Wednesday, May 14, 2008

Bermaaf-maafan

Baru sebentar tadi aku memohon maaf pada seorang teman. Hampir air mata menitis ketika kutitipkan kata-kata itu dari bibir. Niat yang datang dari hati dan ditujah oleh akal fikiran, terhambur juga dengan penuh keinsafan. Kesalahannya amat kecil tetapi tujahan rasa bersalah itu terlalu mengganggu fikiran, lantas aku beranikan diri mengubah ego diri.

Alhamdulillah...

Pengucapan itu memang berat namun seusai melaksanakannya, alangkah bahagianya rasa, hilang beban di dada. Sebelum ini aku memang sukar untuk memohon maaf. Kalau kata-kata itu keluar pun, ia seakan tidak ikhlas tapi kerana sudah asalnya pelakon, senang sangat nak melakonkan hingga dipercayai. Seringkali aku hanya membiarkan sahaja situasi tegang itu berlalu pergi dan persahabatan bertaut kembali tapi aku percaya aku perlu berubah.

Alhamdulillah...

Surat kenaikan baru sahaja ditandatangani. Open table belum pasti. Tanggungjawab baru sudah di depan mata. Terharu juga aku dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak pengurusan walaupun usia aku di dalam bidang ini kurang setahun dari setahun jagung namun aku tetap menjadi pilihan mereka. Si lambat kembang mahu mengorak langkah ha ha

Lusa aku akan bercuti ke Kelantan. Ada sebab aku mahu ke sana. Rantau Panjang tempat tujuan. aku nak bershopping meraikan kenaikan harga beras, eh bukan, kenaikan pangkat. Enjoy sorang-sorang kerana sudah biasa begitu. Ada bloggers yang mahu jadi pemandu pelancong?

Baiklah, masa untuk menjawab tagged dari mama chantek Aku je yang layan bebelan dia, jadi aku jelah yang ditaggednya. Orang yang, mula-mula sekali dia tagged pulak tu, nampak sangat aku ni sentiasa di hatinya.

25 steps I repeat every day on normal working days..katanya

  1. Tutup alarm seusai solat subuh (",)
  2. Duduk dekat bucu katil
  3. Baru buka mata
  4. Cari remote astro
  5. On channel 708 - hotfm
  6. Capai towel - mandi, berus gigi, cuci muka dsbnya
  7. Lap2 badan, pakai deodorant, sembur2 sikit, lumur gel kat pala
  8. Amek kunci moto
  9. Pakai kasut
  10. Buka pintu
  11. Jalan pergi kat moto
  12. Start moto
  13. Pecut ke ofis (selalunya dah lambat)
  14. Punch card
  15. Masuk Ofis
  16. On PC
  17. Check email
  18. Pergi morning briefing
  19. Breakfast termasuk mengumpat
  20. Masuk ofis
  21. Check personal mail, blog, ym, myspace, web terlarang
  22. Wat keje ofis
  23. SMS sayang
  24. Balik
  25. Eh, aku kuar pagi tadi lupa tutup TV

Macam kelakar siot tapi inilah rutin. Pulau Fantasi Island ni pemandangan je cantik, kalau nak aktiviti seronok-seronok tu takdelah.

Oh, sudah malam yang gelap, aku mahu pulang. nerd ketatnanti di lain entry aku jawab tag kau pulak.

Pada dua orang rakan bloggers di Miri, good to read both blog on a more cheerful note. Jangan speku-speku lagi ya...

15 comments:

Pegawai Khalwat said...

Hang dah berubah Art.
Agaknya sebab pantai kat pulau tu tak sama dengan pantai pulau sini.

ha ha ha.....

Dah naik pangkat? Ha eloklah.
Jangan lupa tanggungjawab pada persatuan.

kalo hang dapat keja kat tempat aku, dah kena compete dengan aku pulak. Ha ha ha ......

Psss... jawapan tag no 1 tu aku musykil skit.

kamar hati said...

hihihi...pandai je nak panggil saya bilik eek...hihihi....kamar singkatan nama & apa yang terselit disudut sanubari ku...hihhihi...
kena tag...wah wah wah...saya tag yang ada tak sempat dijawab g...hihihih...

artisticklytouch said...

PK:
di sini kita tak perlu berlumba-lumba

aku pun musykil dengan jawapan aku ha ha

bilik:
suka ar nak panggil bilik ha ha

kamar hati said...

wah..wah...wah...hampes tul eek...hihihihi...

cendawanintim said...

tahniah atas kenaikan pangkat tuh...teruskan prestasi cemerlang...

yang part web terlarang tak tahan tuh...

slamat bercuti ke kelantan, jaga diri bebaik yer..

artisticklytouch said...

bilik:
hiks jom ke klate

mushroom:
web terlarang...tapi jangan speku yer ha ah

ILA said...

Assalamulaikum..
Maaf..saya melompat ke sini tanpa d jemput.Niat hanya hendak mampir dan berlalu bgitu saja.Tapi tak manis pula..budaya melayu harus ada sapa2an.tak gitu?

Salam kenal

Butaseni@Wan Raja said...

aktiviti harian diwaktu malam lak apa?
duduk termenung ditepi leut?

NONIE AZIZ said...

dasar hanak hikan kakakaka...suka syangat tengok web terlarang koser tau...psttt...ko tengok apa kakakaka...Jazz ko tu simpan kat muzium ke? dah keje kat pulau yedak...berkaratlah Jazz ko tu tak berstart enjin kekdahnya...

artisticklytouch said...

ila:
siapa kau!? ha ha ha nanti aku pergi melawat kau pulak. sekali melawat, selalu-selalulah melawat ye dik

nyah:
setiap malam meks mengaji dan bertarannum

mak hayam:
hish manaleh propah web apa meks tengok hiks...alah uols pun selalu tgk webs terlarangkans..Jazz weols ok noks, dont risau tetap weols tak bagi uols...nanti nak posting pic weols dengan jazz ittew.

Wanpetunjuk said...

Salam...ni kat warehouse tapi masih sempat menyelitkan diri dalam arus teknologi ini....huhuhu, sbgai manusia mmg kita kena saling bermafaan, tak perlu nak tunggu raya..memaafkan saudara adalah perkara yang manusia...mcm org cakap "sorry is not the hardest words"...hehehe...
Blogger Miri???...sapa tuh???

artisticklytouch said...

wandayat:
blogger Miri? sape ek? ish macam familiar ar hik hik

Mak Su said...

stujus ngan uols, bermaaf-maafan itu lebih baik

Rush Murad said...

u say sorry to me first, then baru aku say sorry!!!...NO..NO... that's not me lerrr... i ni cepat minta maaf, tetapi sebelum i minta maaf, i pikir dulu, betul ker apa yg kita buat... yer lah... manusia, buat baik pun kadang2 dianggap serong-berong...ekkk?

kami sentiasa baik2... cuma kadang2 'miscommunication' gituh.. last2... tersenyum sendiri...

artisticklytouch said...

rush:
kita ni suka sangat assume..bos aku kata assume tuh, ASS U & ME, ambek ko, bontot katanya ha ha bontot yang mantap takpe ha ha

korang bukan misscommunication korang DRAMA!!! sat nak cari lagu drama kat korang