Saturday, September 15, 2007

Cuti yang panjang dan ini juga entry yang panjang

Sepuluh hari aku cuti, sempat sekali je jenguk blog, hari-hari lain dihabiskan dengan aktiviti bershopping dan melawat rakan taulan he he atau dalam bahasa ringkasnya berpoya-poya.

Sebermulanya cuti, aku merentas perjalanan darat yang aku kira sangat meletihkan. Bermula feri seawal 7am aku bertolak ke KT yang perjalanan mengambil masa 2 jam. Nasib baik le mata mengantuk lagi so 2 jam tidak terasa kerana krrooooiiihhh krrooooiiihh dalam feri. Kemudian bas ke KL pulak 8 jam. Patah pinggang duduk dalam bas lama-lama. Kalau dulu, 7 jam boleh sampai dah tapi sebab sekarang ni banyak sangat roadblock kot jalan dan bas pun dibawa mengikut kelajuan yang dibenarkan semata-mata maka bercintalah mereka.

Lepas turun bas, berebut-rebut pulak naik komuter...sebab dah duduk lama sangat di Redang yang serba serbi tenang, aku agak kekok untuk bergerak pantas ala KL people. Aku sedar akan kelemahan ini apabila ada sorang pompuan Indon kurang hajar yang telah dengan riak dan bongkaknya menolak aku ke dalam komuter. Kecik je orangnya, kalau aku siku balik harus terpelanting keluar komuter tak sempat masuk balik tapi sebab aku dah lama duduk di Redang jadi tindakan refleks aku telah menjadi seperti sedang bersantai di tepi pantai.

Komuter pun sesak nak mati. Sampai kat Kepong Sentral, abang aku ajak minum air pun aku dah tak lalu, dia hulur rokok pun aku tak lalu. Terus balik rumah, boleh baring-baring. Badan aku sudah mahu kejang.

Hari Ahad, ada kenduri wedding Juliana, HR Clerk aku masa di Mantin. Memang aku balik ni pun untuk kenduri ni. Hadiah tak beli lagi tapi apa yang nak dibeli sudah ada dalam kepala otak aku. Dalam kepala otak Juliana ada TV Plasma tapi dalam kepala otak aku cuma ada bekas shower he he sampai kenduri pun dah petang sangat. Orang dah takde tapi takpe, aku lagi suka macam tu, ramai-ramai rimas lagipun takleh nak mengutuk pengantin sangat-sangat.

Percubaan untuk jejak kasih dengan keluarga angkat aku masa di Mantin (yang aku kata nak tumpang 3 hari alih-alih jadi 3 bulan) tidak kesampaian sebab diaorang dah pindah. Ke diaorang lari dari aku? he he rindunya kat makcik yang sentiasa memastikan baju kerja aku beriron dan selalu paksa aku makan nasi.

Malamnya bergerak ke Penang dengan family. Tiba-tiba semua orang nak ikut balik Penang. Kopak duit aku nak kena drive sebab sejak berkerja ni, minyak dan tol untuk perjalanan jauh aku yang sponsor. Planning awal nak naik bas tapi terpikir gak, baru semalam duduk 8 jam dalam bas, ini nak menempuh 4 jam lagi...bosannya.

Di Penang seperti selalu dan seperti yang aku ingat tidak ada apa-apa perubahan ketara. Cuma shopping mall baru buka di Seberang Jaya, kawan-kawan yang dulu student sekarang dah bergelar penganggur tanpa kerja tetap, selain dari itu, semuanya kelihatan normal. Kepulangan aku hanya untuk melepaskan rindu pada sesetengah orang sahaja, jadi pada yang jemputannya aku tak penuhi itu, faham-fahamlah, aku terasa, bila aku takde baru nak ingat kat aku, masa aku susah depan mata kau, sikit pun kau tak cuit aku ha ha marah nampak brother!!!

Dari Penang aku ke Ipoh. Sebab arrangement penggunaan kereta sudah bertukar jadi aku kena pulang seorang diri naik bas. Untuk menghilangkan kebosanan perjalanan, aku decide untuk turun di Ipoh. Lantas menyambut hari lahir aku di Ipoh. Sambutannya sangat sederhana, hanya majlis kecil mengira berapa birthday wish yang aku terima yang dihadiri oleh aku seorang. Aku tumpang rumah member, dia pun tak tahu harituh birthday aku he he takpe, aku tak suka diraikan. Makcik aku gigih buat kek caramel tapi sebab start buat lambat, aku nak kena tunggu pulak kek tu siap, lantas aku terlepas bas jam 530, terpaksa beli tiket baru jam 800 malam pulak. Tapi kek itu sangat shedap memang berbaloi tunggu he he

Ipoh pun takde apa yang best, biasa je, aku pun tak plan untuk jalan-jalan Ipoh. Hmmm...Malaysia menang Pestabola Merdeka...macam tak percayakan! Jersi tu memang kena tukar ha ha anyway, tahniah too them all.

Sampai di KL aku pergi ambil DD di Times Square sebab dia hanya tahu Times Square dengan Hentian Putra je, tempat lain dia tak tahu, suruh pergi Puduraya pun tak tahu. Harituh keluar gambar Puduraya dekat TV, dia kata itu di Kuantan, jenuh bertekak, nasib baik aku menang. DD seorang mekanik dari Tanah Merah, Kelate. Sebelum bekerja di Redang, dia bekerja di Penang. Satu atau dua kali saja ke KL sepanjang hidupnya. Tugas aku membawa DD shopping di KL, sebab itu yang dia nak pun, dia memang kaki shopping, mengalahkan pompuan!! Letih teman shopping dengan mike!

Jadi program cuti-cuti bersama DD pun bermulalah dengan sambutan 50 tahun Kemerdekaan di Dataran. Aku tak pernah sambut merdeka dekat Dataran. Pernah ada sekali percubaan tapi tepat jam 12 tengah malam, aku dan rakan-rakan masih tersangkut di dalam kesesakan jalan raya berhadapan Masjid Negara dan pada masa itu kami bermotosikal!! Sekali aku menyambutnya di KLCC, lebih kepada menonton konsert sebenarnya.

Ramai umat manusia uols...sila lihat gambar di bawah..

uuuiiii....ramainya orang...abang-abang DBKL pun tiba-tiba ada kerja nak buatkan!

Tengok abang ni, sampai terpaksa panjat tiang, punya sesaknya Dataran hari tu!!


Cantikkan bangunan DBKL?? Sebab tulah abang-abang DBKL rajin bekerja malam tu. Jom tengok bunga api pulak....

Wahhh......
Feeeewiiiiiittttttt.....
Cantikkan? Punyalah tunggu menatang ni meletop kat langit. Rupa-rupanya majoriti orang tunggu bunga api je, sebab lepas menjerit merdeka tiga kali tapi takde bunga api, semua orang balik menyumpah-nyumpah. Dan kepada orang yang sabar....

Sambutan tu pun sangat meriah hinggakan di sebelah utara tempat aku berdiri, ada sekumpulan Myanmar, sebelah selatan Indon, sebelah timur bangla, sebelah barat Indon lagi tapi yang ini ada baju t-shirt sendiri. Semua pakai t-shirt sama, entah persatuan apa ntah. Terasa nak ambik gambar diaorang tapi takut pulak nanti kena kapak ke apa ke kan. Nasib baik masa menyanyi lagu Negaraku diaorang tak buat aksi-aksi yang boleh menyebabkan rakyat Malaysia marah macam si anu tu...

Pulang sudah jam 2 pagi. Kemudian ada panggilan kecemasan dari seorang rakan di Bukit Bintang. Dia tidak mampu memandu dan tidak ada tempat mengadu malam itu. Takpe mari tumpang rumah aku. Tapi tunggu aku ambik kau di Bukit Bintang.

Tiba di Bukit Bintang ada segerombolan adik-adik bertudung labuh dan berjubah berserta dengan abang-abang berkopiah sedang mentarbiahkan sekelian manusia yang berpesta pora di kawan Bukit Bintang. Pondan meniaga pun kena tarbiyah uols...terbengong-bengong semuanya aku tengok. Nasib baik akak tak pakai crown, kalau tak dengan akak-akak sekali kena tarbiyah he he kiranya kehadiran mereka itu mencuri tumpuanlah sebabnya berapa kali selama kamu orang duduk di KL, kamu orang jumpa awek tudung labuh berjubah bagai jalan-jalan di Bukit Bintang, di tengah malam!!! Kalau siang tu lainlahkan, kot la diaorang pergi shopping.

Kenyataannya member aku masih mampu memandu, rakannya yang seorang lagi yang tidak mampu memandu, nak balik takut kena marah mak bapak la tu. Masa buat tak nak pulak pikir. Nasib baik aku baik suka tolong kawan masa susah dan kawan-kawan juga suka tak tolong aku masa aku susah, bila aku ungkit, katanya aku tolong tak ikhlas - eh, ini entry lain!!

Esoknya aku dapat hadiah besday dan merdeka yang best!!!! tak mau cerita....I malulah!!!!

Namun tidak ada apa yang menarik cuma membawa DD berjalan-jalan hingga ke malam kami melepak di uptown Danau Kota. Ha...sini best tapi aku tak beli apa-apa sebab style aku beli yang perlu je. Cantiklah kau macam mana pun kalau aku rasa tak perlu untuk aku beli, aku tak beli. DD pun tak membeli, tak ada mood katanya sebab awek dia pun takde mood. Tak faham betul aku, jumpa setahun sekali, bila dah jumpa takde mood pulak....orang lain bercinta, kau pun sibuk nak bercinta!

Anyway begitulah kami hingga ke hari terakhir percutian. DD sempat juga berbaik-baik dengan aweknya. Aku selaku pemandu pelancong tumpang gembira ;P

Haa....aku beli kain buat baju raya. Ya, aku tahu baru 2 hari puasa tapi baju kena tempah awal. Dah lama takde baju raya, asik recycle je, terasa macam Bersamamu pulak he he banyak jugaklah aku berabis, ada la dekat separuh gaji bulan cuti kali ni tapi takpe memang berbaloi.

Yang tak bestnya masa nak balik aku demam dan demam itu meleret hingga aku dah balik Redang. Aku sempat kerja sehari dan esoknya aku MC dua hari he he bengang colleague aku tapi nak wat camanekan, bukan aku suruh demam ni datang. Datang dengan penyakit pendarahan pulak tu!! Kronik sakit aku ni tapi sekarang sudah hampir sembuhlah.

Sebab itulah entry ini lambat dan panjang. Banyak sangat cerita yang hendak dikongsi. Kalau malas nak baca pun, kamu orang dah baca hingga ke penghujungnya he he terima kasih le semoga berbaloi puasa

Da.

19 comments:

Nur Hafiza Hasan said...

One of the things that I hated most is travelling by bus..[yg perjalannya lama laa..]
Dah muak rasa nya..since skolah lagi..
Huuhuhuhuuhuhu..

Mak Su said...

kena pegi berurutler jawabnyer, selamat menjalani ibadah puasa

Bunga Rampai said...

Bulan Ramadhan bukan cuti ya ... banyak kerja-kerja pembersihan yang perlu diselesaikan ;)

Wanpetunjuk said...

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...

wahdi said...

Salam ramadhan~ selamat berpuasa dan bersahur~

Hidup lg upanya ko, lahamdulillah ;)

Nunn said...

selamat berpuasa bro, jangan telajak bangun sahur :)

akirasuri said...

Selamat berpuasa!

erk! masih bercuti lagi ke ;)

artisticklytouch said...

WEH...ENTRY TAK HABIS LAGILAH!!

he he

Anonymous said...

aku rasa cukup lemas tul kalo dpt tmpt2 yg ramai2 org camtu. tak tahu kenapa.

p/s:salam ramadhan! :)

Sayuti said...

rajin sungguh pegi dataran sambut merdeka. aku yang dekat pon malas nak pegi. huhu.

Izariza said...

Salam, ceritanya menarik tapi agak panjang .. err.. scheming reading aje..

Apapun, selamat menjalani ibadah Ramadhan :)

artisticklytouch said...

kamarul:
orang ramai..banyak karenah, kita haruss rasa tertekan

artisticklytouch said...

sayut:
kalau tak kerana DD nak sangat sambut merdeka...takdenyer aku nak jejak dataran tuh!

izariza:
hadirmu disini sudah cukup memberi erti ;)

pjoe said...

aku takpernah sambut merdeka kt klcc
atau dataran
bagi aku melecehkan
hahaha

wahh...
so eventful ma kau punya hari merdeka!

Nur Hafiza Hasan said...

Edit entry je ekk, Che Art?
Hehehehehehehe...

Anyway baru prasan entry sblum tu ada lirik lagu ManBai..
Hehehehehe..so happen today I put the mp3 in my blog..

Anda sihat?

blackpurple @ jowopinter said...

Pergh! Ini cerpen ke apa?..He he he..

Mamat yang panjat tiang itu PATRIOTIK sungguh kan.....

Selamat berpuasa, jangan lupa berteraweh.....:D

artisticklytouch said...

nerd:
terima kasih kepada DD..aku lebih rela melepak di rumah

cik misteri:
saya mengantukkkk!!!!

BP:
ini cerPAN namanya ha ha tavelogue berilmu kata orang kampung aku ha ha

Abang itu memang patriotik..bila dah berdiri kat tiang tu siap hayun2 bendera lagi...gayat pulak aku tengok

Pegawai Khalwat said...

Ha ha....

Sorilah hari hang mai tu tak dapat nak layan lama. Time kritikal sebab cerita tak tentu hala lagi.

Lagi satu aku nak alihkan perhatian rakan yang lain daripada rakan hang yang sorang tu. Kalau konsentrate sembang, kang ada yang kena tetak.

Psss... bila mau sambung bayaq brada. Gaji dah naik.

artisticklytouch said...

takpa...takpa aku pun banyak plan harituh...

bayaq??? bulan depan aku sambung..terlari budget pulak 2 3 bulan ni