Monday, September 13, 2010

Ucapan Raya 2010




SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN
kepada semua pembaca blog sentuhanseni

Singapura...perjalanan pendek (continue)

SATC was excellent!!!

Tapi I will only review about it in another entry – saja nak ada entry banyak-banyak.
The show ends at almost 3am. Dah keluar panggung baru kitaorang menggagau mencari cara untuk menghubungi Angah. Yelah, Angah dah janji nak tolong hantarkan balik.

Pusinglah kitaorang mencari public phone. Jumpa empat, tapi semuanya guna kad. Kitaorang ada syiling je. Kalau dengan Farihan ni dah kena maki carut dah nasib baik dengan Jeeb, cool je. Finally jumpa public phone dalam mall tu jugak, tersorok sikit. Dapat call Angah, barulah lega sikit hati.

In 10 minutes, Angah dah sampai. Sementara tunggu dia tadi sempatlah mencuci mata dengan gelagat anak muda Singapura. Rupanya kata Angah, panggung itulah satu-satunya yang beroperasi selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu, so crowd dia memang anak muda yang tak reti tido malam. Hebat.

On the way sempatlah bersembang dengan Angah macam-macam tapi mostly pasal kawan-kawan lama. Biasalah lama tak jumpa, dia pulak jauh ke selatan, banyaklah update aku kena bagi.

Sampai rumah cik Yus, dia tolong bukakan pintu walaupun matanya sendiri tak boleh buka. Nasib baiklah dia ni sporting terbaik punya, kalau tak sure dah kena bebel. Badan aku dah letih terketar-ketar, so apalagi, solat, tido terus. Nanti nak bangun awal pulak sebab bas dari JB kul 10am.

Kul 7am kitaorang dah bangun. Aku seperti biasa akan nervous takut terlepas bas. Cik Yus dengan husband plan nak hantar kitaorang sampai JB dengan keta. Kitaorang OK je tapi husband dia pulak cari passport tak jumpa-jumpa so terpaksalah hantar sampai Imigresen je.

Everything was smooth at the immigration. Walaupun kitaorang blur tapi seperti hari sebelumnya, tetaplah muka maintain confident. Ikut je orang ramai. Ramai jugak yang masuk ke Malaysia sama-sama kitaorang. Bas pun penuh sampai kitaorang terpaksa berdiri. Nasib baik kitaorang neh gagah perkasa, apalah sangat nak berdiri sambil menyeberangi tambak. Bukan macam some pendatang asing tuh, muka berlagak je duduk tak bagi kerusi pada orang yang lebih memerlukan.

OMG, jalan sesak pulak, nasib baik ada lorong bas. Aku ni tak boleh berdiri lama-lama dalam public transport, harus rasa nak pitam berpinar-pinar kepala otak.

Sesak kejap masa nak masuk Malaysia. Dalam bas terhenjut-henjut tuh, sempat lagi Jeeb menunjuk ke luar, ke arah pantai Johor. Azab ye kekotorannya. Sangat berbeza dengan pemandangan yang kitaorang lihat beberapa minit yang lalu.

“we are back home,” kata aku lepas tengok pemandangan itu. Jeeb senyum and menambah “It’s good to be back in our tanahair, literally.”

Walaupun pergi sehari semalam je tapi rasa macam berhari-hari. Kepuasan dapat kembali semula ke Malaysia tu tak terhingga rasanya. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.

This trip walaupun short tapi seronok. Thank you to all, Cik Yus & family and Angah for the hospitality. Nanti kami datang lagi.

Thursday, July 22, 2010

Uda dan Dara di Istana Budaya

Oh, saya perlu hentikan sebentar cerita perjalanan pendek Singapura, nanti saya sambung semula sebabnya sekarang ini saya mahu bercerita mengenai teater muzikal Uda dan Dara yang baru sahaja tamat pementasannya di Istana Budaya (IB)

Sebelum itu, soalan trivia: Mengapakah semua teater di IB adalah teater muzikal?

Saya menonton teater Uda dan Dara pada malam terakhir pementasannya. Hati memang bergejolak bernafsu nafsi untuk menonton teater ini sejak mengetahui yang ia akan dipentaskan. Antara sebabnya kerana ia karya Arwah Usman Awang dan saya tidak pernah menontonnya, juga kerana Misha Omar (MO) berlakon. Saya tahu, lakonan MO takdelah hebat mana tapi saya minat dia...

Kebetulan mak saya yang pernah menonton cerita ini di TV, lakonan Rahim Razali (RR) dan Norlelawati pada zaman TV hitam putih (ke TV rumah mak aku hitam putih tapi orang lain dah kaler? takpelah, yang penting, dah lama dulu).

Jadi, tak boleh tidak, saya dapatkan juga tiket malam terakhir Uda dan Dara. Ramai rakan yang skeptikal dengan pementasan ini dan saya pula tak membaca ulasan-ulasan di akhbar yang katanya sangat berpuas hati dengan pementasan ini tapi saya teruskan juga niat di hati.

Di awal cerita Utih lakonan Rosdeen Suboh (RS) bersama seorang penggesek biola yang buta. Vokal pentas RS sangat hebat, saya rasa sepatutnya dia tidak diberikan mic atau, volume suara itu dikurangkan. Kelantangan itu mencapai ke tahap menyakitkan telinga. Ia seperti menonton sebuah konsert.

Lakonan secara keseluruhann sangat biasa kecuali RS. MO, saya tidak faham mengapa watak Dara dilakonkan seolah-olah Dara itu sangat gedik dan gatal. Lantas membuat saya terfikir, adakah ini setting sebenar Uda dan Dara?

Dari segi kostum, kelihatannya setting cerita ini seperti sebuah purbawara. Namun saya rasa walau segedik mana seorang anak dara pada zaman itu, ia tetap berbeza dan tidak segedik anak dara zaman ini. Tapi Dara yang dibawa MO sangat gedik, sangat, sangat gedik.

Sepengetahuan saya, Dara adalah watak yang sopan dan penuh adab. Mak saya pun kata Norlelawati membawakan watak itu sungguh lembut, sopan dan penuh ciri gadis Melayu.

Sudahlah gedik, dating dalam hutan!!

Macam mana orang zaman itu berani dating dalam hutan?? Bukankah bertemu lelaki dan perempuan itu pun susah dan dilarang. Hubungan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim sangat dikawal ketat.

Dating satu hal, tiba-tiba ada babak romen sebelum nikah. Eh, macam mana tu? Saya faham itu mungkin sekadar simbolik cinta yang sangat dalam dan tulus tetapi gerak-gerak yang mereka lakukan itu sangat melambangkan dua orang yang sedang berasmara. Saya rasa babak ini sangat tidak perlu.

Pada kala ini, saya dah berkira nak balik tapi sebab datang dengan Mak, saya tahankan niat.

Itu tiga masalah besar yang saya nampak pada pementasan ini. Secara keseluruhannya, tempo pementasan perlahan dan klimaks cerita pun tidak mencapai tahap kepuasan. Pendek kata, boringlah. Tiga empat kali saya tertidur.

Tidak ada sebarang perkara menarik yang positif yang boleh saya kongsi, harap maaf.

Seperti kata seorang sahabat, saya mengharapkan lebih kerana pengarahnya Rahim Razali. Entahlah, saya juga begitu tapi apa boleh buat, layan saja.

*ada pulak seorang Profesor Madya dari USM gigih ambil gambar semasa pementasan sedang berlangsung. Tak ada etika langsung, walaupun dah ditegur tapi tetap juga ambil gambar.

Thursday, July 15, 2010

"Singapore is a small town, with expensive infrastructure," kata Alfian Saat

this way to jalan ampas

inilah dia Studio Jalan Ampas....ingatkan boleh audition citer P.Ramlee



i loike

memang subjeknya kat belakang so yang depan digelapkan


Takashimaya

dah jodoh

pose dalam keta

inilah hotel & casino entah apa ke namanya

night view of the empangan


Monday, July 12, 2010

Perjalanan pendek ..... Singapura (cont.)

We parked at Takashimaya. Finally dapat juga aku menjejakkan kaki ke shopping mall kegemaran bini PCK haha besar juga dan dalamnya sedang rancak jualan murah. Takdelah murah mana, Jeeb dengan aku pun takde plan nak beli apa-apa so just look see look see oni.

Kekdah tetiba Jeeb nak beli key-chain souvenir I visit Singapore kat sini. Gigihlah cousin dia tolong mencari. Jeeb adalah seorang yang sangat ting tong OK.
After Takashimaya, we walk along the stretch (quarter je kot) of Orchard Street.

Few youngsters caught our eyes with their fashion. Sangat berani dan sangat bold…sangat terpengaruh.

Orchard Street to me is more planned compared to Bintang Walk. Pedestrian walkway luas dan bersih, walaupun ada trafik yang sedang sibuk tapi tak bising dan tak berasap berhabuk segala. Seronok bergambar sepangjang jalan tu, sangat pelancong OK.

Dah puas bergambar, there was still time before the show start so we head for Marina Bay. Along the way, I was amazed at the casino yang binaan arkiteknya sangat cantik dan mengkagumkan. Lupa namanya but it’s a combination of a hotel and casino. Tiga tiangnya adalah hotel dan on top of it adalah casino.

Dalam duk terkagum terdongak-dongak ke langit, ternampak pula ada benda bercahaya di langit. Ingatkan tuju-tuju ke, penanggal ke hehe rupanya layang-layang sedang terbang. OK, laying-layang dan talinya bercahaya ye dan sangat cantik. Pernah tak kau terpikir nak main layang-layang di tengah malam? Mesti tak pernahkan sebab Maghrib je dah kena panggil balik hehe dan kekdah nak main tengah malam, tak nampak layang-layang tuh kat mana nanti, jadi mereka dah inovasikan dengan meletakkan lampu pada layang-layang dan talinya. Jadi cantik pula.

So this was at Marina Bay. Tak ramai orang, just nice. Angin pun sedap je. Cik Wahab kata the place use to be deep ocean. Gila jauh diaorang tambak, nasib baik ada sempadan perairan kalau tak, harus dia tambak jadi besar macam Australia hehe

Nothing much to see dekat Marina Bay but the night view is nice. The building itself is very nice and unik. I remember the first time I saw the building was dalam Amazing Race. Nampak biasa je dalam TV, bila dah depan mata baru perasan architecturenya. Dan ia adalah sebuah empangan. Kelas empangankan, design mengalahkan convention center.

Time ni dah nak tengah malam. Show start at 1215am dan mata aku dah pedih-pedih tak boleh buka. Macam mana nak menonton kejap lagi? Demi SATC kena gagahkan jua.

to be continued...

Friday, July 09, 2010

Perjalanan pendek ..... Singapura (cont.)

About 3 minutes Cik Yus came with her niece, Aleysha (betul ke eja, tatau) and bawak kitaorang pergi makan lunch. Dah petang time ni dan sangat lapar ye tuan tuan dan puan puan. I had Mee Bakso Jakarta (kannnnn!!!) and Jeeb had some Korean food (kaaannnnn!!!)

After lunch terus balik rumah Cik Yus, fetch by her husband Cik Wahab at Woodlands.
OMG Woodlands is so nice. So so nice. It’s clean, quiet, and peaceful and I am falling in love with the place. Rasa nak pindah terus ke Woodlands.

Sangat-sangat bersih dan aman damai yer tuan tuan dan puan puan. It does remind us of Putrajaya but this is more terancang. Putrajaya tuh diaorang terlupa nak built parking lot pada setiap apartment. Sini, ada night parking lagi untuk setiap unit.

Did I said the area is clean? I bet my ex-boss would love this place too.

Oklah, enoughlah about the cleanliness. So, we lepak-lepak sekejap and solat whatnot at Cik Yus place then off to Jeeb’s Tok Busu place pulak, still in Woodlands – bapak besar Woodlands neh.

Sembang-sembang, makan nasi ayam and layan Uncle yang so the very peramah, which is so great, kejap je aku dah rasa macam dengan keluarga sendiri. Thank you to them all.

Then off to Orchard Road pergi havoc or happenning. Cik Yus was so excited about shopping dekat Mango yang 50% discount – owh, did I say it was GSS now? Tapi kitaorang suh dia sabar sebab we want to make a stop at Jalan Ampas.

OMG, Jalan Ampas. Tinggal sebahagian kecil je studio tu yang masih berdiri teguh. Itupun, kawasan itu dipagar. Boleh intai sikit ikut celah pintu dia untuk lihat apa yang ada di dalam. Dengan bantuan Cik Wahab, aku boleh bayangkan scene dalam Seniman Bujang Lapok time the three bujang lapok datang audition.

We saw Jalan Dusun too, which in the 50s was Kampung Dusun. Alah, rumahnya si Sarip Dol Samseng Kampung Dusun tuh. Sekarang tak nampak kampung dah.

Hmm…what a shamekan a heritage been left deteriorate like that.

Then we saw Hospital Kandang Kerbau. Yes, it is name as such so if you were born there, you have to tell people that you were born in Kandang Kerbau. Apparently, the hospital’s fame was not merely due to its name but as per Cik Yus, back then, Hospital Kandang Kerbau was the one and only public hospital available in Singapore, sekarang dah banyaklah.

Orchard Road was busy and happenning with a gig yang penuh orang and this gig is like tepi jalan sangat OK. Kalau kat KL dah tentu penuh keta parking kat tepi jalan. Di sini, konsert berjalan seperti biasa dan lalulintas juga berjalan seperti biasa, tak perlu barricade segala.

to be continued...

Tuesday, July 06, 2010

Singapura...perjalanan pendek (continue)

Cont’d…

Fari dan Angah dah cerita macam mana the perjalanan should be. Nak naik bas apa, nak naik kat mana, turun kat mana, everything. Aku dengan Jeeb angguk-angguk, ye kan aje.

Sampai Larkin, atas nasihat Cik Yus, auntie si Jeeb, kitaorang amek bas 170 ke Singapura. Masuk dalam bas, kitaorang rasa sangat tourist OK haha with our bags and shorts, nasib baik aku tak pakai topi jala aku tuh kalau tidak ….

First stop Malaysian Immigration. Menonong je dua-dua orang buat muka konfiden and baca signage sana sini.

Selesai, kitaorang ikut ada pasangan pakcik dan makcik ni sebab kitaorang tak tahu nak menghala ke mana. Nampak bas yang kitaorang naik tadi dah blah. Aku confident cakap dengan Jeeb, kita naik bas lain je, tiket tadi kan dah bayar sampai Queen St.

Naik je bas, kena maki, ambik kau!!! Haha sebabnya tak bayar tiket. Gigih nak membuktikan tiket dah bayar tapi cari-cari tiket tak jumpa, ambik kau, bayar lagi sorang seringgit.

Duit kecik pulak takde, Jeeb terus mintak tukar dengan makcik yang kitaorang follow tadi. Makcik tuh terus jadi overly peramah pulak katanya so bersembanglah kitaorang dengan makcik tuh sampai ke the next stop, Singapore Immigration.

Sekali lagi dengan konfiden terus kitaorang menyerang kaunter imigresen only to be turn back sebab tak isi borang putih haha selalu dalam kapal terbang dia bagitau, apasal dalam bas tak bagitau? Matilar nak menyalahkan orang lain. So, kitaorang pun isilah, Jeeb siap jadi cikgu pulak pada sorang Indian from India neh, konfiden je padahal dia pun main belasah je isi form tuh.

Lepas setel, Jeeb kata kitaorang kena naik bas 905 ke Woodlands interchange. So mencangaklah cari bas 905, kat mana tatau. Cari-cari tak jumpa, yang ada 950. Terus tanya kat staf kat situ, confirm, Jeeb salah dengar, memang 950 bukan 905. Kejilah kau Jeeb!! 905 pergi Beijinglah.

Bila bas bergerak, Jeeb tunjuk something kat aku. Ada sampah kat tepi jalan katanya. Sempat lagi cari point nak carut tempat orang kan.

Sampai Woodlands interchange, baru kitaorang perasan, maxis line tak sampai sama dengan kitaorang dan we did not roam earlier. Tepuk dahi. Takpe, cari public phone, to call Cik Yus. Syiling takde tapi itu bukan masalah, beli je cekelat bodo yang rasa macam pelik untuk tukar duit.

Dengan lantang aku bagitau kat Jeeb, kitaorang kat Metro Plaza haha padahal tempat tuh nama Causeway Point. Harus time neh Cik Yus pening dan confuse kitaorang kat mana kekdahnya. Oh, well Jeeb, we have equal share of stupid things done for this trip haha

So call Cik Yus again to confirm that we are at Causeway Point and decide on the place to meet. While waiting for Cik Yus, again Jeeb showed me to a pile of rubbish. Jahat kau kan.

Monday, June 21, 2010

Singapura...perjalanan pendek

Akhirnya aku Berjaya jugak menjejakkan kaki ke seberang tambak – Singapura. It was a short trip. Very very short, dua hari satu malam je. Semua semata-mata mahu menonton the uncensored SATC2.

Ramai juga kawan-kawan yang pelik dengan tujuan aku ke Singapura ke sana semata-mata mahu menonton wayang sedangkan filem yang sama sedang ditayangkan di Malaysia.

Adalah sebabnya. Perlu ke nak mempersoalkan aku?

Anyway, the trip was only me and Jeeb (good friend dari sekolah lagi). Both of us are a big fan of SATC since the series started years back and have been talking about the sequel for like ages.

So, on the early morning of Saturday, 19 June 2010, we woke up with all smiles and make our moves.

First stop, Hentian Putra to park the car. Penuh pulak parking sebab across the road at PWTC some Uni is having its convocation ceremony. So selain daripada kereta yang berlambak, penjual bunga juga berlambak-lambak. What is it with convo and bunga? Lepas seminggu bunga tu kering ok.

From there, we walked to PWTC LRT station and boarded the train to Bukit Jalil.

Perjalanan selesa, tak ramai orang pagi-pagi and once reach there we marched straight to the bus station tapi stop kejap sebab Jeeb nak beli plaster, kakinya dah melecet. Kulit sensitive katanya.

Terminal bas sementara kat Bukit Jalil ni takde bezanya dengan Puduraya dulu.

Kotornya, bisingnya, asapnya, ulatnya…letih nak ignore ulat tuh. Dah kita buat tak tahu tuh, faham-faham jelah, ini tak lagi di ikutnya kita. RIMASSSSSSS.

Kitaorang awal. Bas lagi setengah jam baru nak gerak. Perut lapar, makan dulu. Makan memang tak sedap, just mengalas perut je.

So this time aku masih setia dengan Maraliner. Lagipun boleh beli online and pay by card. Senang cerita. Kalau datang sini beli tiket harus aku stress nak melayan ulat-ulat tuh. Bas Maraliner pun best, selesa, tak laju sangat, tak pelan sangat, just nice.

Tapi bas rosak tengah jalan lepas Batu Pahat. Tak tahu rosak apa, cuma ada kedengaran bunyi macam bunyi alarm yang menjengkelkan. Pemandu bas pun tak tahu apa yang jadi, sibuk dia telefon sana sini mintak tolong tapi takde sapa yang faham situasi dia dan tahu macam mana nak tolong.

Selepas beberapa kali start mati start mati enjin tuh, bunyi pun hilang. Alah, macam masa PC korang hanged, kan korang tutup switch pastu on balik dan segala masalah pun selesai.

Aku contact Angah, tauke panggung yang dah janji nak bagi tiket free kat aku. Dia kata tiket dah book tapi untuk show 20 haribulan. Kecut perut aku dengar, terus aku betulkan. Aku nak menonton 19hb malam, bukan 20hb, 20hb aku dah ada kat KL.
Perempuan itu memang ting tong tapi sebab dia tauke panggung, senang hati je dia tukarkan. Terima kasih Angah for your hospitality.

to be continued....

Monday, June 07, 2010

The Crucible oleh Amar V. Asyraf

Sebulan sebelum pementasan saya telah diingatkan mengenai pementasan ini. Dalam tempoh sebulan itu juga berulang-ulang kali lagi peringatan diberikan kepada saya. Saya kira produksi ini begitu bersungguh dengan pementasan mereka. Baguslah, dengan ada ‘mukabuku’ konsep pemasaran produksi teater tempatan bergerak beberapa tapak ke hadapan.

Teater The Crucible ini pada asalnya adalah karya Arthur Miller yang berkisar mengenai kes penghakiman terhadap golongan yang mengamalkan sihir di Salem pada tahun 1692. Pementasan kali ini adalah di bawah naugan ASWARA bersempena dengan Penilaian Tahun Akhir (PeTA) pelajar Diploma Seni Teater. Untuk pementasan ini, pelajar yang dinilai adalah pengarahnya – Amar V. Asyraf, sinografer dan dua pelakon utama.

Rugi siapa yang tak pergi tengok.

Masuk ke dewan, pentas sudah bersedia dengan ‘preset’. Sebuah suggestive kisah yang menarik dengan lampu suram dan platform kosong yang hanya dihuni bangku panjang di tengah. Tapi saya tidak suka ‘house music’nya yang terlalu moden. Pada saya mungkin suasana hingar di dalam mahkamah sebelum ketibaan tuan hakim akan lebih menarik. Dengan kedudukan pentas arena, akan terasa seperti kita menghadiri sebuah kes yang besar.

Buah mula yang agak bertenaga dan keras tapi tak faham biji butir yang diucapkan. Saya berdoa agar dua pelakon yang sedang kecoh di atas pentas itu tidak dinilai tapi malang sekali mereka berdua dinilai. Saya suka tenaganya dan lakonannya tapi pengucapan mereka menggagalkan babak pertama, buah mula yang sangat berharga. Jadi saya cuma fokus pada pergerakan mereka atas pentas sebab ia sangat menarik. Koreografi yang segar dan ‘sharp’, seiring dengan tenaga. Lantas, sedikit sebanyak ia mengekalkan tempo cerita ini.

Bermula dari sini, saya menghadapi masalah memahami jalan cerita kerana dua pelakon ini yang sentiasa berdialog macam keretapi laju Jepun. Lajunya kalau ada speed trap mesti kantoi. Ditambah pula mereka berdua bertukar-tukar watak. Semua watak kelihatan sama kecuali beberapa ketika sahaja tapi itupun ia tidak konsisten.

Masuk John Practor, ah, pada mulanya saya suka tapi kemudian cakapnya menjadi meleret dan monotone. Marah macam tu, sedih macam tu, bingung macam tu, sama je. Saya terfikir, semasa dia mengucapkan dialog itu, dia sedar tidak dia berada di babak mana? Pada satu babak dalam mahkamah, dia bercakap seolah-olah dia berada di pantai sedang menikmati cuti musim panas. Dua tiga kali saya hampir terlelap semasa dia berdialog.

Saya suka tuan hakim. Jelas pengucapannya dan sentiasa menyelamatkan tempo. Senang cerita, secara keseluruhannya, lakonan mereka bagus cuma pengucapan dialog yang mencacatkan.

Ketiga-tiga pelakon mempunyai bakat yang tersendiri tetapi penyesuaian watak dengan cerita itu nampaknya tidak kena. Atau mungkin terjemahan watak itu yang tak kena. Konsep seorang pelakon membawakan lebih dari satu watak adalah satu tindakan berani tetapi pada saya ia terlalu berisiko untuk sebuah pementasan yang dinilai. Ini kerana untuk sebuah pementasan yang dinilai, segala benda dari sekecil hingga ke sebesar mana pun akan dilihat dan ditafsir. Hatta, kesilapan memakai tutup kepala juga boleh menyebabkan markah berkurang.

Cukuplah pada pelakon, rasanya dengan lebih pementasan, mereka akan lebih berpengalaman dan muncul sebagai pelapis seni teater Negara suatu hari nanti.

Pengarahan dan Sinografi untuk sebuah pementasan bertaraf pelajar Diploma, saya kira karya mereka kali ini adalah sangat bagus dan menlangkaui jangkaan. Saya pernah menyaksikan karya pengarah ini beberapa bulan lepas dan saya terpikat dengan gaya pengarahannya. Kali ini saya sudah dapat melihat ‘signature’ karyanya dan saya kira ia sangat segar untuk khalayak teater Malaysia. Pada saya, pengarah dan sinografer sudah bersedia untuk memasarkan produk mereka di luar kampus.

Pengarahan saya lihat kurang kecacatannya malah boleh dikatakan pengarah dan sinografer sangat teliti dalam memastikan nilai artistik pementasan ini dapat membantu jalan cerita. Ada beberapa babak yang agak pelik bila lakonan berlaku dalam gelap, sama ada itu masalah teknikal atau memang dirancang sebegitu, entahlah. Kalau dirancang, boleh juga saya katakan ia telah membuat saya mentafsir sesuatu.

Cuma pengarah perlu lebih sensitif dalam aspek lakonan. Ini kerana, pengarah juga ada tanggungjawabnya dalam memastikan pelakon dapat membawakan watak dengan berkesan dan tidak hilang arah. Hanya pelakon yang benar-benar bersedia sahaja yang wajar kita berikan tanggungjawab menggalas lebih daripada satu watak.
Ini cubaan yang baik. Terkejut juga bila mula mengetahui naskah yang dipilih.

Namun produksi ini telah membuktikan yang tidak ada perkara mustahil, mahu seribu daya, seribu upaya. Secara keseluruhannya, produksi ini saya kira memberikan harapan kepada seni teater di Malaysia, andai kata diberi peluang lagi, saya kira para pelakon itu boleh memperbaiki lakonan mereka. Mungkin pengarah mahu mementaskan karya ini dengan lengkap di masa depan?

Monday, April 26, 2010

Mak Yong Sindo

It was a production by second year students. It was an adaptation of our all time favourite fairy tale – Cinderella (who was convert to Malay and be known as Sindo). This part, I figure it out myself, correct me if I am wrong but Sindo and Cinderella does has it similarities.

I’ve decided to try this Mak Yong performance once I heard the title. I tried to recall some Mak Yong pieces that I have come across but Sindo seems rather not familiar. It must be some story that I never heard of because of my ignorance, or so I figured.

My friend read the brochure, and she goes;

“Macam cerita Cinderella”

What the heck, it does not bother me, it would be interesting I said.

Interesting indeed.

They start just slightly off 8.30 pm as expected – bagus sikitlah dari IB – but since I entered early, it was rather a boring wait.

The stage was divided into three section. Two sections on a platform, one occupied by the musician and another, were for the chorus – tak pernah tengok konsep ada korus neh – and then, there is the main arena.

Show start. Mengadap rebab was lovely. I had goose bumps. Pok Yong was excellent. I love her voice though I don’t really quite understand the language but it was clear. The dance was excuisite. Lembut, sharp not perfect but getting there. Then I saw this one dancer who was very much on her on world. Pemalasnya!!! Tangan orang lain dah turun, tangan dia baru nak turun. Orang lain dah berkalih duduk, dia baru nak angkat punggung. Kaki tak bend langsung OK!!! How can you dance Mak Yong and not bending your knees? The worse, muka dia takde perasaan dari awal sampai ke sudah. Macam model wannabe dalam ANTM je expression dia. This is what we call, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

The show moves on. Comes in Peran. I love Peran’s scene. Funny, witty and some players can be very creative and cynical in their jokes. This two Peran, there was nothing special, there were just funny. At times, Peran Tua forget his dialog and the fact that he is supposed to ‘kecek kelate’. It was funny but I rather laughed at a good well plan joke than a coincidently happen and embarrassing one. Forgivenlah this kind of thing, pelakon mana yang perfect tiap kali show kan. Kudos to Peran Muda who control the game very well from start till end. That love bite idea, was childish but fresh and a good one.

I don’t understand Mak Tiri Sindo and Sindo herself. Mak Tiri Sindo was shouting at the top of her lung from start till end. Even when she was already meroyan in the final scene, she still shouts. Susahnya nak faham apa dia cakap. Does being mean means you have to jerit sekuat hati kau? Sindo, we know dia bernasib malang but menangis je dari awal sampai ke sudah. Aku dari kesian jadi meluat. Can some colours be added to the character? Of course one could do so right.

The scene with orang kampong, I said it’s either was not rehearsed or just plainly a bad direction and choreography. Merata-rata, disorganized, serabut, pening kepala tengok. Especially the dancing class scene. Dah la semua orang berebut nak buat lawak, it seems like everybody tried to catch their 5 minutes fame. Yes, komedi akan tarik minat penonton and yes it works but when it’s too much, it’s just too much.

As I mention earlier, there was this platform for the chorus. At first I thought it was a great idea to have the platform and the chorus but then the chorus and some of them in jeans and t-shirt keep coming in and out, in and out throughout the performance, I started to find this part of the play such nuisance. Aduyai, ada yang bersembang-sembang lagi. Now, I can understand if they sit there as a chorus and when their scene came, they get up and stand-by backstage tapi ini ada jugak yang masuk sembang-sembang, keluar. Selang seminit masuk balik, nyanyi selagu, keluar, kejap lagi masuk balik. What a distraction.

And talking about distraction, aduyai, I got the C block seat, very the depan arena. Mula-mula seronok sebab boleh nampak muka and gesture pelakon sebijik-sebijik tapi semua itu berakhir sebaik persembahan bermula. People just masuk, keluar, masuk, keluar. I am not sure this people are audience or part of the production team but they surely cannot seat tight. To make matter worse, everytime someone moves, the seats bergegar – irritating and disturbing sangat. When you study performing arts, don’t you also learn the hall etiquette?

Then it comes to my mind, they are second year students, this is a Mak Yong piece dengan suntikan cerita moden, why be hard on them. It was a good effort to perform this to the public. At least they will become better in the future. Some even have shown good acting skills if not excellent. I personally kagum dengan Peran Muda, Raja cum Pok Yong, the musicians and Raja Muda (except the part dia marah Mak Tiri Sindo) the rest, no they did not failed, they are just on the right track of learning.


CONGRATULATIONS!!!! :D


*I saw the show on the second night.

Thursday, April 22, 2010

MC yang kau tak aderrrrrrrr...

I was on sick leaves, or in our local term it is what we call, MC. Bukan sehari, tapi 7 hari yer tuan-tuan dan puan-puan.

Kau ader??

7 hari sebab I was diagnose positively having Influenza A.

Sekali lagi kau aderrrr???? Ader Influenza A?? ada??

Nan-ado katanya he he

Yes, I was diagnosed with ILI but it was not yet H1N1. Sekarang dah OK pun. Demam cuma 2 hari dan yang selebihnya berehat di rumah. Kena kuarantin kata doctor, dia tak bagi keluar, kalau keluar nanti kena saman (part ni aku tambah).

Berehat di rumah adalah acara yang paling best. I have to berehat like berehat-rehat, senangkan? Agak susah jugaklah sebab walaupun demam dah kebah, badan masih lemah dan ada satu hari tu, aku jadi emo tak tentu pasal. Bukan emo nak marah orang tapi emo nak sedih dengan segala satu benda. Tetiber je terpikir kalau aku mati sapa nak jaga family, kesian kat kawan-kawan sebab kalau aku mati diaorang tak dapat dah dengar lawak jenaka aku. Tengok berita kat TV pun boleh rasa nak nangis and the paling best is rasa nak bunuh diri.

Kannnnnnnnnnnnnnn…………ini bukan rekaan tau, memang aku dilanda perasaan emo itu pada satu hari tuh. Nasib baik satu hari je, the next day aku dah OK. Gila kau, tak boleh tido, tak lalu makan..yelah asik teringat mati je. Mengingati mati tu bagus tapi kalau dah itu je yang asik kita fikirkan, tak jadi jugak bai.

I try to remember mana aku dapat virus ni tapi entahlah takde pulak ingat sesapa yang ada bersin or batuk kat depan muka aku. Oh, well! Dah kena pun.
Duduk kat rumah, ulang suara DUDUK SAJER kat rumah memang best. Dah lama sangat aku tak dapat rehat yang cukup. Asyik keluar pagi and balik matahari dah terbenam, gelap je. Sabtu and ahad pun kerja. Akibatnya inilah….7 hari MC ha ha

Memang rehat yang paling best. Finally aku tak rasa lenguh bahu dan sakit pinggang lagi. Keta pun dua tiga hari aku biar tak dipanaskan. Memang aku betul-betul rehat, Cuma busy update facebook through phone je he he sampai orang pun pelik, kata sakit tapi update and mencarut-carut kat facebook. Well, nak buat apa lagi, nak tengok TV dah tak larat tukar siaran dah.

Kena pulak bila cuti panjang macam ni takde pulak kerja yang pending dekat office, so takdelah orang-orang office nak call kau ha ha aman damai sihat bergembira aku duduk kat rumah – OK tak sihat tapi still gembira yer…

Sekarang ada la serba sedikit batuk-batuk berkahak tapi aku rasa normal dah. First day balik kerja tuh macam kelakar sikit sebab semua orang takut dengan aku ha ha pembawa katanya dan aku pulak sebab dah lama sangat DUDUK SAJER, bila balik office kena berjalan ke sana kemari dah mula rasa mengah ha ha oh, well! Ini satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Hari ni kembali meng’usher’ yessss!!!!

Monday, April 12, 2010

Mengapa kita diseksa??

sapalah yang cipta lagu dan lirik ni?



ada pulak tu yang minat. aku tak faham langsung konsep seni yang cuba diketengahkan.

industri..industri..jangan cakap pasal industri *pinjam kata-kata Zahiril Adzim

Friday, April 09, 2010

Akak, kiraaaaaaaa!!!!!!

Agak kelakar kalau kau perhatikan harga makanan yang ada di pasaran sekarang dan reaksi kita sebagai pengguna terhadap harga-harga ini.

Kenapa bila kita ke Starbuck, Coffee Bean atau cafe yang sewaktu dengannya kita senang lenang je bayar RM10 - RM15 untuk segelas kopi tapi kita berkira bila mamak charge RM1.50 untuk segelas kopi ais. Kopi juga kan?

Kenapa bila kita tengok hidangan berasaskan nasi yang mencecah harga RM10 kita kata mahal sedangkan kalau dengan RM10 kita baru dapat set burger yang gitu-gitu je kat Mekdi dan set ayam juga yang gitu-gitu kat KFC. Yang memang tak akan buat kita kenyang.

hmmmmmm.........

Monday, April 05, 2010

KAWENNNN????? errrrrrrr....

Aku dah bosan. Malas nak siapkan kerja.

Tajuk itu adalah soalan cepu cemas yang sangat femes. Especially bila kau dah masuk usia lanjut ikut budaya kaulahkan. Sebab kalau kau duduk di New York atau London malah Milan sekali pun, di usia 40 dan kau masih single, takde sapa yang peduli tapi kalau budaya Malaysia, umur 25 dan kau tak kawen lagi, kau sudah masuk statistik terlajak yer.

Aku tak cakap pasal orang lain, aku cakap pasal diri sendiri.

Dah bertahun-tahun aku dapat soalan yang sama. Dah macam-macam jawapan aku bagi tapi orang tak pernah puas lalu mereka terus-terusan bertanya dan menekan. Takpelah aku layankan aje, lagipun yang tanya tuh, kawan-kawan, sedara mara dan selalunya yang lebih tua dari aku jadi nak kena hormatlah bila menjawab walaupun dalam hati menyirap je.

ini kazen aku, tengok tuh pink karer, rilek je!!

Menyirap bukan apa, sebab dah tak ada soalan lain ke? Bila aku jawab lebih kurang tahu pulak sentap. Sekarang tanya bila nak kawen. Bila kau dah kawen, tanya pulak bila nak dapat anak. Bila dah dapat anak, tanya pulak bila nak tambah anak. Bila kau dah tambah dan tambah dan tambah anak, tanya pulak bila kita nak start perancangan keluarga hehehe kalau anak dah berderet macam keretapi mel malam baru nak merancang baik tak payah..

Masyarakat kita ni ada je nak sibuk hal orangkan, cuba kalau nak tanya tu, disusuli dengan cadangan. Contohnya macam ni;

"bila kau nak kawen?"
"ntoh"
"aku ada calon untuk kau"

Ha, part cadangan calon tuh best tapi bagilah calon yang bersesuaian sikit haha aku dapat beberapa cadangan tapi semua terpaksa ditepis dengan hormat.

Bukan memilih, tak memilih pun tapi kalau dah ketara sangat tidak ada ciri-ciri yang boleh membahagiakan keluarga kami, baik aku reject awal-awal sebelum pening di kemudian hari haha

Aku tak memilih, serius!!! ha ha janji rajin masak sudah sebab aku suka makan kat rumah. Kalau dah kawen pun nak makan kat kedai, baik aku hidup membujang, at least selain daripada bertukar-tukar kedai, aku juga boleh bertukar-tukar teman untuk ke kedai ha ha selain tu, kenalah tahan dengan mak aku yang garang ittew ha ha itu je ciri utama yang aku tak jumpa lagi..InsyaAllah nanti jumpalah.

Selain daripada itu, kewangan aku pun baru nak kembali bernafas. Aku tak faham sesetengah tu, takde duit pun main belasah je kawen. Mak bapak siap support lagi, sedara mara sponsor itu ini tapi lepas kawen takde harta. Baru nak bernafas, terberanak pulak, tambah lagi hutang....ish, negatif sangat aku ni kan ha ha

Aku nak financial aku strong dulu. Kalau tak very-very strong pun, at least tak menyusahkan bakal bini dan anak-anak aku. Tapi orang kata nanti lepas kawen rezeki bertambah. Rezeki binilah, rezeki anaklah...betul ke?

Buat masa ini, realitinya aku memikirkan soal kawen tapi itu bukanlah prioriti dalam hidup aku. Usaha itu ada dan selebihnya aku serahkan kepada Yang Maha Esa.

Kalau kauorang ada calon untuk aku bagitahulah ha ha sebab mak aku dah tanya;

"Sampai bila aku nak basuh baju kau?"

Monday, March 29, 2010

the colour of men

Dalam dunia ni ada banyak warna. Masa sekolah dulu, kita dikenalkan dengan pensel warna. Korang ingat tak betapa kagumnya kita pada masa itu kalaer dapat pensel warna (kaler warna aku panggil). Habis semua kita kaler kecuali buku kaler dan buku sambung-sambung titik tuh.

Masa tuh yang femes adalah kaler LUNA sebab dia mahal. Tapi kita yang dari golongan berpendapatan sederhana neh, yang mak bapak cuma kerani kerajaan, cukuplah dengan kaler warna brand apa pun tak kisah, janji boleh kaler.

Jadi mak bapak kita pun belilah kaler warna yang kontot tuh, sebab murah. Kita pun bawak pergi sekolah dengan bangga. Dekat sekolah bila menyeringai senyum kita sambil keluarkan kaler warna itu dari beg dan meletakkannya atas meja, kawan kita yang rumah dia lagi besar dari kita bawak keluar kaler warna LUNA. Bukan yang kontot tapi yang panjang. 12 batang tak cukup dik, 24 batang semuanya!!!! Kuning ada macam-macam kuning, hijau ada macam-macam hijau, pendek kata kaler malerlah sangat kaler warna dia tuh.

Terus kaler warna takde brand kita yang kontot 12 batang tuh nampak macam hina je.

Tapi aku tak nak cerita pasal kaler warna ha ha dah separuh muka baru masuk topik.

Hari tuh kawan aku bagitahu. Tunang dia kata putih itu warna salju. Putih itu melambangkan kesucian. Sebab itu dia suka warna putih. Sekarang pun dia kerja di persekitaran yang putih-putih saja.

Tunangannya tambah lagi, warna merah jambu itu (atau lebih manja dikenali sebagai PINK) adalah warna orang perempuan, bukan warna orang lelaki. Orang lelaki tak sesuai memakai warna PINK nanti boleh diragui kejantanannya.

Aku kata "WTF"

Kau pakailah apa warna yang kau suka pun, ia tidak melambangkan apa pun sebenarnya. Pada aku lelaki yang memakai warna PINK yang telah distereotypekan sebagai warna keperempuanan itu adalah lelaki yang berani kerana dia bertindak melawan norma biasa.

Orang yang berfikiran cetek saja yang mengklasifikasikan orang lain berdasarkan warna pakaian.

Jadi hari ini aku berpakaian hitam, aku jantan..esok aku berpakaian PINK, aku tidak jantan, lusa aku berpakaian rainbow kaler, macam mana pulak?

Zaman berlalu, manusia berubah. Tuntutan fesyen juga berubah. Tak perlu lagi kita terkongkong dengan idealisma yang menekan, yang sudah terkebelakang. Semua orang berevolusi tetapi kenapa tidak kamu??

*aku bangga dengan kaler warna takde brand 12 batang yang kontot itu. Kau mampu?

Sunday, January 03, 2010

Cuti di hujung tahun

Sekarang aku tengah cuti sebab tu tiba-tiba aku update blog ni ha ha

Aku cuti duk kat rumah je tak ke mana-mana. Malas dan takde duit sebenarnya. Seronok duduk rumah je. Bangun tido tengah hari ha ha

Aku pergi juga jalan-jalan shopping complex. Yelah takkan nak duduk berkulat dalam rumah je kan, nak gak menghirup udara segar sambil bersantai.

Tapi ramai gila umat di shopping complex yang aku pergi. Di OU, di Midvalley, di Curve, di KLCC....apa diaorang pun cuti jugak ke????

Tak puas hati betul!!!

Thursday, December 31, 2009

Selamat Malam

Selamat Malam.

Kepada pemandu-pemandu bas, jangan terlelap.

Bukan nak buat 'joke' yang kurang ajar, juga bukan mahu menunjuk pandai, sekadar berkongsi rasa.

Takziah untuk keluarga mangsa juga keluarga pemandu bas yang didakwa memandu melulu dan yang mendakwa dirinya terlelap.

Baguslah, belum masuk mahkamah lagi dia dah mengaku silapnya dan dia tidak menunding jari pada orang lain, macam yang selalu-selalu orang Malaysia buat. Dia tahu kesan pada tindakannya itu tapi dia mengaku salah juga.

Tapi ada juga yang tak puas hati.

Semalam aku tengok berita. Awani rasanya. Dua keluarga mangsa ditemuramah. Satu keluarga tuh, marah sangat, kecewa sangat, tak puas hati sangat. Katanya pampasan tuh tak boleh membayar harga dua anaknya yang mati. Wakil keluarga ni pakai kepiah putih. Satu keluarga lagi, tenang je bila ditemuramah wartawan. Boleh dengar sebak dia tuh tapi masih dia cuba mengawal emosi. Bila ditanya tak nak bawak ke mahkamah ke? Dia kata tengoklah dulu - tak berbunyi kesungguhan pun. Dia kata benda dah jadi, dia terima sebagai takdir. Kalau menang di mahkamah pun, anak dia yang dua orang tuh tetap mati. Wakil keluarga ni, semasa di temuramah, belakang dia ada tempat sembahyang dengan beberapa batang colok.

Menteri kata, gantung operasi syarikat tuh hingga habis siasatan. Pengarah LPKP kata tak boleh, nanti beribu orang akan kesusahan. Terus sampai hari ni Menteri diam. Kesian dia hehehehehe aku kata janganlah buat macam tu. Tak elok tutup pintu rezeki orang. Syarikat tu pun dah buat macam-macam cara untuk mengelak kemalangan dan ini pun kes yang pertama sejak mereka beroperasi. Banyak lagi syarikat bas lain yang bermasalah, tak nak pulak kau gantung operasinya. Berdasarkan pengalaman peribadi aku, hanya Sani Ekspress dan Maraliner saja bas yang selamat pemanduannya dan pemandunya bersopan. Kalau aku nak ke Pantai Timur, kalau tak dapat tiket Sani atau Maraliner, memang aku cancel naik bas. Taulah jalan raya dan lebuhraya ke Pantai Timur tuh macam mana tapi dengan Sani atau Maraliner, memang rasa selamat. Terkejut sangat aku bila kemalangan ini melibatkan Sani Ekspress.

Macam-macam cadangan keluar. Menteri satu lagi kata, jangan bagi dah bas-bas jalan waktu malam, jalan waktu siang je. Aku pikir, sesaklah lebuhraya dan jalan raya dengan bas-bas di waktu siang nanti. Aku pun suka berjalan malam, naik bas tido, bila jaga dah sampai or terlajak hehe tapi kalau jaga dah kat alam lain cemaneh?? hehehe tapi kenderaan lain boleh ke berjalan malam? Kenderaan lain pemandu dia tak mengantuk ke di waktu malam?

Ada kata struktur bas tak elok dan tak sesuai untuk jalan raya di Malaysia. Struktur keta proton pun sama tak elok hehe dan kalau tak sesuai untuk jalan di Malaysia, sapa yang bagi kebenaran untuk bas dua tingkat beroperasi di Malaysia suatu masa dulu?

Apa-apa pun, malang tidak berbau. Dalam kita berhati-hati di jalanraya, ada orang lain yang tidak berhati-hati. Yang penting, beramalah seperti kita akan mati esok hari. Takziah sekali lagi kepada keluarga mangsa. Semoga Tuhan merahmati mereka yang telah pergi dan memelihara kalian semua sentiasa. Tabahkan hati dan sentiasalah percaya kepada qada' dan qadar yang Esa.

Al-Fatihah.

Tuesday, November 03, 2009

Ampunkan kami penunggu gua

Asik minta ampun je kan...pastu tunggu sebulan baru ada update.

Sekarang busy, takde update. Tunggu sebulan lagi ye.

sementara tuh, anak buah aku nak bagi ceramah politik sikit...



paham ke?

Thursday, September 24, 2009

Adoi sakitnya...adoila! adoi! adoi!

Telinga aku kena jangkitan kuman. Sakitnya tidak terhingga. Macam tidak terhingganya sakit gigi. Pain killer pun tak mampu membunuh rasa sakit itu. Tidur kejap, terjaga! Tidur kejap, jaga! Bila jaga je terasa sakit macam kena cucuk telinga tuh

yang ini bukan telinga aku...sapa punya tatau, sekadar hiasan


Kisahnya dalam telinga aku dah macam garden kata Doktor. Penuh dengan fungal. Bukan sebab tak korek telinga tapi sebab dah terlebih korek sampai luka. Kena pulak suasana lembap dalam telinga tuh kan, jadi inilah yang buat fungal tuh seronok untuk berkampung dalam telinga aku, kata Doktor lagi.


Terima kasihlah pada Dato' Dr. Muhammad Husni b. Ahmad kat Gleanagles Ampang yang tolong sedut fungal-fungal degil dan jahat itu keluar dari telinga aku. Lega dah. Tak sakit dah. Telinga pun sudah kembali boleh mendengar.

Jadi semua, janganlah hanya menjaga kecantikan kulit muka dan keseksian tubuh badan....bahagian tubuh lain sama pentingnya.

Saturday, September 19, 2009

Ucapan Rayer buat anda semmmuaaa...

sentuhanseni ingin mengucapkan SeLamAT hARi RayA, MaAF ZaHIr daN bATin atas segala salah silap, terlanjur kata, tertidak berbudi bahasa, terguris di sini dan sana, dan segala terketelanjuran lain.

Semoga Ramadan yang berlalu telah membawa seribu rahmat dalam hidup kita dan Syawal ini dapat kita raikan kemenangannya. Syukur ke hadrat Illahi dengan izinNya, kita dapat sekali lagi merasa nikmat dua bulan yang mulia ini.

Bagi yang akan memandu untuk pulang ke kampung, untuk menziarahi saudara-mara, untuk bershopping atau untuk apa sahaja tujuan di hati, berhati-hatilah di jalan raya. Kereta yang cantik macam ini...harus kekal dalam bentuknya..


Berilah tumpuan yang sepenuhnya di jalan raya...


Supaya kejadian seperti ini dapat dijauhi...


sentuhanseni doakan semoga kita semua dipelihara dan selamat pergi dan kembali ke destinasi...


Jemputlah beraya rumah kiter...



*sentuhanseni