macam terasa teruja saja nak balik (tak le a part, more like satu perempat jers ha ha) another part macam malas nak meninggalkan KL tapi aku dah bosan dengan tempat kerja sementara aku ni. Sebelum penyakit mereka melarat jadi darah daging aku, baik aku blah cepat-cepat.
Dalam tempoh yang singkat selama 3 bulan ni, banyak jugalah yang aku belajar di KL. Padahal selama ni duk KL tak belajar pun semua-semua tu ha ha Rasa macam dah lama sangat tinggalkan KL, banyak sangat perkara yang dah berubah dan perubahan itu terlalu cepat. Hari ini orang yang duduk di sebelah kau dalam LRT adalah nobody tiba-tiba esok kau buka TV dia dah mati (You are somebody if you mati, you masuk TV!)
Hari ni kau buka tingkap kau nampak awan, esok kau buka tingkap kau nampak bangunan, lusa kau dah tak boleh buka tingkap sebab bangunan tuh dah hempap rumah kau ha ha dan kau telah berada 6 kaki bawah tanah tanpa perlu menggali...save duit upah gali kubur ha ha
Anyway, got no spesific reason to write entry today...just dah bosan tengok blog ni asyik dengan entry yang sama je...idea untuk menulis pun tak sampai-sampai, asyik nampak tajuk je!
Balik ke Redang, aku ada sebulan lagi untuk menuntut ilmu dengan bos. Bulan 3 dia dah nak blah. Tercapai juga cita-cita dia nak meninggalkan pulau tuh. Aku tak nak blah lagi sebab pada aku, inilah peluang untuk aku belajar dari pengalaman. Confirm perjalanannya akan pahit sepahit-pahitnya (Ambik kau adjektif!) namun yang pasti akan ada manis yang menanti di hujungnya. Mungkin ada kenaikan lagi....dari segi wang ringgit, pangkat dan tanggungjawab. Murah rezeki aku akhir-akhir ini....Alhamdulillah. Tanggungjawab tu aku tak kisah sangat sebab pada masa ini aku pun menggalas tanggungan yang sama in other words underpay. Pangkat pun tak kisah sangat cuma it looks good in your business card (if I have one! tak siap-siap lagi) tetapi wang ringgit amat penting bagi aku. Aku bukan mata duitan...aku ada study loan yang perlu dibayar...so terpaksa menjadi mata duitan (study loan reads: segala hutang piutang di dalam kehidupanku)
Azam tahun ini untuk lebih banyak menabung kerana ada beberapa perkara dalam hidup yang aku sangat teringin lakukan tetapi masih tidak dapat aku lakukan. NO rush, kerana baru setahun financial aku kembali ok dan masih merangkak...InsyaAllah targetnya 5 tahun dari 2008 akan ada beberapa sesuatu dilahirkan (obviously is not marriage), me talking in terms of assets....sekarang masa untuk memandang assets...not kids...i like kids but not for me ha ha
Harapnya dengan berada di Redang akan memudahkan usaha-usaha penyimpanan wang ringgit...kalau aku tak jumpa online shopping yang menarik ar ha ha
Cumbuan Dosa Semalam....break a leg!!! Cepat korang come up with a new productionkan...tapi bila promosi dan publisiti nak ditingkatkan? Asyik buat cerita free je dari tahun 2003...dah 5 tahun tuh mendidik khalayak....tak terdidik lagikah?
Nanti siap cerita aku nih, aku bagi korang pentaskan. Cerita tak ada lagi. Tajuk dah ada ha ha well, you know me!!!
Oklah, ada dating malam ini. Permata!!!