Wednesday, March 11, 2009

Setelah Sekian Lama

Lama takde entry. Cuma aktiviti mengetag sahaja ha ha terima kasih pada yang sudi menyiapkan tag tu, bukan apa, saja nak mengeratkan tali sillaturahim.

Sekarang ni sibuk sangat dengan kerja. Letih weh!! Dengan opis mate lahanat aku neh pulak buleh extend2 cuti. Pantang kalau ada cuti yang melibatkan hari Jumaat atau Senin, mesti dia amek extra satu dua hari...MClah...EL lah...macam-macam..kaedahnya, kerja dia aku kena siapkan. Bukannya aku tahu pun apa biji butir keje yang dia tengah buat, tetiba aku kena follow-up itu ini...keji pompuan ini tau, dah la kalau jalan dalam ofis, bergegar ofis neh dibuatnya!!!

AKU BENCI KAUUUUUU!!!!!!!!!!

Dah bila pulak aku nak siapkan keje aku...nasib baik aku ni cerdik bijaklaksana, keje aku tetap siap ha ha ye, ini adalah riak, so what!!!

Anyways, banyak isu yang berlaku keliling kita...Kerajaan Peraklah, PPSMIlah, ekomomi gawatlah...dalam pada tu terselit juga cerita-cerita keruntuhan akhlak, sampaikan kita cuma perlu baca muka depan akhbar sahaja untuk tahu perkembangan mutakhir negara. Boleh macam tu?

Aku rajin gak beli Sinar Harian sebab beritanya balance tapi lama-kelamaan nampak macam dah tak balance. Wartawan yang pro-kerajaan akan menghasilkan berita dan artikel yang pro-kerajaan dan yang pro-pembangkang akan buat yang sama. Sudahnya sama je macam kau beli Utusan dan Berita Harian lalu di baca sekali bersama Suara Keadilan dan Harakah....sama macam apa yang jadi pada Awani. Kalau perasan, ketelusan mereka semasa melaporkan PRU12 dulu lagi jelas berbanding sekarang...entahlah, ini pandangan peribadi saja.

Perak tuh apahal, apa yang heboh sangat? Yang satu desperate, yang satu tak ketahuan...takde sapa ke yang cerdik pandai legal yang boleh ceritakan pada semua sapa yang betul? Kena ada perkenan Sultan ke, idak ke? Speaker ada kuasa ke, idak ke? Ini dak, aku maki ko, ko maki aku, hantar peluru, bertumbuk laju!!!

KEJILAH KORANG!!!!

Dan semua hal ketuanan Melayu ini...apakah???? Apa yang kita (sebagai Melayu) perjuangkan sebenarnya?? Tak Melayu ke sekarang ni? Pikir betul-betul, apakah sebenarnya??? Jangan orang berarak, ko pun berarak, orang menentang, ko pun menentang. Sila tahu tujuan anda melakukan sesuatu itu.

24 comments:

Mak Su said...

maksu tak larat nak berarak, nanti lenguh kaki

kamar hati said...

ish ish ish.....biziz tul org tu yer....ish ish ish.... (smbil geleng kepala ni...)

artisticklytouch said...

maksu:
kita pun sama

bilik:
lainlah orang tuh, asik2 jalan2 balik kampung....jeles tau, kami pun nak balik kampung jugak

Rush Murad said...

kalau suruh berarak sambut maulid nabi tak moh!!!!!! ni berarak sebab nak sokong si bai tuncit tuu...eergghh... busansssss...

Unknown said...

aku suka kalau berarak orang nak nikah jer. dapat gak bunga telor barang sebutir dua. minggu depan ni konpom ramai anak dara tukar status.

ko melayu kkerrr... dah cukup melayu kkerrrr... amender ketuanan melayu ttiiewww... sila baca nniiee... www.rhisham.blogspot.com/2008/11/ketuanan-melayu-kontrak-sosial.html

Sastri said...

berebut macam budak-budak kan? sampai lupa, apa yang lebih penting dan patut diberikan fokus sekarang nih... hishhh... tak sukerrrr...

Hafiey Nur said...

Sebab awak Melayu, saya nak bagi hadiah.

Pi ambil seniri ...

Hafiey Nur said...

err ... ambik di blog gue ... bukan di kedai beskal atau di sekayu yek ... harap maklum

artisticklytouch said...

Rush:
kannnn!!!!

komeng:
aku parsi ~ Greek+Perancis ha ha

sastri:
boleh bawa masuk kubur, tu yang berebut sangat tuh!!

kecek:
oit, aku parsilah!! ha ha aku tau la nak amek kat mana, nanti aku buat serangan balas

@xiM said...

WAHHH NI SESSI MELUAH PERASAAN KER HAPA NIH..HAHA

artisticklytouch said...

Axim:
kan kak Ziana kata....

"Luahkanlah hatimu....inilah...buktinya...cinta yang di akhir gariSAAAAAAAANNNN," kening terangkat sket...

*yes..yes..memang aku tak puas hati dengan huru hara dan tipu daya ini

artisticklytouch said...

umar:
aku rasa macam dah p melawat blog ko tapi takpe, aku p melawat lagi

Pegawai Khalwat said...

Berarak.... mendung kelabu.... mengekori langkahku, sepanjang kehidupan penoh dugaan, namun aku tetap aku.

Ku coba dan terus mencoba, mencapai suria, walau membakar jiwa, walau aku dihena, namun aku tetap akuuuuuuu.

Hahaha, ramai yang tak tahu kisah Yahudi di Yahudi Road penang.

artisticklytouch said...

PK:
weh...tunggang terbalik lirik hang, jangan dok buat lupa, tu lirik lagu album aku kalau karaoke dengan hampa ha ha

yahudi kat Penang tuh? ya! ya! ramai yang tak tau...sapa ntah ada buat teater pasal tuh kan...ha..Dinsman!!!

NONIE AZIZ said...

pandai rupanya ko membebel ye dikkk...

artisticklytouch said...

kak ipaq:
panas aku kak...panas!!! dah lama simpan neh!!

Unknown said...

mamat nehh kalu dah membebel, ngalahkan pond N pomp.

HUAHUHAUHUAHUAHUAU.

artisticklytouch said...

komeng:
well....ko pernah kena bebel dengan aku kan??? wahahahahhaha

Unknown said...

dat's Y I'm brave enaf to give dat's statement.

Unknown said...

setujuuu.... opis mate lu memang lahanat! aku nak kata hantu punya orang tapi memandangkan aku ni bijak (IQ 118 - bijak la jugak) aku akur yg antu tu cuma ilusi rekaan semata, jadi aku atur balik bunga ayat aku dan ini la hasil dia...

"setan punya orang"

artsoul said...

daripada pegi berarak baik aku tngk Naruto..

kerisLekuk7 said...

yang gila kuasa orang lain...yang ikut buta tuli org lain..yang jadi mangsa orang lain....untung2 yang ambil kesempatan

Pegawai Khalwat said...

Hang kalau marah nanti hang cakap orang putih, dan maki lembap 5 peringkat.

artisticklytouch said...

komeng:
waaaaaahhhhh!!!! ha ha

mate:
btol btol btol

artsoul:
hang tengok naruto???

keris:
setahun sekali berkarya neh!!! mari kita mengambil kesempatan seperti menjual air tebu sepanjang perarakan...ndak?? buleh kaya ooooo!!!

PK:
i know!!! wakakakakaka