Saturday, December 24, 2005

FOC

Saper tak suka anything that is FOC dia gila.

Aku buat show teater kawan-kawan aku akan datang kalau masuknya percuma.

Kawan-kawan aku akan hanya setuju ikut aku tengok wayang kalau tiketnya free - kami kenal orang, ada link!

Makan free ramai yang datang.

Tak kiralah kau jamu apa.

Aku pun suka benda-benda free.

Masuk clubbing kalau free.

Beli barang pun usha dulu label kalau-kalau ada benda free come together.

Tapi aku tak sanggup tengok kerja-kerja seni free sebab aku tahu jerihnya.

Aku pernah buat show free, penuh orang datang sampai duduk di tangga di sebelah kaki-kaki manusia.

Aku pernah buat show bertiket, tak mahal RM 5 je, krew aku lagi ramai daripada penonton.

Orang Pulau Pinang cukup tak suka menyeberang selat sebab kena bayar tol, kalau tol tak ada, menyeberang free macam kat Terengganu, aku yakin lagi sesak Pulau Pinang.

Esok lusa ada show free kat Penang, aku bagitahu kat kawan aku, dia buat derk je, aku kata aku ada 2 pas percuma, terus mata dia terbelalak.

Hari ini dia sms aku nak 4 pas percuma.

Hehehehhe

Kawan aku, kau jangan terasa tau.

Benda free ni bestkan.

Tapi ada ke benda free di dunia ni sebenarnya?

Ada, komen korang, free je!

Eh tapi streamyx kena bayarkan cukup bulan nanti.

Alahai .....

Thursday, December 22, 2005

Bangsawan Puteri Saadong menghampiri tarikh pentasnya

Tinggal tidak berapa hari sahaja lagi Bangsawan Puteri Saadong (BPS) akan menari di pentas Auditorium P. Ramlee Pulau Pinang. Pada kala ini kepala otak sentuhanseni sebagai pengurus pentas pementasan sedikit berserabut dan hati serta jiwa sedikit tertekan. Biasalah pada hari-hari yang terakhir ini barulah segala masalah akan timbul sedikit demi sedikit.

Hanya minda yang optimis dan akal yang positif sahaja yang dapat mengelakkan diri ini daripada berkomunikasi di dalam bahasa orang putih (sentuhanseni kalau marah speaking LONDON - kellleesss...). Namun itulah bayaran sebagai seorang performer, debaran menanti bermulanya pementasan, kemudian berakhirnya ia lantas maklumbalas daripada penonton adalah asam garam hidup.

Ini cubaan pertama sentuhanseni menguruskan pentas bangsawan, nyata kerjanya renyah dan memerlukan kesabaran, keintelektualan, jiwa yang sensitif terhadap nilai-nilai seninya serta adab dan istiadatnya, pendek kata seorang pengurus pentas itu akan benar-benar teruji apabila ia bekerja dengan sebuah produksi bangsawan. Manakan tidak, dalam era globalisasi dengan keupayaan teknologi yang ada, ciri-ciri bangsawan yang serba daif dan renyah itu harus dikekalkan kerana itulah warnanya, jika tidak dikekalkan akan jadi satu pementasan bentuk lain pula, purbawara barangkali.

Kekangan yang paling popular adalah kewangan. Peruntukkan yang berpatutan tetapi pembahagiannya yang tidak sistematik oleh mereka yang tidak ahli amat mendukacitakan lantas di saat-saat akhir ini sentuhanseni berasakan beberapa keperluan tidak dapat diadakan dia atas kekangan ini. Namun sentuhanseni harus mencuba ok!!

Itu kekangan yang paling popular, kekangan yang kedua popular dan hampir menyaingi kekangan sebelum ini ialah masalah komunikasi antara mereka-mereka yang berada di takhta singgahsana. Agar sukar menjadi orang tengah kepada manusia-manusia seni, segalanya sensitif, segalanya 'aku lebih tahu'. Agaknya kena diperkenalkan bengkel TOLERANSI AMALAN KITA dalam jadual program Jabatan Kebudayaan Negeri bagi tahun-tahun akan datang.

Opppsss... kekangan demi kekangan sekarang sudah tiba masa untuk berangkat ke Auditorium. Latar dan sebeng sudah tiba, kerja-kerja baru akan bermula...

Da

Tuesday, December 20, 2005

Somethings are best kept longing

Agak lama juga aku menyepi daripada membuat sebarang entry. Tiap-tiap hari sibuk baca blog orang lain dan kalau orang tu ada yang tak update blog mereka, aku akan mengeluh kesal - tak sedar diri sendiri tak update blog.

Entah kenapa kepala otak ini terasa sangat kosong. Pemerhatian juga sudah semakin tumpul. Bertambah dengan kerja-kerja yang semakin bertimbun, hari-hari yang aku lalui hanya seperti mencukupkan syarat perlunya ada kehidupan.

Banyak juga perkara yang berlaku sepanjang ketiduran aku. Tergerak juga untuk membuat entry tetapi tidak ada kata secantik bahasa yang dapat menggambarkan perasaan aku pada kala itu. Sekarang ini pun aku memaksa diri... hmmm... tajuk yang aku gunakan ini bolehlah merangkumkan segala peristiwa dan corat-coret sepanjang ketiduranku itu.

Aku dapat idea untuk entry ni selepas membaca entry seorang bloggers yang juga rakan rapat online mengenai beberapa perkara yang sangat dia inginkan (longing). Bila difikir-fikirkan semula rasanya semua orang ada keinginan yang rasanya seperti tidak mungkin tertunai.

Ini bahagian yang paling best - keinginan yang dirasakan mungkin tidak tertunai - dalam tempoh ketiduran aku, pengalaman telah mengajar, bahawa keinginan itu adalah lebih baik dibiarkan keadaannya seadanya. Kerana setelah aku mendapat apa yang aku inginkan selama ini (ini sangat personal jadi pengalaman dan pendapat anda mungkin berbeza) keseronokkannya tidak seperti yang diharapkan. Kepuasannya tidak terasa malahan aku lebih puas membayang dan mengangankannya.

Apa yang aku inginkan itu aku simpan dalam hati sebab kalau diceritakan takut nanti ia akan menjadi nyata. Hmm... ada bunyi-bunyi takut menghadapi kenyataan ke? Hopefully not.

Da