Friday, October 26, 2007

Ke Akhir Garisan

Pejam celik pejam celik...pejam pejam celik celik daaaaahhh...sampai musim monsoon. Di sini, di opis ini masing-masing sedang menghitung hari untuk di'transfer' ke property lain, jabatan lain dan cuti tanpa gaji.

Monsoon sudah mahu bermula. Bunga-bunga cintanya dah kelihatan. Salah satu sebab aku update hari ni, kalau tak aku nak keluar tapi feri tak berjalan, bahaya katanya. Sudah dua hari hujan tidak berhenti. Ombak pun tinggi je. Department Recreation dah mula garu kepala sebab banyak peralatan rosak dipukul ombak. Dijangkakan monsoon tiba lewat lagi tapi tahun ini bunganya pun hebat, awal pulak. Banyaklah cerita pasal monsoon keluar dekat sini. Aku layan je sebab aku transfer ke KL!!!!


Hari terakhir mentari bersinar....Gtoohhhh!!!!

Esoknya dan 7 hari seterusnya.......


Ini pemandangan dari staf cafe. Ofis uols semua ada tak pemandangan seperti ini (matila kekwat), kalau rasa cantik nak buat wallpaper, ambiklah (matila kekwat lagik). Office MR lagi la takde macam ni, nampak fail-fail je bertimbun *larrrriiiiikkkk....

Malaslah nak cerita raya dah...tengok gambar jelah ek..

Ini untuk Kak ipar aku...

Ini untuk bonda

Ini untuk adik

Untuk abang dan abah tak ada gambar sebab beli selepas sessi fotografi. Harap maklum. Ada lagi gambar...

Dari KL aku naik Air Asia yang seatnya sangat menyerupai kulit tapi aku rasa ia adalah PVC, jenis yang sama dengan kasut sekolah aku dulu ha ha dan seatnya tidak boleh melentur terlalu jauh ke belakang! Darn! Dari Airport KT yang sedang dalam renovasi naik van ke Seberang Takir untuk naik penambang. Van free sebab kompeni punya dan penambang RM0.80 kalau naik teksi ke sapu ke, boleh melayang RM30. Dan kalau kau naik penambang kau boleh feeling-feeling pelancong.

Penambang tak macam dalam cerita Pendekar Bujang Lapok. Tak yah tunggu lama-lama, ada banyak dan tak ramai pun yang naik. Tambang bayar di kaunter bukan letak dalam penambang tuh. Seperkara yang tak best ialah tak adanya life jaket atau Life Floating Device. Penumpang-penumpang kebanyakkan mereka berbaju kurung dan kanak-kanak, aku terbayang macam mana kalau....macam mana nak...hmmm...

uols boleh memandu menggunakan sebelah kaki?
Orang masih lagi beraya, aku dah selamat sampai ke ofis. Ofis pun lengang je, yang ada dua tiga kerat cina tapi kat Front House meriah dengan pelancong jadi takdelah bosan sangat.

Dari sejak aku balik, hingga hari ini, busy memanjang. Staff party baru selesai malam tadi. Selesai satu episod ada lagi dua untuk diselesaikan sebelum aku berangkat ke KL pada hari Selasa.

Aku kena transfer ke sebuah Kelab di Ampang. Nampak gaya kena meredah jammed semulalah tapi takpe aku sudah ada perancangan lain ha ha

Jangan lupa 24 November di Taman Budaya Kuala Lumpur, pementasan Devian Dogma...aku akan hadir di sana, jadi kamu-kamu semua kena hadir juga tau. Aku akan ada di sana untuk sain autograf ha ha

22 comments:

Nur Hafiza Hasan said...

Oh...akan ke KL pula..
bagus bagus bagus..

Tak tahu nk komen apa..
Nnt kalau ada chance nk gi amek otograf lah..
Kita tuka² lah ekkk..heheheheh..

kerisLekuk7 said...

bila kena tukar lak.....
x pe..kalau takut jem naik je motor......tp kena ambil lesen dulu...hehehehehe

Pegawai Khalwat said...

aku cukup dengki bila hang tunjuk gmbaq pemandangan macam tu. takpa, nanti aku fotokedai kan gambaq selat tanjung jadi ayaq kaler biru.

pokok nyoq kang aku ambik kat permatang rambai, ada banyak.

Psss.... bila lah aku nak leh turun ke sana. Keja tak henti-henti. Monsoon pun tahu berenti.

Oi, hang nak autograf apa? Acan jealous nanti dia tak laku. Ha ha!

suriani said...

santek sungguh pemandangan itu.. tah bilalah boleh bercuti kat sinun tu..
teringin tau..

artisticklytouch said...

kerislekuk:
sok lusa je, hang bila pulak..jangan ingat aku tak tau...ha ha

PK:
hang juga patut dengki kerana aku menggunakan kamera hp 3.2 megapixel yang merakamkan gambar secara semulajadi tanpa sebarang kekaburan ha ha

cuti banyak2, increment bnyk2 taruh kat anak buat apa! pak yang buat kerja, bukan anak! ha ha

Acan tuh kalau aku takdak pun tetap tak laku. Orang kampung dodoi ja gilakan dia.

umi:
datang je bebila, santek kan? time monsun pun dia tetap santek tau

Anonymous said...

Selamat berpindah bro..
Huhuh..

pjoe said...

meh kita sedut udara 'bersih' KL ni ya!
hang transfer ni temporary je kan?
teater tu free ke bertiket?

Mak Su said...

selamat hari raya. masih belum terlambat kan

Nunn said...

assalamualaikum ... cantik gambar bro kat mana tu .....kena tukar kay ell ke ?mana mana pun sama je yg penting hati mau baik

Rush Murad said...

dah balik ke kl semula ek? wahhh.... pemandangan dari opis kau, gempaqs.... dah mula monsoon ek....

artisticklytouch said...

akirasuri:
mekasih laaa...

nerd:
3 bulan je.. best polluted air KL nih..peparu aku sesak dengan udara yg bersih.. ha ha

maksu:
Selamat Hari Raya maksu...better late than never but never la better!!!!

nunn:
semua tu di tganu. cantik sebab guna sony ericsson k810i..*matila kekwat!

rush:
opis ko ado? nan ado katanya...larrrriikkkkkk!!!! haah dah mula monsoon..so weols pun lari ke KL..

Wanpetunjuk said...

Fuyyyyoooo...cantiknya, bangga menjadi rakyat terengganu (hehehehe), tranfer ke KL then abis monsoon balik pulau balik ke???.

Apasal tak tawarkan diri jadi sukarelawan waktu monsoon tuh..mesti best kan...kan..kan...

Butaseni@Wan Raja said...

Cinta diakhir garisan?mak nak jadi ning baizura lah nyah,ingat si LATTipah tu je yg minat ning hehehe
kau ziana zain,k
MIDIah jadi DAisy tu.
ChompBy jadi Nora.

Bunga Rampai said...

Salam,

Cantiknya ... cantik sungguh ...

Dari pulau sepi yang damai ke kota berdebu ... semoga selamat semuanya :)

sinaganaga said...

dah kena transfer ke Ampang - tak reti2 nak datang sini?

NONIE AZIZ said...

cehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....nanti ko..patutlah aku tersedak jer hari rupanya dah berhari orang ni sebut nama aku!!!Ko masuk blog maks noks harus maks jawap...kekwat!!!

artisticklytouch said...

hidayat:
rakyat terengganu??? bila last ko jejak terengganu yang nak mengaku rakyat ni? nyanyi lagu terengganu ar kalau berani ha ha

Hujung bulan satu aku balik semula ke pulau..oh, sungguh tak best..aku tak terhengen pun nak volunteer. Yang volunteer pun banyak kena reject..sebab nak mengurangkan kos..

butaseni:
Ziana Zain!!?? mak suka! mak suka! hmm...uols mmg sesuai jadi Ning sebab bontot uols saiz2 bontot ning jua. Midi pun mak setuju. chomby tu sapa? Nasib baiklah uols tak libatkan Lattipah dalam grup kita, ponen tuh berangan sangatlah..tak seswai dengan konsep kita

cik bunga rampai:
memang cantik, tahun depan mai na...toksah duk pi penang tuh, buat sesak nafas ja

bro naga:
sini? sini tuh mana? karang aku datang tak balik2 baru kau tahu ha ha

MR:
nyah, kau patut berterima kasih kepada aku kerana setelah weols mention nama uols, rating blog uols melonjak2 naik tau.. *matila berharap..

wahdi said...

Haiyooo cantiknya pemandangan opis uols!!! SENTAP!!

Mak Su said...

art - akan berhijrah ke kl? tapi nanti tentu you will miss kebiruan kat tengganu ek... but 24th rasa macam susah je ler nak pegi, ada kenduri kawin ler, kena tlg masak

Anonymous said...

ini lawatan pertama saya secara rasmi di sini..
yer, saya jumpa kamu ptg sabtu lepas di taman budaya. ;)

Anonymous said...

Cool!

Nak sebar info sket.
~~~
Donlod file RapidShare dgn PERCUMA! Cepat!
Tak payah keluar duit bayar premium account.
http://rapidshare.com/files/71651338/download-rs-free.zip
~~~

artisticklytouch said...

wahdi:
silalah jeles

maksu:
wah...chef jemputan katanya..

rena:
ya, kita berjumpa dan kamu tersipu-sipu malu kerana aku hensem ha ha