Tuesday, September 18, 2007

Haa...ungkitlah tew

Hari ni kawan kau susah...kau pun senang hati, ikhlas jiwa tolong dia...niat kau kerana Allah dan kerana dia sahabat kau, kau wajar membantu. Tak sekelumit pun kau mahukan balasan.

Suatu hari kau susah...

Kawan kau yang kau tolong sebelum ni buat tak tahu je...bak kata mat rempit, buat derk!!! Mahu tak berbulu jiwa dan raga.

Kau nak mintak tolong? Kau terfikir...takkan dia tak ingat kot kau pernah tolong dia kan?

Bila kau ingatkan dia...

"Dulu kau susah aku tolong kau apa..." Kata kau sedikit segan.

"Oh, jadi kau tak ihklaslah tolong aku? Kau mengharapkan balasanlah? Kau nak mengungkitlah sekarang ni?"

Haaa....afsal kau melopong???? Rasa nak hantuk kepala kat dinding tak sebab mengaku syaitan lahanat ittew kawanmu suatu masa dulu?

Jadi sebenarnya wajar atau tidak kita mengungkit pertolongan kita suatu masa dahulu, untuk mengingatkan mereka yang terlupa?

23 comments:

Anonymous said...

huhu..

bukan nak mengungkit, mengingatkan saja tu..
susah betul kalau ada kawan-kawan yang masa senang saja nak menempel..
bila dia senang, kita susah, mulalah nak pi main jauh-jauh..
menci kan nyah!

ho ho ho..

Nur Hafiza Hasan said...

Kosssserrr layan org lagu tu.
Bagi miss_tree, benda mcm gitu tak payahlah nak kena ingatkan.. sebagai sahabat, kena faham² lah.
Org dah tolong pun kira ok lahh..
Ada hati tu ngata x ikhlas sumeh?

Che Art, x yahlah mintak tolong kat org mcm tu..
Apa masalah Che Art? Meh miss_tree tolong..hahahahahah...
Kalau pasal duit sorry ekk, bonus tarak tahun ni..
Huwaaaaaaaaaaa~
Nak nangis!! TOLONG!!!!

Erkkk..sapa yg nk tolong sape ni?

artisticklytouch said...

yakirasuri:
haah, menci! menci! menci! Masa dia susah ni, kita pun rasa kesusahan yang dilalui..ha, mulalah tu nak mengungkit!

cik misteri:
haiyoo...hambiklah bonus weols...bukan uols baru dapat increment ke? koserr tau nak bonus pulak...

kejikan manusia itu mengatakan weols tak ikhlas sumua, semoga dia diberkati di Ramadan ini...kalau diia beribadahlah...eh, mengumpat plak!

Bunga Rampai said...

Salam,

Berbudi biarlah jujur. Usah harapkan balasan. Membantu tanggungjawab kita. Balasan yang lebih baik ada menunggu di Sana.

Ingat kepada orang yang berbudi kepada kita. Kalau tak mampu balas, berdoa saja untuk kesejahteraannya. Itu lebih baik.

Budi jangan sekali-kali dibalas dengan body.

Menerima dan menghulur budi adalah satu cara membersih hati. Juga mampu menonjolkan perwatakan sebenar - baik/buruk kita.

p/s Maaf, terpanjang pulak omelan. Maklum, masa ada terlebih sikit hari ni untuk santai :-))

Mak Su said...

tak wajar... tapi orang yang tak ingat tu pun tak wajar gaks... susah, susahhhhh. hhmmmm

suriani said...

Jenis itu bukannya kawan, itu dah kira hawannnn... ahaks.

Kengkadang kita terpaksa ungkit sebab ingatan dia dah blocked, kan?

Sabar je lah!

NONIE AZIZ said...

bagi maks kan noks terpulang kalau kita ikhlas ngan hati yg suci murni tak perlulah diungkits...tak perlu noks nak minta balasan berbagai kalo dewang ingat dewang akan tolong noks....

pjoe said...

kawan mcm tu buat sup je
haha

Wanpetunjuk said...

bila dah tertulis dan terbaca...apa jawapannya..."terungkit kot??"

bagaimana berpuasa di pulau indah...seindah Ramadhan kah???, itu lah harapnya...

Butaseni@Wan Raja said...

ye ke nyah,sapee oreng itew?hahahahahahahahah
kau sentap ek nyah hahahahah

Nunn said...

janji hati mau baik.. ihklas kerana Allah taala gerenti hati tak sakit..

artisticklytouch said...

cik bunga rampai:
body??? koserrlah he he

maksu:
susahkan mak su kans

umi:
ingatan dia bukan blog tu umi, sengaja dia block kan

MR:
Aku bukan apa..cuma terkilan

nerd:
dude, semalam gua makan sup ekorrrrr!!!!

hidayat:
terungkitkah??? Ramadan itu indah..Redang biasa saja..

butaseni:
akak sentapz tahap dewa2 dari kayangan uols!!!! orangs ittew adalah Hanilawati p***la C**a*

nunn:
errr..hmmm...

debikdebuk said...

ungkit kang kena sungkit kang!!!

Pegawai Khalwat said...

Kawan tu aku kenai ka? Nak aku bawak geng pi katok dia ka?

artisticklytouch said...

debikdebuk:
ungkit? sungkit? errr...tak pahamlah

PK:
kawan? dia bukan kawan, dia lawan! hang kenai...kisah lama

blackpurple @ jowopinter said...

Tengok situasilah kot.....

Anonymous said...

org2 camtuh tak perlu mintak tolong pd mereka. menyusahkan lagi ada!

artisticklytouch said...

BP:
macam mana nak tahu situasi yang sesuai?

kamarul:
but i thought "buat baik di balas baik"

bluecherry @ fai said...

normal laa tu..

toksah dah tolong orang mcm tu..

Salam kenalan.. 1st time jengah dr blog Anne.

artisticklytouch said...

ceri biru:
normal ka? well...dah tak kawan dengan dia pun

pjoe said...

busy ya bang?!

artisticklytouch said...

nerd:
yelah...yelah..nanti aku hupdatelah! ada cerita panas nih..

Wanpetunjuk said...

ikhlaskan diri dalam apa jua yang kita lakukan...kita harapkan balasan Allah cukup....klu nak harapkan manusia...ermmm, tak tahu lah nak cakap apa lagi....