Monday, December 03, 2007

Ampunkan kami penunggu gua

Sejak menjejakkan kaki kembali ke Kuala Lumpur, ini baru dapat membuat entry. Antara sebab-sebab kelewatan ini adalah seperti di bawah:
  • Seperti selalu, tiada jaringan internet untuk ofis HR. PC pun aku tak dapat. Ofis pun terceruk dan tak ada tingkap.
  • Di rumah ada internet tapi adik aku sentiasa menggunakannya.
  • CC yang aku selalu pergi sebelum ini sudah bertukar menjadi butik Anakku dan aku tak tahu CC lain disekitar sini.

Best tak alasan? Alasan-alasan jujur tau...

Anyway, 24hb November 2007, aku berjaya juga membantu sambil menonton produksi Devian Dogma karya Pegawai Khalwat di Taman Budaya KL. Aku yang jadi cameraman ha ha (ini perlu diberitahu!) Niat hati pergi hanya untuk berpoya-poya tapi sebelum sempat sampai, Pegawai Khalwat dah telipon suh jadi cameraman. Nampak sangat aku ni cameraman yang sangat bagus.

Sebelum ini cuma mampu mendengar ulasan dari rakan mengenai pementasan naskah Devian Dogma tapi setelah menontonnya secara langsung, terpanggil untuk mengkomen....tu dia!!!

Pembacaan pertama naskah ini menjemput ke pembacaan berulang kali sehingga kesepuluh rasanya, atau lebih. Ini sentuhanseni lakukan awal tahun 2007. Keliru sedikit mengenai naskah ini walaupun Pegawai Khalwat ada bagi hint-hint sedikit menganai cerita yang ingin disampaikannya cuma tidaklah aku menyangka hasilnya sebegitu. Naskahnya terlalu banyak lapisan. Tapi itulah signature Pegawai Khalwat a.k.a dudok.

Mungkin kerana naskah sendiri, Pegawai Khalwat pada hemat sentuhanseni telah berjaya mementaskan naskah ini. Pengolahan cerita, pengarahan dan lakon pentas serta aspek teknikal bergerak seiring sepanjang pementasan. Tenaga yang disalurkan para pelakon juga hebat dan konsisten. Cuma kadang kala mereka hilang fokus tapi cepat pula sedar diri semula.

Keadaan panggung yang hanya mempunyai satu entrance untuk pelakon sentuhanseni rasakan satu kekangan kepada pementasan ini. Malah untuk apa jua pementasan di sini. Sentuhanseni berasakan mungkin kerana kesuntukan masa, pengarah tidak mempedulikan untuk berkreatif dengan keadaan ini dan hanya meletakkan kepada pelakon untuk melampiaskan kreativiti mereka. Kesannya agak kelakar juga di awal pementasan kerana signature sang pengarah yang sentuhanseni kenali sedikit terganggu. Ini seterusnya mengganggu fokus pelakon tapi ternyata mereka sangat pandai 'faking' dan 'technical acting'. Pada sentuhanseni ini adalah satu pencapaian tapi jangan buat selalu na...

Dari aspek teknikal lakonan, penggunaan ruang pentas agak tidak bertujuan. Pelakon kelihatan sering kali tawaf separuh (demi menjaga bloking dan tak mahu membontoti audien) watak yang satu lagi. Postur dan gerak lakon, ada juga yang membosankan. si orang minyak terlalu banyak membongkok ketika bercakap sehingga dia kelihatan lebih seperti Si Bongkok Tanjung Puteri daripada orang minyak. Mungkin interpretasi orang minyak padanya sebegitu tapi ada ketika dia berdiri tegak dan keras. Dia orang minyak yang boleh berubah mengikut keadaan. Namun lakonan makhluk ini ada banyak peningkatan, dia sudah semakin maju ha ha

Dua watak lagi. Surti, I Love Youlah! Marvelloues siot walaupun diawal pementasan itu nampak sedikit terganggu dengan handsprop yang pelbagai namun berjaya kembali fokus dan kekal sehingga ke hujung cerita. Satu yang agak mendukacitakan sentuhanseni ialah seringkali apabila membawakan watak wanita berkedudukan, Yuslina akan memakai kebaya dan batik sarong, mungkin selepas ini akan berubah?

Sazali seperti yang dijangka. Lakonannya sudah menjadi signature dan lagak ngerinya sentiasa mengerikan. Sebenarnya mereka ini sedar atau tidak yang aktiviti lakonan mereka tidak ada insuran cover? Itu sebab yang paling asas kenapa sentuhanseni tidak mahu bersilat atas pentas ha ha (do not comment on this!). Hanya Sazali yang sentuhanseni lihat beria-ia bermain dengan setting di atas pentas (kayu-kayu dan topeng yang bergantungan). Tahniah sentuhanseni ucapkan, ada juga yang sedar ruang.

Stage best. Simple, menarik dan padat. Paling sentuhanseni suka ialah scene di majlis tari menari di mana Surti bertemu Tejo (Tejo ke?) Dalam keadaan muzik yang kuat, mereka berdialog dan kemudian mereka bergerak keluar dari dewan tari dan muzik diperlahankan. cantik sekali permainan teknikal di sini sayangnya sebelum scene ini berakhir, muzik itu sudah berakhir. Kesinambungan sebentar tadi hilang.

Yang lain bagus. Secara keseluruhannya, pementasan ini dinampakkan mudah oleh pengarah dan pelakon-pelakonnya. Interpretasi mereka terhadap naskah dan watak masing-masing memang kelas A. Pementasan sebegini tidak layak untuk Festival Teater tempatan..sebab itu kamu orang kalah ha ha tahun depan buat cerita ada kampung-kampung, menangis sampai keluar air hidung segal dan lakonan slapstik, mesti menang ha ha

Walau bagaimanapun, cameraman korang tetap kendo! lariiiiiikkkk........

Sekarang ini aku sedang sibuk menggemukkan badan. Dah naik pun 5 kilo ha ha selain itu juga sedang sangat-sangat sibuk di opis yang kelam kelibut dan tonggang terbalik. Mals nak cerita kali ini sebab nanti spoil the mood.

So..ttyl babai

14 comments:

Mak Su said...

frust gaks sebab saya tak dapat pegi menonton

Pegawai Khalwat said...

Yah... tq, akhirnya ada juga orang mengomen selain daripada Bunga Rampai.

Tapi komen hang dah bunyi macam Himanshu dah, ha haha.....

Aku tak payahla nak counter komen balik, sebab aku rasa hang tau aku punya signature macam mana.

Tapi memang betoi aku banyak turunkan kehendak aku ke tahap yang pemain mampu bawak, terutama pemain asal sebelum ni adalah Acan. (hang la, lari pi Redang, kalo tak Tejo tu watak hang tau tak!)

Tapi hang betoi la, cerita macam ni memang tak boleh nak bawak pi festival. Kalo juri zaman diaspora tu, mungkin depa masih boleh terima.

Lepas ni aku nak buat skrip LKA la, skrip dia banyak sedey. Biar ku dukung kot. Ha ha ha.....

Psss.... hang patut tengok DD versi Acan. Kuang kuang kuang....

Psss.... aku dah pun berjaya pentaskan naskhah orang, Waktu Sesudah Itu. Tu pun habih cincang.

Kang kami buat show kat Ganu, hang jadi special appearance tau.

pjoe said...

wahhhh
pengkomen yang perghhhh
*sambil letak anak jari kt mulut dan tarik - ummph!

hehe

aku tk dapat turut serta
adehhh

artisticklytouch said...

maksu:
sudahlah maksu! maksu memang kekwat! lebih mementingkan program masak-masak daripada kami...siapa kami di hati maksu?

PK:
Himanshu? sudah lama tidak kudengar nama itu. Aku tak pernah faham komen Himanshu, adakah itu bermaksud hang pun tak faham komen aku? ha ha

Tejo itu aku? Tapi aku tak pandai kuntau sambil menyarung baju kemeja unisex...ha ha

Cerita apa pun kalau hang bawak masuk festival dengan nama Bakawalee memang tak menang ha ha

Biar ku dukong? Itu bukan cerita zaman feudal ka? ha ha heroin dia pun dah dukung anak...cari la bahan lain

Waktu sesudah itu aku special appearance? hang pun sama dengan anak penakan hang yang dah dibuang keluarga itu, harituh pun dia suh aku buat special appearrance cerita ni. Ni mesti nak suh aku jadi peguam yang muncul last minit tuh

pjoe:
ya, aku memang pengkomen yang perghhhh
*sambil letak anak jari kt mulut dan tarik - ummph!

dan kau seorang penulis cereka yang mak taste nyah!

Anonymous said...

hmm..
komen yang begitu caring.. hinggakan insuran para pelakon pun diambil kira

/me: saya masih lagi tersipu-sipu malu waktu menaip komen ini.

Orlando Bloom said...

wahhh kelas tajuk tu...penunggu gua??? hehehhee salam perkenalan

Butaseni@Wan Raja said...

hehehe sila baca entry kongkang yang malang aku :D

Anonymous said...

hmm.. saya link blog kamu dalam 'dunia' saya yer.. (read: ini bukan ayat mintak izin.. ini adalah ayat penyata)

artisticklytouch said...

rena:
caring kerana kusayang mereka..nak caring kau u plaklah, boleh? terima kasih kerana link blog nih, terasa glamer plak ha ha

beruang madu:
salam perkenalan. PK lebih bijak memilih tajuk ha ha

butaseni:
baiklah!

Rush Murad said...

dah lama sangat tak tonton teater etc... dan dah terlalu lama tidak bermain teater.... rindu plak bila baca entry ni.....

NONIE AZIZ said...

Seperti selalu, tiada jaringan internet untuk ofis HR. PC pun aku tak dapat. Ofis pun terceruk dan tak ada tingkap.

heeeeemmmmm...tak efisyennya opis ko noksss...tak produktif....hi hi hi...larikkkkkkkk

tegezoot said...

hang puji aku art???

HARI INI DALAM SEJARAH.

tapi aku lebih suka isi sms ang utk acan.

artisticklytouch said...

rush:
orang teater jugak kah?

MR:
memang tak efisyen..yang lagi keji, bos aku ada PC tapi semua benda aku yang buat..dia check email jer!

tergezoot:
acan memang keji

blackpurple @ jowopinter said...

Jangan gemuk sangat. nanti penyakit datang. He he he!