Thursday, December 31, 2009

Selamat Malam

Selamat Malam.

Kepada pemandu-pemandu bas, jangan terlelap.

Bukan nak buat 'joke' yang kurang ajar, juga bukan mahu menunjuk pandai, sekadar berkongsi rasa.

Takziah untuk keluarga mangsa juga keluarga pemandu bas yang didakwa memandu melulu dan yang mendakwa dirinya terlelap.

Baguslah, belum masuk mahkamah lagi dia dah mengaku silapnya dan dia tidak menunding jari pada orang lain, macam yang selalu-selalu orang Malaysia buat. Dia tahu kesan pada tindakannya itu tapi dia mengaku salah juga.

Tapi ada juga yang tak puas hati.

Semalam aku tengok berita. Awani rasanya. Dua keluarga mangsa ditemuramah. Satu keluarga tuh, marah sangat, kecewa sangat, tak puas hati sangat. Katanya pampasan tuh tak boleh membayar harga dua anaknya yang mati. Wakil keluarga ni pakai kepiah putih. Satu keluarga lagi, tenang je bila ditemuramah wartawan. Boleh dengar sebak dia tuh tapi masih dia cuba mengawal emosi. Bila ditanya tak nak bawak ke mahkamah ke? Dia kata tengoklah dulu - tak berbunyi kesungguhan pun. Dia kata benda dah jadi, dia terima sebagai takdir. Kalau menang di mahkamah pun, anak dia yang dua orang tuh tetap mati. Wakil keluarga ni, semasa di temuramah, belakang dia ada tempat sembahyang dengan beberapa batang colok.

Menteri kata, gantung operasi syarikat tuh hingga habis siasatan. Pengarah LPKP kata tak boleh, nanti beribu orang akan kesusahan. Terus sampai hari ni Menteri diam. Kesian dia hehehehehe aku kata janganlah buat macam tu. Tak elok tutup pintu rezeki orang. Syarikat tu pun dah buat macam-macam cara untuk mengelak kemalangan dan ini pun kes yang pertama sejak mereka beroperasi. Banyak lagi syarikat bas lain yang bermasalah, tak nak pulak kau gantung operasinya. Berdasarkan pengalaman peribadi aku, hanya Sani Ekspress dan Maraliner saja bas yang selamat pemanduannya dan pemandunya bersopan. Kalau aku nak ke Pantai Timur, kalau tak dapat tiket Sani atau Maraliner, memang aku cancel naik bas. Taulah jalan raya dan lebuhraya ke Pantai Timur tuh macam mana tapi dengan Sani atau Maraliner, memang rasa selamat. Terkejut sangat aku bila kemalangan ini melibatkan Sani Ekspress.

Macam-macam cadangan keluar. Menteri satu lagi kata, jangan bagi dah bas-bas jalan waktu malam, jalan waktu siang je. Aku pikir, sesaklah lebuhraya dan jalan raya dengan bas-bas di waktu siang nanti. Aku pun suka berjalan malam, naik bas tido, bila jaga dah sampai or terlajak hehe tapi kalau jaga dah kat alam lain cemaneh?? hehehe tapi kenderaan lain boleh ke berjalan malam? Kenderaan lain pemandu dia tak mengantuk ke di waktu malam?

Ada kata struktur bas tak elok dan tak sesuai untuk jalan raya di Malaysia. Struktur keta proton pun sama tak elok hehe dan kalau tak sesuai untuk jalan di Malaysia, sapa yang bagi kebenaran untuk bas dua tingkat beroperasi di Malaysia suatu masa dulu?

Apa-apa pun, malang tidak berbau. Dalam kita berhati-hati di jalanraya, ada orang lain yang tidak berhati-hati. Yang penting, beramalah seperti kita akan mati esok hari. Takziah sekali lagi kepada keluarga mangsa. Semoga Tuhan merahmati mereka yang telah pergi dan memelihara kalian semua sentiasa. Tabahkan hati dan sentiasalah percaya kepada qada' dan qadar yang Esa.

Al-Fatihah.