Saturday, July 21, 2007

Silau Semalam ... Episod KOMTAR

KOMTAR Penang ye...bukan KOMTAR JB

Dulu kalau cuti sekolah aku mesti balik kampung, maklumlah cucu kesayangan arwah tok. Arwah Wan takde pilih kasih, semua dia suka, semua dia belasah kalau dia tak suka. Selalu aku balik kampung mak dengan abah hantar. Aku tak suka duduk rumah time cuti sekolah sebabnya member-member sekolah aku selalu tak ajak aku keluar main, aku je kena pergi mengendeng dekat diaorang tapi kalau hari sekolah diaorang kawan dengan aku. Satu lagi sebab, aku selalu bergaduh dengan adik aku yang sangat kerek. Beza umur kami tujuh tahun tapi memang dia sangat kerek.

Selalu dekat kampung aku berkawan dengan sepupu-sepupu aku. Tak ramai pun, yang umur-umur dekat nak sebaya 5 orang je so kitaorang geng la. Yang lain tu kecik-kecik lagi, susah nak berkawan. Jadi dengan geng 5 orang nilah kitaorang menjelajah ke serata pelusuk kampung dan berpeleseran mengikut fahaman budak-budak pada waktu itu.

Sekarang nak cerita pasal KOMTAR. Bagi yang tak tahu, KOMTAR ni memang popularlah kat Tanjung (Penang), kiranya macam One Utama New Wing la sekarang ni. Memang hebat, meriah pulak lagi tapi sekarang takde apa dah, Parkson kat situ pun bankrupt! Kitaorang memang selalu pergi KOMTAR ni, bukan nak shopping, bukan nak berpeleseran, bukan nak tengok wayang tapi nak main game.

Kita dengar lagu 4U2C

Main video game ahak ahak
jariku sakit ahak ahak
tapi tak serik ahak ahak
nak cuba lagi ahak ahak

Batuk berkahak agaknya 4U2C ni nyanyi lagu ada ahak ahak

Ya, dulu aku pernah minata gila 4U2C.

Sumber kewangan untuk main game di KOMTAR:
  1. Duit raya yang dapat hasil titik peluh pusing keliling kampung dan ikut mak bapak pergi raya rumah sedara mara yang tidak dikenali juga yang dikenali
  2. Duit raya yang arwah Wan sediakan untuk budak-budak kampung yang datang beraya ke rumah kami. Aku ambik segenggam, abang ambik segenggam, semua ambik segenggam.
  3. Sebab aku cucu kesayangan arwah Tok, arwah akan bagi RM10. Buat belanja katanya. Duit ni aku buat belanja semua orang makan sebab kalau nak tukar siling banyak sangat silingnya nanti. Kadang-kadang kalau arwah Tok nak kirim barang, dia bagi RM20 atau RM50 (masa tu ada lagi note RM20) dan baki tidak perlu dipulangkan.
  4. Bawah tuuuuutttt.... (takleh cakap nanti korang rompak rumah arwah Tok aku)
  5. Dekat tuuuuuttttt... (atas alasan dan sebab yang sama seperti di atas)
  6. Kitaorang pernah pergi tukar duit pokok pisang (duit zaman Jepun) dekat money changer, sekeping duit pokok pisang, dapat doposen.

Selalunya kami pergi main game kalau masa tu Hari Raya tapi bukan Raya pertama ke, kedua ke, paling awal pun raya keenam atau ketujuh sebab sebagai kanak-kanak bawah umur, kami kena mengikut mak bapak pergi beraya rumah saudara-mara yang tidak dikenali. Ini adalah supaya kami yang tak tahu apa ini akan jadi bahan sindiran kerana tidak mengenali sedara-mara lantas mak bapak akan terlepas dari rasa bersalah kerana membawa kami hidup jauh dari sedara mara in the first place (matila menyalahkan mak bapak sendiri) jadinya kami tak boleh kata tak mahu ikut, boleh sebenarnya, itupun kalau kau sanggup dengar bebelan selama 3 hari 3 malam diikuti dengan sindiran untuk 3 hari 3 malam berikutnya. Namun yang paling penting, kalau kami tak ikut....kami tak boleh pergi KOMTAR!!!!!

TIIIIIIIIIIIIIIIIIIDDDDDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!

Bukan pergi dengan mak bapak tau, pergi sendiri. Aku dengan abang aku la kepala, pandai ni, susun perjalanan nak naik bas apa, tunggu bas kat mana, keluar pukul berapa. Bab jadual bas tanya Tok Njang, dia hafal jadual bas dan memang tepat jadual yang dia berikan sebab sepanjang hari dia akan melepak mengadap jalan raya depan rumah dia sambil berkipas, habis semua orang lalu lalang ditegurnya.

Nak ke KOMTAR dari kampung aku kena naik dua bas dan satu feri tapi kalau nak ke BM dahulu kenalah naik tiga bas. Sampai di KOMTAR kami cruising area kedai game, kalau tak silap di tingkat dua, manalah tahu kalau-kalau ada bond tengah ronda. Apabila line kelihatan clear, pergi makan dulu dekat rooftop KOMTAR, apa ntah dia panggil tempat tu aku pun dah lupa tapi memang banyak la kedai makan, macam medan selera la.

Dah kenyang baru boleh main game. Sederet kedai game, ada la dekat 4 5 buah kedai, jadi kami pecah sebab kalau ada apa-apa hal senang nak lari. Ada notis tertulis pelajar yang berpakaian seragam sekolah tidak dibenarkan masuk, kami pakai baju raya, so bolehlah masuk kan?

Aku tak suka main game lawan-lawan sebab aku selalu kalah. Kalau main game racing aku selalu menang he he tak boleh main game yang senang kalah, nanti rugi duit siling. Walaupun time tu nak main game cuma perlu ada doposen sahaja tapi nak kena berjimat jugak sebab karang duit ko dah habis, orang lain tak habis lagi, tak ke mati kutu nak tengok diaorang je yang main.

Jadi kami mainlah dengan seronotnya sampailah poket masing-masing dah ringan dan duit cukup-cukup tambang balik je, kami pun balik. Sampai kat rumah harus semua orang dewasa akan kueri apa yang kami buat kat KOMTAR sehari suntuk dan kami jawab;

"Jalan-jalan je...."

Tapi sebab aku cucu kesayangan arwah Tok, aku selalu pecah tembelang dekat dia he he

Thursday, July 19, 2007

Sekembalinya dari Kota

Baru dua hari aku pulang dari Kota Kuala Lumpur. Otak aku dah tepu sangat duduk lama-lama di sini. Lagipun hati ini menjerit-jerit rindu pada si dia walaupun si dia tidak pernah menyahut jeritan itu ha ha padan muka aku.

Kota Kuala Lumpur seperti biasa tidak ada apa yang menarik untuk aku. Sebelum sampai di Hentian Putra lagi aku sudah terperangkap di dalam kesesakan lalulintas. Inilah kota. Aku pedulikan semua itu, fikiranku tetap pada dia. Kacau begini.

Malam itu aku melepaskan rindu pada dia, rindu yang sudah sebulan setengah umurnya. Dia biasa saja, tidak excited, tidak teruja, yang lebih-lebih seperti biasa hanyalah aku saja. Namun dia tetap melayan aku lagak seorang kawan (teman katanya-whatever)

Dia bawa aku melihat sebuah dunia yang baru. Dunia yang Mawi jerit di Stadium Bukit Jalil tu! Aku ikut saja. Hmmm...tak mahu ingatlah.

Sempat juga menyambut hari kelahiran 2 rakan karib sejak sekolah. Mereka yang selalu ada disisi aku secara jelas, maya atau apa saja cara sekalipun di kala aku suka, duka atau apa perasaan sekali pun, mereka tetap ada. Apalah sangat Choclate Indulgance dari Secret Recipe yang aku belikan untuk mereka itu. Kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang yang telah mereka curahkan.

Malam terakhir di Kota Kuala Lumpur mencatatkan satu kenangan manis. Akhirnya dia buka sedikit ruang dalam hatinya untuk aku. Bukan, dia masih belum terima aku, yang aku maksudkan ruang hatinya terbuka itu adalah merujuk kepada perbualan kami pada malam itu. Kami hanya berbual di dalam gelap. Banyak yang kami bualkan, tentang diri, tentang kawan-kawan, tentang perasaan, tentang ntah apa-apa lagi. Sebab itu aku kata hatinya sudah sedikit terbuka kerana selama ini amat susah bagi aku untuk mengenalinya.

Aku balik ke Redang dengan dada yang amat lapang. Sendirian aku kaget memikirkan mengapa aku begitu gembira seusai tiba di Redang. Mungkin fikiran aku dan hati aku sudah lapang sekarang kerana kalau tidak semua, sedikit persoalan telah terjawab. Walau jawapannya pahit namun yang pahit itulah ubatkan, lagipun lebih baiklah pahit daripada tawaq hambiaq!

Semalam aku gamam...bos bercuti dan aku ditugaskan menjaga hal ehwal negeri. Banyak projek-projek untuk dikemaskini. Pelan-pelan aku kayuh dan akhirnya tepat jam 5 petang semua projek siap seperti yang diinginkan oleh bos dan bos bos ha ha aku memang seorang pekerja yang cekap dan produktif (ini blog aku!)

Hari ini..aku geram..internet aku kena disable kerana aku dikatakan menyebarkan virus. Aku baru perasan yang pendrive aku telah dijangkiti dan aku tahu kesannya tetapi setelah scan, defrag dan format pendrive itu dan telah jelas lagi nyata, sudah terang lagi bersuluh serta yakin tidak ada lagi virus di dalam C, E dan F, internet aku tetap juga disablekan oleh mereka. Katanya aku chatting. Ya, aku chatting tapi bukan aku saja, semua orang! Bos dia sendiri chatting siap ada webcam lagi! Aku bisik pada assistantnya..bisik pelan-pelan..assistant dia yang kiut itu kata "BEERRREEEEHHH.....tapi mu senyak-senyak la" dan aku perlu menunggu dua atau tiga hari.

Adus, sekarang aku menumpang PC bos aku ha ha bos pergi cuti seminggu!

Wednesday, July 11, 2007

Merealisasikan ia di pentas

Aku pun nak cipta satu permainan tag. Yang ini anda semua tidak perlu menyambung ayat-ayat yang tergantung, cuma jawab di bahagian komen. Pedulikan jika kau bukan penggiat teater, pembikin teater, peminat teater atau tidak pernah menonton teater, cuma pakai 'topi berfikir' kamu dan fikirkan penyelesaian untuk situasi yang diberikan.

Semasa aku masih bergiat dahulu, pernahlah mengikuti bengkel yang dikendalikan oleh Pak Marzuki Ali. Pak Marzuki pernah bertanya apakah perlu jika sekiranya di dalam sesebuah skrip itu menyatakan scene sebuah rumah, maka perlu diadakan rumah itu di atas pentas. Jadi di sini mari kita menjawab persoalan yang telah dikemukakan oleh Pak Marzuki melalui beberapa situasi.


Situasi 1
Rumah banglo tiga tingkat Pak Ali terbakar. Api menjulang-julang hingga ke langit

Situasi 2
Mustika dirogol berulang-ulang kali oleh mat-mat rempit itu.

Situasi 3
Helikopter Orang Kaya Ayub mendarat di padang sekolah menengah berhadapan rumahnya

Tiga situasi dulu untuk mengisi masa lapang kamu



Thursday, July 05, 2007

Tag Heuer (Betul ke eja ni?)

Got this tag from butaseni. Butakare sungguh.

1. A person is only good as a person who take care his/her dignity.
2. Friendship is forever..
3. To love is to care
4. Money makes you greedy
5. I miss my haiiyooo malulah nak cakap
6. My way of saying i care is I say I care, I take care in anyways possible
7. I try to spread love and happiness to the whole world ha ha
8. Pick the flowers when I have someone to give it too
9. To love someone is adventurous
10. Beauty is subjective?
11. When I was thirteen, what I remember the most was my first logical crush
12. When I was twenty one, I remember registering to vote
13. I am most happy when my phone beeps or rings
14. Nothing makes me happier than to know my friends are happy
15. If i can change one thing, i will change time
16. If smile were precious then I’ll be not smiling ha ha
17. Wouldn't it be nice if we could be together forever…
18. If you want to **** me, then I’ll be more then willing ha ha
19. Money is not everything but like the fuck it’s not everything!
20. The most touching moments I have experienced is when my friends celebrate my birthday, there was cake, party in public and lots of shouting and shrieking
21. I smile when I remember my haiyooo malunye mau cakap...
22. when I am happy, i will sengih sorang-sorang
24. The best thing i did yesterday is watch TV till late night…I’m living in an island!
25. I i ever write a book, I will give it this title, ‘Footprints in the sand’ – Joanne, pinjam!
26. One thing I must do before I die is to ask forgiveness from mama

Oleh hal yang demikian, di sini aku nak tag orang lain pulak (tag orang-orang yang busy best nih!). List of tagged person are as per below:

Pegawai Khalwat
mak su
cuacax10
mamarisya
diaharris

ok, nak balik dan bersiap-siap untuk ke rumah DD di Tanah Merah, Bye!

Monday, July 02, 2007

Crown Theater On My Kepala

Hari ini hari Ahad. Sepatutnya akak off-day tetapi kerana akak nak mengumpul cuti dan kerana ada 10 anak ikan practical student daftar hari ini, akak dengan rela hati datang bekerja. Ada kerja nak kena buat tapi akak malas ha ha esok boleh buat, kalau akak buat hari ni, esok akak takde kerja, kalau esok akak takde kerja, akak tak boleh mengulat sebab bos ada, jadi baik akak mengulat hari ini.

Tadi bloghopping sekejap, mencuri idea. Taaadaaa...!!! Dapat idea daripada http://butaseni.blogspot.com/ yang berteriak-teriak kurangnya penonton teater. Alahai siannya, berlakon penat-penat, buat set penat-penat, ponteng kerja, tipu mak bapak segala, tiba show takde pulak orang datang. Itulah yang dikatakan ketampanan dan keseksian pelakon belum menjamin kelarisan pementasan ha ha jadinya akak nak buat follow-up kepada entri itu di dalam entri ini. Harus diingat, ini blog akak, jadi sukahati akak nak kata apa, akak pegang crown di sini uols (sambil menyarungkan crown di atas kepala).

Sebagai ex-penggiat seni teater dalam Bahasa Melayu dan Inggeris (berat pulak crown nih!) akak rasakan ada beberapa masalah besar.

Pertama, publisiti. Apa yang dikatakan publisiti bagai nak rak tu? Seingat akak la kan, publisiti bagai nak rak cuma sebulan sebelum show. Kaedahnya nak menarik orang! Bukan kita (senget plak crown nih!) sengaja nak melambat-lambatkan tetapi seingat akak la kan, orang yang mahu dan mampu untuk cover publisiti tak ramai, kurang lima jari nak kira pun. Tapi yang berebut-rebut nak jadi teknikal tu ramai namun haram apa kerja pun tak reti buat, datang training untuk gosip dan makan. Siapa yang ambil peduli pasal publisiti? Ini bukan cerita sape yang nak buat design tau tapi sape yang sanggup keluar membuat publisiti dalam apa cara sekalipun. Cara publisiti pun kena selalu ada pembaharuan, poster, banting, promo radio, flyers, banner semua tuh dah buatkan, kena try la cara lain pulak...mengumpat ke, buat kontroversi hangat ke, tapi tolonglah jangan janjikan tiket free!!! Korangkan dah ada Konsortium Teater, apa lagi fikirlah! Ha Ha akak dah puas fikir dah dulu. Oklah bagi contoh, masa 8TV mula-mula beroperasi dulu, merata-rata orang 8TV buat iklan di jalanan. Kalau nak promote cite STAR TREK, semua pakai macam Alien jalan tengah-tengah panas kat tengah-tengah KL. Nak promote citer Next Top Model pulak, terpaksalah menggaji model-model buat catwalk lintas-lintas jalan yang maha sibuk dengan pakaian seksi dan cantik. Sekadar contoh.

Kedua, memang ramai yang tak tahu kenapa mereka harus menonton teater. Pernah seorang rakan akak, selepas diajak menonton teater akak, dia kata tak nak sebab dia tak suka tengok teater, sebab teater cakapnya macam orang zaman dulukala. Lantas akak laser "Kau ingat aku buat bangsawan!" (chak ding chak ding - aku mahu lampu siluet!) Itu datangnya dari seorang yang berpendidikan tinggi!

Bukan salah pengarah mementaskan teater berat sebab kalau teater berat itu berkesan dari segala segi, lakonannya, teknikalnya, naskahnya, penonton akan dapat juga intipati yang ditonjolkan. Janganlah risau kalau penonton tak faham mesej kamu, bukan pementasan itu tidak berjaya kerana penonton mungkin nampak mesej lain, secara positifnya kamu telah mengembangkan paradigma penonton (gituh, naik setingkat crown akak!) Teater ringan yang bertujuan untuk berhibur juga boleh disalahertikan, sebagai contoh, andai kata pementasan itu tidak berkesan lakonannya, teknikalnya dan naskahnya, seringan mana pun ia, akan tetap tidak mampu menarik penonton. Memang penonton akan ketawa guling-guling, menyebut-nyebut dialog yang diingat dan akan berulang-kali datang tetapi sampai bila kita mahu buat persembahan begitu? Persoalannya penonton yang baru, tahukah dia itu persembahan berat atau tidak? Satu lagi, adakah hadirnya mereka itu kerana teater itu seronok ditonton atau kerana FOC?

Pendidikan dan penghayatan (orang kampung akak kata 'appreciation') pada seni persembahan perlu ada dari peringkat awal lagi. Tak perlu tambah buku teks, buat berat beg budak-budak tu je! Yang ini sebenarnya baru bermula, jadi kalau nak nampak kesannya sekarang memang susahlah, tunggulah 10 tahun lagi, Insya-Allah. Mak bapak pun kena la buka mindset, ini tidak, teater tak boleh - LARRHA katanya, tapi anak nak masuk AF boleh pulak! (no offence ye, akak pun layan AF gak).

Ramai penggiat kata teater di Malaysia tidak berkembang, akak tak rasa macam tu, teater di Malaysia sedang berkembang. Sebagi contoh, di Pulau Pinang, 5 tahun dulu pementasan teater cuma semasa festival teater (itupun dua tiga kumpulan je yang bertanding) dan Bangsawan semasa Pesta Pulau Pinang tetapi sekarang tidak lagi, sudah banyak kumpulan teater di serata negeri dan yang bertanding dalam festival. Penggiat juga semakin ramai. Hal yang sama juga di negeri-negeri lain. Mereka-mereka ini suatu masa dulu hanyalah penonton dan hadirnya mereka dalam arena seni teater sekarang hasil daripada pementasan-pementasan yang mereka tontonlah, tak gitu? Jadi, apa yang dikatakan tak ada penonton?

Ya, akak ingat lagi, pementasan Bangku Buluh Rambutan Gading krewnya lebih ramai daripada penonton. Ceritanya bukan cerita absurd atau anti-realisme tetapi kenapa tidak ada penonton? Akak buat banner, akak menjerit dekat radio, akak tempek poster dengan gam kanji bersama-sama Azmir Aziz (bukan nama sebenar ha ha), akak buat flyers, dan tiket pun RM5 sajork tapi tetap tak ada penonton! Tetapi semasa akak membuat pementasan Ana, yang bertanding di festival teater, yang masuknya percuma, penuh dewan uols! Pementasan Ana itukan sebuah anti-realist (walaupun ada sesetengah orang tak suka, kekwat! - crown akak tetap teguh berdiri!) Jadinya bukan soal naskah, pelakon atau teknikal sajork, soal duit juga uols. Berat masalah duit ni, orang lagi sanggup top-up prepaid daripada bayar harga yang sama untuk menonton teater. Kenapa uols tanya? Kerana kalau top-up boleh dapat bonus ha ha menonton teater ada bonus ke? Kalau ada, bonus inilah yang perlu dihiglightkan dengan jelas menggunakan pen highlighter staedler kepada masyarakat (feeling wave Ratu semasa perarakan Hari Kemerdekaan).

Kalau uols tak percaya cakap akak, uols cubalah buat teater yang penuh gelak ketawa, gembira, ceria la la la la tapi letak harga tiket RM30.00, uols cuba try test tengok ada tak orang datang. Penonton-penonton yang sebelum ini kata teater anti-realist, tak paham, tak nak tengok, nak tengok teater lawak jenaka saja..atau teater ringan saja, uols perhatikan, diaorang datang ke tidak. Sepengetahuan dan berdasarkan pengalaman akaklahkan, memang tak datang! Kalau uols berair sangat nak diaorang datang, terpaksalah bagi tiket free. Kaedahnya habis tu yang uols menghabiskan masa berlatih, mengumpat, berpeleseran dan membuat set tu, sape nak bayar? Persatuan Bakawalee takpelah duit banyak, (senyum bangga sambil menghulurkan RM100.00 ke dalam akaun Bakawalee) persatuan lain!? Takkan nak buat loan dengan Bakawalee.

Sebenarnyakan, setelah sekian lama, teater kita ni baru nak berkembang. Berterima kasihlah sangat-sangat kepada produksi PGL kerana akak perasan, selepas pementasan mereka di IB, ramai orang datang tengok teater, ramai orang sudah boleh terima teater. Terima kasih juga kepada ASTRO kerana melalui AF mereka telah mewar-warkan seni teater menerusi kelas Ibu Fauziah Nawi, sekarang ramai sudah celik teater. Celik sikitlah, nak celik banyak-banyak, itu kerja penggiat teater yang ada.

Yang pentingnya uols ratu-ratu sekalian jangan berhenti berteater. Walaupun uols berada jauh dari dunia teater seperti akak ini ha ha inikan pula uols sedang bergiat. Kalau dah penonton tak nak datang ke uols, uols pergi kepada mereka! Janganlah hanya mahu membuat persembahan di dalam Audi sajork, persembahan jalanan juga adalah satu bentuk pementasan. Kena ingat definasi teater, siapa tak tahu, boleh ambil tahu dengan Pegawai Khalwat di http://arts4life.blogspot.com/

Jangan katalah teater Inggeris ramai pengikut, akak pernah buat teater Inggeris, pelakon dari US lagi, seksi uols, tak caya tanya lecturer pondan gergasi sorang ni di http://butaseni.blogspot.com/ sakit nak dapat penonton, yang ramai datangnya kawan-kawan pompuan mat saleh bernama April ittew. Akak berterima kasih sangat pada dia, kaya Bakawalee!! Pokok pangkalnya kalau nak ramai penonton berbayar yang menghargai usaha uols, uols kenalah duduk berbincang mencari penyelesaian dan jalan yang jelas lagi terang tapi ingat kalau asyik bincang-bincang sahaja, tindakan tidak ada tak guna juga. Apa guna Konsortium pada nama sajork!!! ha ha takkan ditubuhkan semata-mata sebagai tempat mencari jodoh (PIAAANNGGG!!! aduh, akak kena tampar!) Tapi betulah seingat akakkan, dah lama penggiat teater tak duduk semeja merencana dasar-dasar untuk menarik penonton.

Panjangnya akak membebel. Senang ginilah, kalau uols nak 'menarik' ramai orang datang tengok pementasan uols, dekat poster ke, banner ke, apa-apa jelahkan, uols letak tangan dekat poster, banner, etc ittew so nanti tangan ittew akan 'menarik' penonton menonton teater uols ha ha laaarrrriiiiiiiikkkkkkkk....

p/s : sebab pakai crown diamond tiga tingkat kena bahasakan diri sebagai akak ha ha (gelak tetap maintain jantan sebab pagi tadi lupa shave jambang)