Saturday, August 25, 2007

Menuju Ulangtahun ke-2

Apa kes!!!!

Aku yakin semalam aku ada publish entry...alih-alih hari ni hilang!!!

Tapi takpe, takleh tensen-tensen sebab esok dah nak berangkat pulang ke KL untuk cuti selama 10 hari ha ha aku perlu relakskan kepala otak, perlu bersosial ha ha

Anyway, 31 Ogos ini hari Merdeka, juga ulangtahun ke-2 blog ini. Kudos untuk lotsachi yang telah memaksa aku buat blog 2 tahun yang lalu dan dia sendiri sekarang sudah tidak memblog sejak-sejak bertemu hobi baru iaitu menjadi wine taster ha ha actually aku tak tahu pun apa yang disibukkannya sangat hingga dia berhenti memblog.

So, Selamat ulangtahun kepada blog ini. Mari make a wish ramai-ramai......

Silence....(semua pembaca sedang make a wish)

Eh, kenapa aku bertukar jadi Brad Pitt ni???? Ini sapa punya kerja wish aku bertukar jadi Brad Pitt??? Dah aku terpaksa scandal dengan Angelina Jolie pulak.

Ini tandanya dah takde idea.

Oh, sebelum ini ada aku khabarkan yang aku dinaikkan pangkat....

Ada orang yang tidak berpuas hati. Tapi tidak dikatakan secara terus. Kadang-kala isu ini timbul. Terus terang aku cuma minta surat confirmation tapi bos nak bagi naik pangkat, takkan nak tolak semata-mata sebab dia! Kalau dia berada di situasi aku, dia semestinya tidak akan memikirkan apa rasa aku! Aku sedikit rimaslah sebab aku dijadikan sasaran melepaskan geram. Bukan salah aku kalau aku sedikit mahir dalam cara macam mana mahu survive di dunia koprat. Kamu sudah tersalah tafsir aku.

Biarlah, dia terlalu mentah untuk memahami perkara ini.

Urrgggghhhhh......lamanya tidak berteater!! Rindu pulak rasa. Sekurang-kurangnya suatu masa dulu teater menjadi tempat untuk aku meluahkan segala rasa, sekarang hanya ada astro ha ha

Jadi bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-2 blog ini amatlah tidak menarik kalau kalian kuhidangkan dengan bebelan bersifat negatif. Nah! Pergi ke arkib dan tatap entry-entry lama aku, baru kalian akan faham kenapa blog ini bernama sentuhanseni.

Selamat Hari Merdeka kepada semua

Selamat Hari Lahir kepada aku (30 August)

Selamat Hari Ulangtahun kepada blog ini (31 August)

Selamat bercuti untuk aku.............yyyyeeeeeeeaaaaaaaahhhoooooooooooooo...............!!!!!!!!!!

Da

26 comments:

Nunn said...

pergh! nek pangkat.. congrats! betul tu, rezeki jgn ditolak :D

slmt bercoti bro! yiiihaaa..

wahdi said...

Happy birthday~

tudia ulang tahun kedua blog di tarih keramat hehee tahniah,tahniah!

Sentiasalah terus memblog dgn sentuhan kreative mu ittew

Wanpetunjuk said...

lorrr...apasal tak lahir 31 0gos...gemoak tuh...

ooo...dah tua lah jugak blog ni ek...

7 hari tak bukak blog sbb naik platform..ni pun baru jea turun darat...

Rush Murad said...

Congrats!!!!!!!!!!!!! sebab naik pangkat (tapi naik gaji tak?), sebab sambut ulangtahun memblog (biar memblog asal jangan goblok), ucapan awal for ur b'day...berapa umur? dan.... happy bercuti, takan 10 hari duk kat kl jek???

Ku Keng said...

Wah banyak sekali untuk dirayakan.

Pentingnya selamat menyambut hari lahir dan semoga diberkati dan dirahmati Allah SWT.

akirasuri said...

selamat untuk segala-gala yang selamat!
he he he..
erk!
selamat pengantin baru bila lagi boleh kitorang ucapkan?
hahak..

pjoe said...

allah selamatkan kamu!!!
heehe
happy bday dude!!
wah...dua tahun umuq blog hang?
lama tu!kalau kahwin dah anak sorang kot
haha

psssttt - apa program kt kl nanti?

Mak Su said...

baeekkk, nanti saya baca n3 lama-lama (art ni macam tengah hangin je), selamat anniversary untuk blog art... yeahhaaa

Nur Hafiza Hasan said...

Happy Birthday!
Happy Anniversary!
Happy Holiday!

And CONGRATS on your promotion.

Che Art..Redang lagi menggamit lah.
Langkawi takde pengisian..
Pengosongan ada lah.. pengosongan account bank..
Huhuhuhuhuhuhu..

*jangan biarkan hidup anda diselubungi.. miss_tree..*

LOL

artisticklytouch said...

nunn:
orang gila je tolak ye dak?

wahdi:
tq!

hidayat:
panas sangat kat 'dalam' tuh, tak larat nak tunggu sehari lagi.

rush:
tq! anak ikan di usia 28 tahun...boleh?! Dalam 10 hari, 3 hari di Penang, 2 hari di jalanan dan selebihnya di KL

ku keng:
tq!

akirasuri:
cuti sekolah nanti!

nerd:
aku kalau dalam masa 2 tahun boleh 4 anak - setahun kembar 2 ha ha takde plan pape kat KL ni just nak mereleasekan tension

maksu:
tq! hangin pus pus la maksu

cik misteri:
kalau nak datang redang, sebelum bulan 11 ni, sebab dari bulan 11 sampai bulan 2 monsun.

debikdebuk said...

Pedulikan org lain. Yang penting ko naik pangkat. Yg lain tu maybe jeles kot... Arghh..aku pun jeles...mana boleh ko naik pangkat!!!!

DiaHarris said...

selamat ulangtahun blog!

:p

blackpurple @ jowopinter said...

Selamat menyambut ulangtahun ke dua. Tahniah kerana masih berstamina untuk berblogging

Sampai KL nanti jangan lupa sms ekk. Ha ha ha!

Izariza said...

Selamat menikmati erti kemerdekaan peribadi kamu itu :)

Ceria-ceria selalu .. nanti lekas tua :)

Salam merdeka.

Bunga Rampai said...

Selamat Hari Lahir.
Semoga dalam lindunganNya selalu, diberkati dan dirahmati.

Selamat Ulang Tahun Blog juga. Teruskan paparan sentuhansenimu di sini.

Salam Merdeka :)

sinaganaga said...

bile le kau nak berteater di MASKRA ni?

Anonymous said...

bro! selamat ulang tahun! :)

oh, n thnks fr helping me with the job search and all.

Bunga Rampai said...

Salam,

Ada hadiah hari lahir untukmu di teratak saya :)

she-blocks said...

hi and congratulations... lama beno cuti, tak hapdet2 nih...salam kenal!

artisticklytouch said...

debik:
haah...uols just jeles dengan crown weols he he

dia:
sangat terima kasih...

BP:
thanks. alamak terlupa la nak sms...

izariza:
ceria selalu walau dalam gundah..salam merdeka padamu jua

cik bunga rampai:
waaahhhh....nak nangis je rasa

naga:
tunggu aku transfer ke KL bulan 11 ni...aku juga sedah lama tidak berteater

kamarul:
thank..no prob...

cik she-block:
wah...kena marah dengan cik 'baru salam kenal' he he ada penjelasannya..nanti ye

Butaseni@Wan Raja said...

aaik,macam mana boleh jadi Brad Pitt?aku wish hang jadi Rowan Atkinson atau Ahmad Shazlie tadi.

artisticklytouch said...

butaseni:
kejinya wish haaaannngggg....sabik tu la tak makbul he he

Pegawai Khalwat said...

Looohh baru aku perasan aku tak komen lagi.

Aku pun tak tau nak komen apa.

Ku Keng said...

Dengan ucapan Ramadhan Karim. Semoga Ramadhan tahun ini terbaik dari yang terdahulu, bagi kita semua.

KV said...

bila kita selangkah ke depan, mmg ada hati yg akan cemburu. Pandai2 tangani agar kita tdk terjatuh. Hik hik..berseni tak ayat akak tu?

artisticklytouch said...

PK:
hang tu laaaa...

ku keng:
salam ramadhan

kasutvincci:
seni orang nak bersalin ha ha