Friday, December 28, 2007

Banyaknya cuti...tak sukalah.

Pagi tadi on the way ke ofis I was listening to Hotfm. Memang every morning I listen to Hotfm pun, petang listen to Sinar. Radio lain aku tak layan. Aku dah addicted.

So this morning, there was a discussion on your greatest achievement for the year 2007.

Puaslah aku pikir punya pikir punya pikir punya pikir punya pikir......

OMG!!!! I don't have a clue!! Aku tak ada pencapaian langsung ke tahun 2007 ni!!!???

Ingat balik....ingat balik....ingat balik...takde pun!!!!

Aku dah separuh jalan ke ofis tapi I still got no bloody clue of my pencapaian in 2007!!! What a loser!

Aku dah nak nangis..am I that loser??? Sedihnya..

Tiba-tiba....adalah seorang pemanggil tu, kata pencapaian dia untuk tahun 2007 was that he got promoted. And I go, thats it!!!

Itulah pencapaian teman untuk tahun 2007!!!! I asked for a confirmation and I got a promotion and a raise instead!!! That's a hell of achievement I tell you!! Kau ada? Tak ada!! Matila kekwat.

Macam mana boleh lupa ha ha and I cannot stop smiling. Itu dalam kerjaya. Dalam hidup, well, life remain the same. Dalam cinta ha ha yang ni memang loser!!! Nerdjoe...kita senasib ha ha Butaseni pun sama...tak lama lagi break la tu!! Lariiiiiikkkkk!!!!

Yang penting aku ada pencapaian...kau ada??

Tuesday, December 25, 2007

I'm Falling In Love - Tompi




yezzaa...I'm Falling in Love with YOU!!!

Saturday, December 22, 2007

Selamat Hari Raya Qurban

Selamat Hari Raya.

Dari entry yang lepas hingga entry yang kali ini, beberapa perkara berlaku.

  • Berat badan semakin bertambah dan bertambah.
  • Berat wallet semakin berkurang dan berkurang.
  • Ketemu seseorang.
  • Actually, ketemu seorang, dua orang, tiga orang dan seterusnya, aku confuse.

Hari-hari untuk menetap di Kuala Lumpur semakin berkurang. Resah pula menanti untuk pulang ke Redang dan menghabiskan masa dengan berdiang di bilik seperti 7 bulan yang sudah. Bosan lagi hidup aku. Setakat ini aku masih belum menyampah dengan traffic jam setiap kali pergi dan pulang dari kerja.

Kehidupan di kota ini walaupun tidak setenang kehidupan di pulau tetapi aku rasa ada kehidupan berbanding dengan keadaan di pulau itu yang sangat membosankan. Memanglah pulau tu cantik tapi bosan. Mengeluh lagi aku ni.

Antara entri yang lepas dan yang ini, aku berjaya mengambil cuti pendek untuk pulang ke Pulau Pinang. Melawat sahabat handai. Alahai, rindu benar nak jumpa semua orang. Perancangannya untuk menonton bangsawan, shopping cd pirate, makan kenduri dan berpoya-poya ha ha

Menonton bangsawan terlaksana tapi aku malas nak ulas bangsawan itu kerana aku semacam kena sawan ketika menontonnya. Entah apa yang si pengarahnya merepek atas pentas itu, aku pun tak faham. Itu datangnya daripada seorang ahli akademik yang membuat kajian mengenai bangsawan, siap buat buku lagi tpai dia melanggar segala etika dan peraturan yang telah dia highlightkan sebelum ini. Keji permainannya.

Shopping DVD pirate amatlah digalakkan dewasa ini dan kepada anda yang bercuti di Pulau Pinang, singgahlah shopping DVD pirate yang sangat murah harganya iaitu RM4.00 sekeping dengan gambar yang sangat berkualiti - bukan rakaman panggung. Tempatnya di hadapan hotel-hotel mewah di Batu Feringgi. Korang akan jumpa deretan gerai-gerai tepi jalan yang sangat meriah dengan orang ramai. Memang banyak kedai DVD dan harganya sama, semua RM4.00, kat tempat lain tak dapat!

Makan kenduri di rumah seorang teman di Sungai Pasir, berdekatan dengan Pantai Merdeka. Ya, pasangan kekasih ini bercinta di Pantai Merdeka ha ha Aku sangat suka majlis ini kerana aku makan 3 kali..Pegawai Khalwat pun makan 2 kali sajork tapi perangainya keji...dia habiskan lauk dan pauk lantas aku, isterinya dan anaknya yang bernama Luqman ittew hanya makan nasi dengan kuah ha ha Anyaway tahniah kepada pengantin yang dah lama bercinta di talian akhirnya berlangsung juga majlisnya. Sekarang ini dengar cerita sudah kembali berbakti untuk negara di talian ha ha

Terima kasih kepada Jefendi Whilemina dan Sharina Edora yang telah menaja penginapan. Walaupun hanya di bilik yang berbau dan ruang tamu yang sempit tapi keikhlasan uols berdua amatlah weols hargai...save duit weols...harap-harap kedatangan weols tidak mengganggu rumahtangga uols ha ha

Balik dari Penang, kerja menimbun semula tapi hanya kerja-kerja rutin, oklah, taklah letih sangat, cuma kadang-kala ada sedikit kocakan di sana-sini.

Hari ini aku seakan-akan menghitung hari untuk pulang ke Redang. Sebulan setengah ini aku rasakan seronok sekali berada di kota, tak tahu macam mana nak menghadap kembali kekosongan di pulau. Apatah lagi baru ketemu permata yang indah, sayang pula nak tinggalkan.


Monday, December 03, 2007

Ampunkan kami penunggu gua

Sejak menjejakkan kaki kembali ke Kuala Lumpur, ini baru dapat membuat entry. Antara sebab-sebab kelewatan ini adalah seperti di bawah:
  • Seperti selalu, tiada jaringan internet untuk ofis HR. PC pun aku tak dapat. Ofis pun terceruk dan tak ada tingkap.
  • Di rumah ada internet tapi adik aku sentiasa menggunakannya.
  • CC yang aku selalu pergi sebelum ini sudah bertukar menjadi butik Anakku dan aku tak tahu CC lain disekitar sini.

Best tak alasan? Alasan-alasan jujur tau...

Anyway, 24hb November 2007, aku berjaya juga membantu sambil menonton produksi Devian Dogma karya Pegawai Khalwat di Taman Budaya KL. Aku yang jadi cameraman ha ha (ini perlu diberitahu!) Niat hati pergi hanya untuk berpoya-poya tapi sebelum sempat sampai, Pegawai Khalwat dah telipon suh jadi cameraman. Nampak sangat aku ni cameraman yang sangat bagus.

Sebelum ini cuma mampu mendengar ulasan dari rakan mengenai pementasan naskah Devian Dogma tapi setelah menontonnya secara langsung, terpanggil untuk mengkomen....tu dia!!!

Pembacaan pertama naskah ini menjemput ke pembacaan berulang kali sehingga kesepuluh rasanya, atau lebih. Ini sentuhanseni lakukan awal tahun 2007. Keliru sedikit mengenai naskah ini walaupun Pegawai Khalwat ada bagi hint-hint sedikit menganai cerita yang ingin disampaikannya cuma tidaklah aku menyangka hasilnya sebegitu. Naskahnya terlalu banyak lapisan. Tapi itulah signature Pegawai Khalwat a.k.a dudok.

Mungkin kerana naskah sendiri, Pegawai Khalwat pada hemat sentuhanseni telah berjaya mementaskan naskah ini. Pengolahan cerita, pengarahan dan lakon pentas serta aspek teknikal bergerak seiring sepanjang pementasan. Tenaga yang disalurkan para pelakon juga hebat dan konsisten. Cuma kadang kala mereka hilang fokus tapi cepat pula sedar diri semula.

Keadaan panggung yang hanya mempunyai satu entrance untuk pelakon sentuhanseni rasakan satu kekangan kepada pementasan ini. Malah untuk apa jua pementasan di sini. Sentuhanseni berasakan mungkin kerana kesuntukan masa, pengarah tidak mempedulikan untuk berkreatif dengan keadaan ini dan hanya meletakkan kepada pelakon untuk melampiaskan kreativiti mereka. Kesannya agak kelakar juga di awal pementasan kerana signature sang pengarah yang sentuhanseni kenali sedikit terganggu. Ini seterusnya mengganggu fokus pelakon tapi ternyata mereka sangat pandai 'faking' dan 'technical acting'. Pada sentuhanseni ini adalah satu pencapaian tapi jangan buat selalu na...

Dari aspek teknikal lakonan, penggunaan ruang pentas agak tidak bertujuan. Pelakon kelihatan sering kali tawaf separuh (demi menjaga bloking dan tak mahu membontoti audien) watak yang satu lagi. Postur dan gerak lakon, ada juga yang membosankan. si orang minyak terlalu banyak membongkok ketika bercakap sehingga dia kelihatan lebih seperti Si Bongkok Tanjung Puteri daripada orang minyak. Mungkin interpretasi orang minyak padanya sebegitu tapi ada ketika dia berdiri tegak dan keras. Dia orang minyak yang boleh berubah mengikut keadaan. Namun lakonan makhluk ini ada banyak peningkatan, dia sudah semakin maju ha ha

Dua watak lagi. Surti, I Love Youlah! Marvelloues siot walaupun diawal pementasan itu nampak sedikit terganggu dengan handsprop yang pelbagai namun berjaya kembali fokus dan kekal sehingga ke hujung cerita. Satu yang agak mendukacitakan sentuhanseni ialah seringkali apabila membawakan watak wanita berkedudukan, Yuslina akan memakai kebaya dan batik sarong, mungkin selepas ini akan berubah?

Sazali seperti yang dijangka. Lakonannya sudah menjadi signature dan lagak ngerinya sentiasa mengerikan. Sebenarnya mereka ini sedar atau tidak yang aktiviti lakonan mereka tidak ada insuran cover? Itu sebab yang paling asas kenapa sentuhanseni tidak mahu bersilat atas pentas ha ha (do not comment on this!). Hanya Sazali yang sentuhanseni lihat beria-ia bermain dengan setting di atas pentas (kayu-kayu dan topeng yang bergantungan). Tahniah sentuhanseni ucapkan, ada juga yang sedar ruang.

Stage best. Simple, menarik dan padat. Paling sentuhanseni suka ialah scene di majlis tari menari di mana Surti bertemu Tejo (Tejo ke?) Dalam keadaan muzik yang kuat, mereka berdialog dan kemudian mereka bergerak keluar dari dewan tari dan muzik diperlahankan. cantik sekali permainan teknikal di sini sayangnya sebelum scene ini berakhir, muzik itu sudah berakhir. Kesinambungan sebentar tadi hilang.

Yang lain bagus. Secara keseluruhannya, pementasan ini dinampakkan mudah oleh pengarah dan pelakon-pelakonnya. Interpretasi mereka terhadap naskah dan watak masing-masing memang kelas A. Pementasan sebegini tidak layak untuk Festival Teater tempatan..sebab itu kamu orang kalah ha ha tahun depan buat cerita ada kampung-kampung, menangis sampai keluar air hidung segal dan lakonan slapstik, mesti menang ha ha

Walau bagaimanapun, cameraman korang tetap kendo! lariiiiiikkkk........

Sekarang ini aku sedang sibuk menggemukkan badan. Dah naik pun 5 kilo ha ha selain itu juga sedang sangat-sangat sibuk di opis yang kelam kelibut dan tonggang terbalik. Mals nak cerita kali ini sebab nanti spoil the mood.

So..ttyl babai