Ha ha ha ikan makan orang...ya, ikan itu memang ada di sini, di Pulau Redang. Kalau makan aku rasa boleh kenyang setahun tapi tergamak ke nak makan?
Yang menyelam itu bukan aku, yang mengambil gambar juga bukan aku dan aku rasa gambar ni dah circulate lama dah, ntah-ntah dah jadi gambar dekat T-shirt yang ada tulis WELCOME TO REDANG.
Terima kasihlah kerana menerima kehadiran aku di sini. Masuk hari ni baru empat hari aku jadi orang pulau (aih, menghitung hari pulak). Ramai kawan-kawan yang tanya best ke dekat sini, aku kata best. Diaorang tanya pulak, tak boring ke? Aku kata bila boring-boring, aku sibukkan diri dengan kerja atau aku pergi lepak-lepak tepi pantai tengok laut (background anak nelayan jerit ombak jahat! ombak jahat! sambil membaling batu ke arah laut).
Aku terima sajalah walau mana pun kompeni hantar sebab aku dah bertekad dulu yang aku nak bekerja di bidang HR dan mendapat pendapatan tetap. Tak larat dah buka mata tengah hari buta pikir, hari ni nak bayar macam mana benda yang aku makan. Juga tak larat layan mengantuk malam-malam sambil berfikir, hutang apa pula yang akan dituntut esoknya.
Aku rindukan KL. Tapi bukan hiruk pikuknya. Aku tenang di sini. Tak ada traffic jam langsung. Kereta pun susah nak jumpa. Yang ada cuma moto-moto Honda cup tapi tidak pula mereka merempit walaupun jalan raya yang ada seluas-luasnya. Pergi dan pulang kerja ada bas yang mengambil dan menghantar, kalau malas naik bas, jalan kaki 15 minit je dan kau akan rasa seperti kembali ke 30 tahun dahulu di kampung-kampung. Aku rindukan seseorang di KL.
Hari itu aku minta gambarnya di MMS kan kepada aku. Aku tak tahu pulak nak kena activate dulu MMS ha ha kesian dia, rugi beberapa puluh sen. Sekarang ini aku cuma dapat membayangkan dengan gambaran dia dalam kepala otak aku. Lambat lagi rasanya nak balik KL ni. Dia pesan jangan nakal-nakal sebab dia tahu aku memang nakal. Aku kata aku tak nakal, cuma menjamu mata sahaja. Orang luar? Orang tempatan lagi comel!
Sekarang ini aku sibuk menyiapkan kerja-kerja untuk orentasi pekerja baru minggu depan. Aku lebih senang begitu. Rimas aku kalau duduk melanguk tak buat kerja. Masa tulah nak teringat-teringat yang di sana. Ingat kerap sangat pun tak elok juga nanti jatuh cedera parah.
Orang-orang di sini semuanya baik-baik. Peramah. Suka tersenyum. Aku pun mudah juga nak membalas senyuman, rasa seperti sangat diterima. Ada jugalah yang menyombong tapi rasanya memang dia dah dilahirkan begitu kot ha ha lama-lama nanti dapat la aku tegur.
Kamu orang mahu datang sinikah? Datanglah jenguk-jenguk aku. Tapi jangan mimpilah aku nak dapatkan diskaun sebab diskaun yang boleh diberikan pun ciput sangat. Kamu orang tunggu harga promosi atau off season, ha, yang itu murah! Atau menginap saja di Pasir Panjang (sebelah satu lagi pulau ini).
Aku mahu pulang. Malam nanti mahu kembali ke hotel untuk dinner. Rindu kamu orang tapi tidak setebal rindukan si dia.