Tuesday, December 20, 2005

Somethings are best kept longing

Agak lama juga aku menyepi daripada membuat sebarang entry. Tiap-tiap hari sibuk baca blog orang lain dan kalau orang tu ada yang tak update blog mereka, aku akan mengeluh kesal - tak sedar diri sendiri tak update blog.

Entah kenapa kepala otak ini terasa sangat kosong. Pemerhatian juga sudah semakin tumpul. Bertambah dengan kerja-kerja yang semakin bertimbun, hari-hari yang aku lalui hanya seperti mencukupkan syarat perlunya ada kehidupan.

Banyak juga perkara yang berlaku sepanjang ketiduran aku. Tergerak juga untuk membuat entry tetapi tidak ada kata secantik bahasa yang dapat menggambarkan perasaan aku pada kala itu. Sekarang ini pun aku memaksa diri... hmmm... tajuk yang aku gunakan ini bolehlah merangkumkan segala peristiwa dan corat-coret sepanjang ketiduranku itu.

Aku dapat idea untuk entry ni selepas membaca entry seorang bloggers yang juga rakan rapat online mengenai beberapa perkara yang sangat dia inginkan (longing). Bila difikir-fikirkan semula rasanya semua orang ada keinginan yang rasanya seperti tidak mungkin tertunai.

Ini bahagian yang paling best - keinginan yang dirasakan mungkin tidak tertunai - dalam tempoh ketiduran aku, pengalaman telah mengajar, bahawa keinginan itu adalah lebih baik dibiarkan keadaannya seadanya. Kerana setelah aku mendapat apa yang aku inginkan selama ini (ini sangat personal jadi pengalaman dan pendapat anda mungkin berbeza) keseronokkannya tidak seperti yang diharapkan. Kepuasannya tidak terasa malahan aku lebih puas membayang dan mengangankannya.

Apa yang aku inginkan itu aku simpan dalam hati sebab kalau diceritakan takut nanti ia akan menjadi nyata. Hmm... ada bunyi-bunyi takut menghadapi kenyataan ke? Hopefully not.

Da

2 comments:

Pegawai Khalwat said...

Humm....

Mungkin betul, mungkin tidak. Semuanya bergantung kepada daya dan keinginan seseorang insan.

Entahlah....

jiGOMorrison said...

Art,
Aku dah email skrip untuk kau pertimbangkan.