Tinggal tidak berapa hari sahaja lagi Bangsawan Puteri Saadong (BPS) akan menari di pentas Auditorium P. Ramlee Pulau Pinang. Pada kala ini kepala otak sentuhanseni sebagai pengurus pentas pementasan sedikit berserabut dan hati serta jiwa sedikit tertekan. Biasalah pada hari-hari yang terakhir ini barulah segala masalah akan timbul sedikit demi sedikit.
Hanya minda yang optimis dan akal yang positif sahaja yang dapat mengelakkan diri ini daripada berkomunikasi di dalam bahasa orang putih (sentuhanseni kalau marah speaking LONDON - kellleesss...). Namun itulah bayaran sebagai seorang performer, debaran menanti bermulanya pementasan, kemudian berakhirnya ia lantas maklumbalas daripada penonton adalah asam garam hidup.
Ini cubaan pertama sentuhanseni menguruskan pentas bangsawan, nyata kerjanya renyah dan memerlukan kesabaran, keintelektualan, jiwa yang sensitif terhadap nilai-nilai seninya serta adab dan istiadatnya, pendek kata seorang pengurus pentas itu akan benar-benar teruji apabila ia bekerja dengan sebuah produksi bangsawan. Manakan tidak, dalam era globalisasi dengan keupayaan teknologi yang ada, ciri-ciri bangsawan yang serba daif dan renyah itu harus dikekalkan kerana itulah warnanya, jika tidak dikekalkan akan jadi satu pementasan bentuk lain pula, purbawara barangkali.
Kekangan yang paling popular adalah kewangan. Peruntukkan yang berpatutan tetapi pembahagiannya yang tidak sistematik oleh mereka yang tidak ahli amat mendukacitakan lantas di saat-saat akhir ini sentuhanseni berasakan beberapa keperluan tidak dapat diadakan dia atas kekangan ini. Namun sentuhanseni harus mencuba ok!!
Itu kekangan yang paling popular, kekangan yang kedua popular dan hampir menyaingi kekangan sebelum ini ialah masalah komunikasi antara mereka-mereka yang berada di takhta singgahsana. Agar sukar menjadi orang tengah kepada manusia-manusia seni, segalanya sensitif, segalanya 'aku lebih tahu'. Agaknya kena diperkenalkan bengkel TOLERANSI AMALAN KITA dalam jadual program Jabatan Kebudayaan Negeri bagi tahun-tahun akan datang.
Opppsss... kekangan demi kekangan sekarang sudah tiba masa untuk berangkat ke Auditorium. Latar dan sebeng sudah tiba, kerja-kerja baru akan bermula...
Da
3 comments:
Ya.... aku setuju!
TOLERANSI AMALAN KITA patut jadi motto tidak rasmi penggiat seni Pulau Pinang.
Teruskan usaha hang Art, sebab aku tahu macam mana peritnya jadi SM Bangsawan.
Nak menjaga hati orang ni satu, nak toleransi ni satu. Aku ni jarang bercakap begini, tapi silap gaya toleransi boleh hilang kalau dah hilang sabar.
Cuba hang pupuk sabar tu dulu, dari situ boleh wujud toleransi. Setakat la, aku tengok walau banyak bunyi tapi masing-masing masih boleh bersabar dan bertoleransi dalam banyak perkara.
Tapi aku yakin bangsawan ini akan berjaya.... dipentaskan.
Sekarang ada bunyi-bunyi lagi ke? Hadoih, aku ada banyak benda dalam kepala otak tak muat dah nak masuk bunyi-bunyi ni.
Itu jelah target aku, berjaya dipentaskan tanpa sebarang masalah teknikal yang boleh menyebabkan jari jemari produksi tertunding ke arah aku. Best tak best cerita ni, itu bukan masalah aku hehehehe kekwat!!!
Setakat hari ni rasa aku dah tak bunyi. Sebab dah nampak flow dan semua dah tau penah jerihnya. yang nak bunyi mungkin penonton yang celik seni aja.
tapi, setakat raptai penuh tu, aku rasa dah ok, semua smooth.......
Esok gerenti semua bersemangat, sebab konflik ni tak jadi barah.
Post a Comment