Anak mak angkat aku. Umurnya 4 tahun. Lelaki. Baru sahaja pandai cakap. Asrul namanya.
"Asrul nak abang lukis apa?" Kata aku.
"Lukis bulan!" Kata Asrul
Aku pun lukis satu bulatan yang tersenget-senget sikit.
"Nah bulan!"
"Yeay, bulan!" Asrul tepuk tangan.
"Nak apa lagi?" Soal aku.
"Lukis rumah abang!" Pinta Asrul
Aku tinggal di rumah flet, jadi aku pun lukis sebuah bangunan yang rupanya kotak.
"Bukan, ni rumah Asrul, lukis rumah abang!"
"La, rumah abang la ni."
"Bukan...bukan...ini..rumah..Asrul..lukis..rumah..abang.." Jelas Asrul sepatah-sepatah (macamlah aku tak paham apa yang dia cakap.)
"Samalah, abang duduk flet jugak macam hang. Pulau Pinang ni semua flet!"
6 comments:
Assalamualaikom
wahh... dah pandai reject paintings tuh umur 4 tawon.
Ada bakat jadi arts critic.
Tell him to be meaner and he'll earn more money like Simon Cowell..
hahahah
Ada bakat jadi arkitek tu.
Yang hang mengaku abang tu pasai apa. Dah anak mak angkat hang, bukan patut hang tu pangkat pakcik ka?
Ha ha.
gregorius:
ooooohhh...Asrul is mean enough as he is
pegawai:
dia tak reti sebut pak cik lagi...
naga:
bro gelakkan aku ke, gelakkan cerita?
Kena gilap bakat seninya tu....!
black:
Aku yakin dia bakal jadi seorang absurdist
Post a Comment