Monday, September 07, 2009

N11. suara dari Permatang Pasir

Atas desakan peminat, kini blog ini akan kembali menyala. Selama ini malap ke? malap sikitlah. Akibat kekangan tugas aku hanya sempat nak berfesbuk. Kat blog, nak kena fikir isu-isu yang menarik minat, tapi kalau dah kepala asik tumpu pada kerja, celah mana nak sempat fikir isu semasa.

Awal Ramadan (eleh, jangan nak kata lama eh, baru tengah Ramadan sekarang ni)aku balik Penang untuk melaksanakan kewajipan untuk negara - mengundi ar pe lagi. Kali ini semangat sikit sebab dah 2 kali pilihanraya aku tak mengundi.

Mari, aku share sikit gambar sepanjang pilihanraya N11. Permatang Pasir

rumah pusaka arwah tok & wan yang sekarang jadi Markas PAS. Kalau korang tengok PC yang PAS buat kat dalam TV tuh, ha, dari rumah ni ler.

jangan kaco, abang polis tengah buat keje



sambil-sambil kempen main goreng pisang untuk memeriahkan lagi suasana



kazenku yang sungguh bersemangat



tu dia....depa kena warning dah..saman depa! saman!

kesesakan yang tidak dapat dielak lagi

Memang menariklah pilihanraya kat Permatang Pasir kali ni. Memang hangat. Seingat aku, kali terakhir aku mengundi kat sini pada tahun 2004. Tak berapa nak hangat sangat sebab masa tu pilihanraya besar, jadi kurang penumpuan pada DUN ni. Kali ini, pilihanraya kecil...memang vastlah liputan yang diberikan.

Tapi agak mengecewakan bila orang kampung aku digambarkan sebagai miskin, mundur dan tidak ada pembangunan. Hampa nampak ja rumah kayu haluih lagu tu, masing-masing kaya habaq u...kerja hebat tau. Nak buat macam mana, pemimpin mai time pilihanraya ja...

Nak pembangunan macam mana lagi? Dah kawasan kampung, dan sebelah kawasan tuh, dah Seberang Jaya, pembangunannya kan dah berpusat kat situ. Celah manalah yang ko nak selitkan pembangunan kat kampung tuh. Namun, akhirnya berjaya juga mereka membuat pembangunan iaitu sebatang titi yang terpendek di Penang he he kat belakang sekolah. Baguih gak la, budak-budak buleh lalu situ, tak payah depa jalan kaki kut tepi jalan yang marabahaya ittew.

Kalau tengok kat TV memang diaorang kata ada gaduh, report polis segala, tapi sebenarnya takde apa pun. Lawan-lawan kutuk, maki lite-lite je. Bukanlah kata-kata kesat pun yang keluar. Biasalah, kat pilihanraya mana pun.

Seronoklah. Meriah. Raya pun tak semeriah ni kat Permatang Pasir. Yelah, kalau selalu perjalanan dari simpang masuk kampung ke rumah pakcik aku hanya mengambil masa 2 minit, tapi masa pilihanraya ni, tu dia, sengah jam!! tu pun nak masuk rumah jenuh bagi headlamp, signal orang tak pandang dah. Punya nak kata ramai orang sangat, sesak!

Yang penting, pilihan sudah dibuat dan YB baru haruslah berbakti kepada semua, baik yang telah memilih dia, atau sebaliknya.

9 comments:

shandye. said...

ya hamponnss....

ko taw tak aku kena tekan ctrl[+]+ utk zoom page blog ko sebanyak tujuh kali to read the finer prints.

huhu...

Daffodil D said...

mak tok. lagi meriah dri raya ke? ni yg jelesh ni. alahai~

artisticklytouch said...

shy:
really? mata kau tuh perlu dibundarkan kepada tulisan yang hampir ha ha

sowwy

dafodil:
yesh, sangat meriah

Pegawai Khalwat said...

Aku dok bayang hang pakai ketayap putih dah sambil turut angkat tangan laung takbir!

Ha ha ha....

artisticklytouch said...

PK:
aku ikat pala dengan kain hijau...ada logo kat situ ha ha

tapi baju aku merah cemaneh??

Aloy Paradoks said...

lu keje ape beb?

artisticklytouch said...

aloy:
buat bendang beb

:: NbC :: said...

semakin ngantuk ke penulis blog ni sampai font jd kecik miut.. eiiii geram, haha

artisticklytouch said...

k.pinky:
ini tulisan tak mo provokasi hehe