Alhamdulillah...
Pengucapan itu memang berat namun seusai melaksanakannya, alangkah bahagianya rasa, hilang beban di dada. Sebelum ini aku memang sukar untuk memohon maaf. Kalau kata-kata itu keluar pun, ia seakan tidak ikhlas tapi kerana sudah asalnya pelakon, senang sangat nak melakonkan hingga dipercayai. Seringkali aku hanya membiarkan sahaja situasi tegang itu berlalu pergi dan persahabatan bertaut kembali tapi aku percaya aku perlu berubah.
Alhamdulillah...
Surat kenaikan baru sahaja ditandatangani. Open table belum pasti. Tanggungjawab baru sudah di depan mata. Terharu juga aku dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak pengurusan walaupun usia aku di dalam bidang ini kurang setahun dari setahun jagung namun aku tetap menjadi pilihan mereka. Si lambat kembang mahu mengorak langkah ha ha
Lusa aku akan bercuti ke Kelantan. Ada sebab aku mahu ke sana. Rantau Panjang tempat tujuan. aku nak bershopping meraikan kenaikan harga beras, eh bukan, kenaikan pangkat. Enjoy sorang-sorang kerana sudah biasa begitu. Ada bloggers yang mahu jadi pemandu pelancong?
Baiklah, masa untuk menjawab tagged dari mama chantek Aku je yang layan bebelan dia, jadi aku jelah yang ditaggednya. Orang yang, mula-mula sekali dia tagged pulak tu, nampak sangat aku ni sentiasa di hatinya.
25 steps I repeat every day on normal working days..katanya
- Tutup alarm seusai solat subuh (",)
- Duduk dekat bucu katil
- Baru buka mata
- Cari remote astro
- On channel 708 - hotfm
- Capai towel - mandi, berus gigi, cuci muka dsbnya
- Lap2 badan, pakai deodorant, sembur2 sikit, lumur gel kat pala
- Amek kunci moto
- Pakai kasut
- Buka pintu
- Jalan pergi kat moto
- Start moto
- Pecut ke ofis (selalunya dah lambat)
- Punch card
- Masuk Ofis
- On PC
- Check email
- Pergi morning briefing
- Breakfast termasuk mengumpat
- Masuk ofis
- Check personal mail, blog, ym, myspace, web terlarang
- Wat keje ofis
- SMS sayang
- Balik
- Eh, aku kuar pagi tadi lupa tutup TV
Macam kelakar siot tapi inilah rutin. Pulau Fantasi Island ni pemandangan je cantik, kalau nak aktiviti seronok-seronok tu takdelah.
Oh, sudah malam yang gelap, aku mahu pulang. nerd ketatnanti di lain entry aku jawab tag kau pulak.
Pada dua orang rakan bloggers di Miri, good to read both blog on a more cheerful note. Jangan speku-speku lagi ya...
15 comments:
Hang dah berubah Art.
Agaknya sebab pantai kat pulau tu tak sama dengan pantai pulau sini.
ha ha ha.....
Dah naik pangkat? Ha eloklah.
Jangan lupa tanggungjawab pada persatuan.
kalo hang dapat keja kat tempat aku, dah kena compete dengan aku pulak. Ha ha ha ......
Psss... jawapan tag no 1 tu aku musykil skit.
hihihi...pandai je nak panggil saya bilik eek...hihihi....kamar singkatan nama & apa yang terselit disudut sanubari ku...hihhihi...
kena tag...wah wah wah...saya tag yang ada tak sempat dijawab g...hihihih...
PK:
di sini kita tak perlu berlumba-lumba
aku pun musykil dengan jawapan aku ha ha
bilik:
suka ar nak panggil bilik ha ha
wah..wah...wah...hampes tul eek...hihihihi...
tahniah atas kenaikan pangkat tuh...teruskan prestasi cemerlang...
yang part web terlarang tak tahan tuh...
slamat bercuti ke kelantan, jaga diri bebaik yer..
bilik:
hiks jom ke klate
mushroom:
web terlarang...tapi jangan speku yer ha ah
Assalamulaikum..
Maaf..saya melompat ke sini tanpa d jemput.Niat hanya hendak mampir dan berlalu bgitu saja.Tapi tak manis pula..budaya melayu harus ada sapa2an.tak gitu?
Salam kenal
aktiviti harian diwaktu malam lak apa?
duduk termenung ditepi leut?
dasar hanak hikan kakakaka...suka syangat tengok web terlarang koser tau...psttt...ko tengok apa kakakaka...Jazz ko tu simpan kat muzium ke? dah keje kat pulau yedak...berkaratlah Jazz ko tu tak berstart enjin kekdahnya...
ila:
siapa kau!? ha ha ha nanti aku pergi melawat kau pulak. sekali melawat, selalu-selalulah melawat ye dik
nyah:
setiap malam meks mengaji dan bertarannum
mak hayam:
hish manaleh propah web apa meks tengok hiks...alah uols pun selalu tgk webs terlarangkans..Jazz weols ok noks, dont risau tetap weols tak bagi uols...nanti nak posting pic weols dengan jazz ittew.
Salam...ni kat warehouse tapi masih sempat menyelitkan diri dalam arus teknologi ini....huhuhu, sbgai manusia mmg kita kena saling bermafaan, tak perlu nak tunggu raya..memaafkan saudara adalah perkara yang manusia...mcm org cakap "sorry is not the hardest words"...hehehe...
Blogger Miri???...sapa tuh???
wandayat:
blogger Miri? sape ek? ish macam familiar ar hik hik
stujus ngan uols, bermaaf-maafan itu lebih baik
u say sorry to me first, then baru aku say sorry!!!...NO..NO... that's not me lerrr... i ni cepat minta maaf, tetapi sebelum i minta maaf, i pikir dulu, betul ker apa yg kita buat... yer lah... manusia, buat baik pun kadang2 dianggap serong-berong...ekkk?
kami sentiasa baik2... cuma kadang2 'miscommunication' gituh.. last2... tersenyum sendiri...
rush:
kita ni suka sangat assume..bos aku kata assume tuh, ASS U & ME, ambek ko, bontot katanya ha ha bontot yang mantap takpe ha ha
korang bukan misscommunication korang DRAMA!!! sat nak cari lagu drama kat korang
Post a Comment