Awal Ramadan (eleh, jangan nak kata lama eh, baru tengah Ramadan sekarang ni)aku balik Penang untuk melaksanakan kewajipan untuk negara - mengundi ar pe lagi. Kali ini semangat sikit sebab dah 2 kali pilihanraya aku tak mengundi.
Mari, aku share sikit gambar sepanjang pilihanraya N11. Permatang Pasir
Tapi agak mengecewakan bila orang kampung aku digambarkan sebagai miskin, mundur dan tidak ada pembangunan. Hampa nampak ja rumah kayu haluih lagu tu, masing-masing kaya habaq u...kerja hebat tau. Nak buat macam mana, pemimpin mai time pilihanraya ja...
Nak pembangunan macam mana lagi? Dah kawasan kampung, dan sebelah kawasan tuh, dah Seberang Jaya, pembangunannya kan dah berpusat kat situ. Celah manalah yang ko nak selitkan pembangunan kat kampung tuh. Namun, akhirnya berjaya juga mereka membuat pembangunan iaitu sebatang titi yang terpendek di Penang he he kat belakang sekolah. Baguih gak la, budak-budak buleh lalu situ, tak payah depa jalan kaki kut tepi jalan yang marabahaya ittew.
Kalau tengok kat TV memang diaorang kata ada gaduh, report polis segala, tapi sebenarnya takde apa pun. Lawan-lawan kutuk, maki lite-lite je. Bukanlah kata-kata kesat pun yang keluar. Biasalah, kat pilihanraya mana pun.
Seronoklah. Meriah. Raya pun tak semeriah ni kat Permatang Pasir. Yelah, kalau selalu perjalanan dari simpang masuk kampung ke rumah pakcik aku hanya mengambil masa 2 minit, tapi masa pilihanraya ni, tu dia, sengah jam!! tu pun nak masuk rumah jenuh bagi headlamp, signal orang tak pandang dah. Punya nak kata ramai orang sangat, sesak!
Yang penting, pilihan sudah dibuat dan YB baru haruslah berbakti kepada semua, baik yang telah memilih dia, atau sebaliknya.
9 comments:
ya hamponnss....
ko taw tak aku kena tekan ctrl[+]+ utk zoom page blog ko sebanyak tujuh kali to read the finer prints.
huhu...
mak tok. lagi meriah dri raya ke? ni yg jelesh ni. alahai~
shy:
really? mata kau tuh perlu dibundarkan kepada tulisan yang hampir ha ha
sowwy
dafodil:
yesh, sangat meriah
Aku dok bayang hang pakai ketayap putih dah sambil turut angkat tangan laung takbir!
Ha ha ha....
PK:
aku ikat pala dengan kain hijau...ada logo kat situ ha ha
tapi baju aku merah cemaneh??
lu keje ape beb?
aloy:
buat bendang beb
semakin ngantuk ke penulis blog ni sampai font jd kecik miut.. eiiii geram, haha
k.pinky:
ini tulisan tak mo provokasi hehe
Post a Comment