Monday, February 16, 2009

Pasca Segala Macam Teater

Kisah katak tak setel lagi tapi malas dah nak komen. Dah macam sarkas yang sangat menarik tapi murah. Jadi aku memerhati dari jauh dan aku akui ia memang menarik.

Walaubagaimanapun.... *shahe nak kata aku skema ar tuh...

So here not skema tone... *orang DBP plak marah nanti...

sigh ... it's a wonder how some people boleh hidup dengan sentiasa meletakkan apa yang orang lain fikir mendahului apa yang dia fikir...iols tahu iols takleh...

Ini entry mengenai menonton teater. Dalam masa beberapa minggu ini, aku sudah menonton 3 teater yang aku masih belum buat review. Not that it matter to them kalau aku tak buat review, cuma sebab aku mahu berkongsi, that's all.

Rekaan Utama oleh Persatuan Bakawalee..

Aku tak ingat show Bakawalee yang terakhir aku tengok bila but rasanya macam dah lama sangat. Rasanya jugak, ini pementasan mereka yang pertama aku tengok di Penang setelah meninggalkan Penang back in 2006.

Cerita ini sekadar menghiburkan. Tidak ada apa yang hebat pada lakonan. Biasa-biasa saja. Biasa maksud aku ialah takde apa untuk diingati. Ia datang dan pergi tanpa sebarang kesan. Lakonan tidak ada jiwa, kosong dan nampak sangat dah kena blocking dengan pengarah. Mereka perlu lebih banyak menyertai bengkel, lebihkan masa belajar mengenali diri, lebihkan lagi jumlah teater yang mereka tonton (teater di luar Penang dan utara Semenanjung) dan banyak lagilah lebih...yang nak kena buat..kalau betul serius nak berlakon ar...

Teknikal pun biasa-biasa je tapi lebih baik dari semasa zaman aku bergiat dengan mereka dulu. Bila aku tengok stage, rasa macam dejavu plak ha ha sebab macam kenal je konsep yang ada atas stage tu tapi mungkin aku silap. Mungkin juga tidak!! Teknik-teknik yang aku cuba explore dulu dan kurang mendapat sambutan diguna pakai...Hmmm...chorpe, perhaps back then, I was ahead of the time kot, kan? Or aku je perasan...he he but it was good effort, ada kemajuan.

At the end ada sesi viva. Kononnya untuk berkongsi pendapat. Aku tak perasan pulak ada pendapat yang dikongsi, cuma sessi itu digunakan oleh para student yang hadir untuk bertanyakan soalan kepada kemusykilan mereka mengenai pementasan. Semua soalan adalah berbentuk "sila suapkan kami jawapan, kami tak reti nak pikir," enuf said. I don't see the point of this session.

Hmmmm....all in all, tak best ar show neh tapi best dapat jumpa kawan-kawan lama. Nah gambar sket...























Teater Kompilasi Vol. 1

Inilah sebabnya aku gigihkan juga diri untuk buat review neh. Sebuah teater yang sungguh segar. Yang mengingatkan aku kembali kepada sebab musabab aku berteater satu masa dulu dan yang membuatkan aku sesal kerana meninggalkan lapangan teater (dengan alasan untuk berehat).

4 buah cerita dalam masa 2 jam yang mengupas mengenai POWER. Kalau Raja Lawak, mesti ada yang buat pasal Power Ranger he he tapi yang ini istimewa kerana setiap satu mengupas isu itu dengan cara dan pendekatan yang berbeza. Namun yang paling penting, idea mereka SEGARRRRR!!!! Lakonan mereka SEGARRRRR!!! Teknikal mereka SIMPLE dan SEGARRRR!!!

Kau boleh nampak keikhlasan dalam kerja mereka. Kau boleh nampak passion pada teater itu ada terpancar. Aku bukan nak puji melambung-lambung tapi aku rasa teater sebegini yang sepatutnya masyarakat angkat dan sanjung dan berebut-rebut untuk datang tengok bukan yang gah pada nama saja.

Aku tak nak komen satu-satu cerita sebab pada aku keempat-empat sama saja, SAMA HEBATTT!!! Tapi yang paling terkesan adalah karya KN bertajuk Tambat Kaki tuh...memang best bai!!!

Hampa dari Bakawalee kena tengok depa neh...dan sapa yang tak tengok harituh memang rugi besaq...rugi...rugi..tunggulah kalau ada Vol. 2 plak.

Dua benda je aku tak suka, terlalu banyak merokok (masalah ke? bukan realitinya masyarakat kita terlalu banyak merokok?). Dan yang kedua, kertas program yang macam tak ikhlas je nak bagi...tak bagi pun takpe, tak kisah. Opppsss...lupa, itu tiket sebab ada cop 'RECEIVED'. Nota untuk produksi ~ kalau aspek lakonan, pengarahan dan teknikal korang boleh skor A++ kenapa korang berpuas hati dengan skor B untuk Pengurusan Produksi?

Puteri Gunung Ledang The Musical (kenapa bukan muzikal PGL?)

Ramainya mengeluh tak dapat tiket...member aku sampai dipermain-mainkan oleh ajen tiket tuh lagi...tiga empat kali naik turun Istana macam YB2 di Perak, akhirnya dapat juga tiket. Aku beli tiket seawal bulan November tahun lepas rasanya!! Tak ingat dah bila beli katanya..itulah pengajarannya, jangan tunggu minit-minit terakhir ye kawan-kawan.

Tak kurang juga yang mesej aku mintak tiket sebab ingat aku kerja kat IB ha ha nak pull some strings pun buat ar research dulu, kan dah salah panggung!!!

Aku terlalu nak menonton PGL ini sebab I was a big fan of the movie tapi pementasan season 1 aku terlepas kerana aku sibuk di Penang, season 2, aku di Redang dan yang di Singapore, jauh sangat so kali ini kena pergi untuk menyaksikan sendiri kegahan yang diperkatakan ittew.

Jadi, setelah menanti dengan penuh debar (ada sebab tertentu aku berdebar) dapatlah menonton. Buah buka panggung memang best. Kemudian plot bergerak perlahan-lahan. Lamanya kat Majapahit, aku dah rasa pahit-pahit kelat. AC Mizal aku tak paham dia nyanyi apa sampai ke sudah. Adlin ok je, macam Adlin yang selalu kita tengok. Muzik kuat gila (mungkin sebab aku duduk berdepan dengan speaker dan selang sebaris bangku saja dari musician yang dipimpin oleh Roslan Aziz yang suka makan potato chip).

Masa intermission my friend kata lakonan takde jiwa. Tak rasa cinta ittew. Tak rasa debar ittew. Yang rasa, cuma rasa tak berbaloi datang jejauh (owh, jauh dia datang untuk menonton). Lepas dia cakap macam tu, baru aku terimbau kembali scene-scene sebelumnya....betul gak apa dia cakap. Yang dititikberatkan adalah unsur-unsur kekaguman atau produksi ini menggelarnya magis!!!

Aku akui unsur kekaguman macam tangan berapi, bunga terapung, nenek kebayan hilang tiba-tiba, adalah sangat berkesan dan sangat kemas serta teliti pembikinannya. Cuma ralat di sini adalah kerana elemen penting sesuatu pementasan iaitu lakonan seolah dibuat sambil lewa (mungkin pelakon dah boring kot - dah berapa ratus kali ulang).

Lakonan kaku tidak berjiwa. Tak ada passion. Macam tak ikhlas. Si Tuah tu, masih tak fasih lagi dengan lenggok Bahasa Melayu langsung tak rasa kegagahan Tuahnya. Tapi menyanyi memang meletop!!! Bendahara, make-upnya tua tapi gayanya muda. Tiara ok ar so so....as expected. Aku suka sangat dengan Bayan, tak tau kenapa, maybe sebab boleh nampak jiwa keibuan dalam watak tuh. She was excellent throughout.

Oh, I like part Sultan menari-nari sebab dah gatai sangat nak meminang Puteri he he dalam tuh...banyak gak point meng'smash' institusi kesultanan Melayu. Dengan mintak rasuahnya, dengan menari tergediknya, dengan kebengisannya...sangat sesuai dengan situasi realiti sekarang tapi ittew Sultan dulu ar, sultan sekarang tak macam tuh.....kan??

All in all...aku setuju dengan kawan aku, tak berbaloi datang tengok teater ni. Aku tak rasa puas macam aku selepas aku tonton Teater Kompilasi Vol. 1 ittew. Itulah yang aku katakan bila orang tanya apa pendapat aku tentang PGL yang aku tonton. Lantas ramai mempersoalkan kenapa aku berkata begitu sedangkan orang lain memuji-mujinya setinggi langit. Aku rasa, kalau aku tak pernah terlibat dengan teater, tak pernah belajar berlakon, dan yang paling penting....tak pernah melihat kesungguhan dan passion Anak-anak teater namron di pentas tempoh hari....aku juga akan menyanjung PGL musim ketiga ini...

Namun, aku berterima kasih kepada Enfiniti production kerana usaha mereka membuka mata masyarakat untuk menghargai teater. Harapnya mereka-mereka yang gigih berebut tiket ittew akan selepas ini gigih berebut tiket untuk show di Stor Teater DBP dan dewan-dewan kecil tapi beerti seumpamanya.

14 comments:

jinggo said...

projek koken tu memang berbaloi...
aku tak rasa rugi mai dari penang untuk tengok teater tu....
memang betoi-betoi membuka minda yang terperap ni....
membukak mata yang terpejam....
memang nyegarkan.......
tapi tak leh lawan RU....

hang jangan gelak.....

Mak Su said...

tq art sebab buat review kat sini, bagus utk orng macam maksu ni yang tak sempat nak menonton teater, cuma takat nonton tivi ajer :(, huhuhu.

Sastri said...

dah lama tak nonton teater...

artisticklytouch said...

jinggo:
aku rasa nak nanges...

maksu:
maksu kena gi tgk gak, review saya neh bukan buleh pakai sangat pun, hanya pendapat peribadi

sastri:
eh, afsal tak leh masuk ur blog eh sis?

en_me said...

ada tiket PGL free tok me yg inih takkk..

kiah kay said...

emmm...dh lama dh rasanyer tk bersuka2 dgn teater..di kuantan ni tak byk show pun...tp sok mlm ada, igtkan nk pegi tp....emm...ntahler...the same show been repeated again and again, cuma tukar pelakon je kot...tuh yg malas nk g...

Bunga Rampai said...

Saya teruja dengan publisiti PGL The Musical, tapi ntah kenapa sampai season terakhir tu pun saya masih tak berkesempatan menonton.

Review Art ini sekurang-kurangnya mengubat sedikit kekecewaan saya kerana tak menontonnya.

Salam :)

Rush Murad said...

aku ni masih lagi tidak berkesempatan menonton teater PGL...

p/s: rindu pulak hendak bergiat semula.....

Sastri said...

orang lain boleh je masuk art... betul ke my add?

cuba klik sini:

http://sastris-ramblings.blogspot.com

selamat mencuba... :p

artisticklytouch said...

tok mie:
takdak

cik k:
citer sawang tuh ke?

cik rampai:
rasanya tahun depan akan ada lagi..

Rush:
wah, penggiat ke...awat tak pernah tau

Sist sast:
dah buleh dah

shandye. said...

aku tidak berkesempatan utk menonton pgj the muzikal kerana...

1. ketiadaan wang
2. kekangan masa yang meruncing

ingin benar pergi tetapi tidak apalah. mungkin tidak ada rezeki. hurm...

artisticklytouch said...

umar:
wlam...oh, nanti saya melawat yer

shy:
takpe...rasanya banyak lagi teater yang boleh ditonton. Eh, bukan uols pun berlakon teater ke?

Pegawai Khalwat said...

Pendek kata, PGLTM tu ala-ala RU yang diupgrade la ye?

Ha ha ha.....

Pasal RU tu, aku tak nafikan langsung apa yang hang kata. Tapi itulah pengorbanan nak menghasilkan pelapis baru. Kalau tidak, sampai bila depa nak cuba.

Bab idea hang zaman jahiliyah di Penang dulu, memang terkehadapan. Tapi waktu tu tak ada man power untuk menggerakkan idea tu. Nih pun sebenarnya idea aku lagi gila. Tapi tak mampu nak buat.

Projek KoKen, memang hebat seperti mana yang aku komen dalam entri aku.

kiah kay said...

ye art...kalu tak silap aku citer yg byk sawang itu....