Thursday, August 28, 2008

He is going for a month leave
Pesan nya:

“Selamat tinggal kengkawan... jangan sedih.. aku cuti sebulan jer...”

Assalamualaikum,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Di kesempatan in saya memohon ampun dan maaf di atas kekasaran tingkah laku dan tutur kata yg pernah dilakukan. Halalkan makan dan minum selama kita bersama. Semoga hidup kita diberkati ALLAH sehingga bertemu RAMADHAN yang MENDATANG!!!

sentuhanseni

Tuesday, August 26, 2008

3 tahun uols!!!

OMG!!!!!

this coming 31st, this blog gonna be 3 years old!!!

how can i tak perasan ha ha

OMG!!! OMG!! OMG!!!

Saturday, August 23, 2008

ha ha coverina sangat

yes yes inilah cara-cara cover yang paling meletop boom boom boom


cuba perati muka misha masa dia tarik part 'kau sungguh kejam' nampak sangat dalam hati tengah kata...alamak sangkut pulak!! Tapi memang tabik spring ar...cover dengan duduk tuh!!

satu lagi cara yang memang Anugerah Academy Award katanya


janganlah ketawa??? aku tengok kau sendiri nak ketawa....wakakaka yang ni pun tabik spring...baru tersembam gedebuak atas stage..dah buleh tarik lagu tinggi-tinggi..catwalk konfiden macam takde apa yang berlaku.

Both happen on the same nite! same performance! one after another ha ha that's what friends are for kan...

Yang dua ini pula coverina yang tak jadi sebab tak reti...kurang pengalaman kot


aiyoooo...what happen apa terjadi?


Azuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuraaaa!!!! Panjang giler....Jamal pun tak mampu nak buat he he nak celen Mus May kot

Both of this also, on the same night, same performance, one after another...

Nak duk atas stage tuh, kena pandai cover dik...jangan tunggu PC baru nak cover..contohilah akak dua orang yang sangat diva ittew!!

Friday, August 15, 2008

Pengalaman Bercuti di Kampung Semasa Cuti Sekolah Yang Lalu-Episod 4

Semalam dah jalan kaki menyusuri George Street hingga ke Harbour Bridge. Hari ini, destinasinya sama tapi kami dah tak nak jalan dah, cukuplah. Kami naik bas yang sangat menepati waktu. Sangat, sangat! Pada jadual yang tertera, bas akan tiba jam 9.35 am dan tepat 9.35 am bas itu terpacul depan mata macam silap mata Mawi. I'm impress...

Perjalanan dengan bas taklah lama sangat, dalam 10 minit je tapi yang tak bestnya bas ni, bila dah sampai destinasi terakhir, takde pulak pilot tuh bagitahu, dia buat diam je. Tourist macam kita ni manalah tahukan, ramah tamah le sikit...kekwat!

First stop is The Rock. Sini pun ada macam fleamarket yang kebanyakkannya gerai-gerai menjual barangan hasil-hasil seni. Di Malaysia ada ke? Selain pasar seni? Di sini ada yang pelik-pelik, yang kita tak pernah terpikir nak buat jual, yang kita tak pernah terpikir kalau jual boleh buat duit tapi memang boleh jual dan boleh buat duit.

Ada satu kedai pancake yang sangat famous dan sangat panjang ok beraturnya, kitaorang tak taste pancake so kitaorang tak berahi nak beratur dalam sejuk-sejuk tuh ha ha

Sedap adik ni makan jagung...
Dari The Rock kami sekali lagi menyelusuri tepian pelabuhan menuju ke terminal feri. Sekarang ni cadangnya nak ke Darling Harbour tapi tak nak naik bas atau train, nak naik feri. On the way snappy-snappy sikit feeling-feeling buat shooting pakaian musim sejuk he he

meletupnya...sapa tue?

Cuaca sangat mencemburui perjalanan kami ha ha geli aku pakai ayat ni. Masa nih hujan renyai-renyai tapi ada 5 orang rakyat Malaysia yang water proof selamba chumel-chumel catwalk dekat harbour tuh tak hiraukan pun hujan, nak rasa sangat angin sejuk Ostolia katanya. Bila hujan dah lebat, kitaorang lepak kejap dekat Museum of Contemporary Art. Rasain, satu family aku dedahkan dengan contempt art ha ha memang diaorang blur masuk sini, tak tahu apa yang sepatutnya diaorang tengok. Ada satu artwork tuh, memang brings a shiver in me, seram je tengok tapi bukan gambar hantu ke jelmol ke macam kat muzium negara tuh, cuma susunan senjata aborigine Ostolia dalam sebuah bilik. Dengan lighting, sounds, dan tajuk artwork the assembly, memang meremang bulu roma, memang kau rasa you are part of the assembly. Gambar takdelah, dalam galery mana buleh amek gambar...keji nak snappy-snappy hasil kerja orang lain!

Bila hujan dah reda sikit (sikit je, tetap gerimis lagi) kitaorang sambung catwalk ke terminal feri and borded a ferry to Darling Harbour. Aku dah tak sanggup menahan sejuk, jeket ZARA dah kurang membantu sekarang ni tapi family members yang lain gigih bergambar kat luar...kulit tebal agaknya.

wah bunda pose neh!! terteleng-teleng pose URTV katanya
sejuk, tak sempat nak cover

sempat cover sebelum kena snappy he he

Di Darling Harbour ni pun banyak juga tarikan dia ada wildlife park, harbour dining outlets, maritime museum, at times ada street theater performance. Maybe because of the rain, so ada satu je performance, itupun sangat gaygeh in other words tak best cuma kadang-kadang ada unsur spontan yang menarik tapi tetap tak best.

Di maritime musuem ada menempatkan sebuah kapal perang dan sebuah kapal selam Angkatan Tentera Laut Australia yang sudah tidak digunakan lagi. Itulah nasibnya setelah sekian lama berjasa, oleh itu janganlah kamu berjasa sangat sebab nanti kena jadi bahan muzium ha ha jadilah orang yang tidak berjasa supaya kau boleh Rest In Peace ha ha voleh!!

kapal perang dan kapal selam berkarat yang dijadikan bahan tontonan...no navy on board!!
it's black, camne Beatles buleh buat lagu Yellow Submarine?
mari masuk submarine...sangat cost saving buat pintu kecik
small bro got excited with all the buttons!!!
Nothing much inside here, macam kau masuk mana-mana muzium je. Adalah sorang pakcik tuh dia bagi penerangan sikit pasal submarine nih, kitaorang pun kusyuk dan kagum ar dengar...oooohhhhh....aaaahhhhh...waaaaaahhhhh...semua keluar, memang kagum gila hinggalah ke saat big bro tanya dia:

"Were you on of the navy serve in this machine?"
"No"
"Were you in the navy back then?"
"No, I just do volunteer work here"
"Cerita bukan main lagi, entah-entah propah je" ha ha yang ini ayat aku seraya berlalu dengan muka kekwat seorang pelancong.
oooohhhing and aaaaahhhhiing...kekaguman tidak terbatas
erk, I think I've shoot the captain
so now I'm the captain
since I'm the captain, we can now sail to war!!!! This is the compass right?"
this is not a navy, this is Hassan the I'm not so obedient moslem from Iraq, he told us where to find halal food, an outlet where we didn't find to date

alamak, I'm late for appointment..da

Monday, August 11, 2008

Pengalaman Bercuti di Kampung Semasa Cuti Sekolah Yang Lalu - Episod 3

So now, perjalanan diteruskan walaupun kaki dah lenguh dan cuaca sangat sejuk ok. Kitaorang jalan kaki je menyusuri George Street menuju ke Harbour Bridge. Sejuk sangat tak hengat cakap lu tapi gaygeh juga berjalan ni, nak tengok George Street katanya. Aku tak kisah sangat sebab aku pakai jaket Zara opppppsss…tersebut pulak. Semua orang tak kisah sebenarnya, even bunda was very energetic despite her age.

This part of Sydney is actually design part by part. From Chinatown to the Opera House you akan jumpa Entertainment district where all the theater, cinemas, arcade and any entertainment outlet you can name of. Next block is the shopping malls section-where Queen Victoria Building is, followed by offices blocks then later the arts section which stretch till Opera House. Semua ni along George Street and Pitt Street. No, Pitt Street has nothing to do with Brad Pitt. There’s a story on Pitt Street but I can’t remember, I ingat George Street je lagipun perjalanan hari ini adalah sepanjang George Street.

George street ini kisahnya merupakan settlement pendatang yang pertama sekali di Australia. Bukan sempena nama George O’Malley, Grey’s Anatomy ya! Orang-orang Australia ni (selain dari aborigine) asalnya adalah banduan-banduan yang dibuang negeri dari england sanun. Omak ai…jauh bonar kau kono buang eh jang, cam mano mak nak molawat ko rayo nanti!?

Mesti kalau kena buang jauh-jauh ni sebab kesalahan-kesalahan beratkan macam membunuh ke, mengaku diliwat ke, mengadakan perhimpunan haram ke tapi rupa-rupanya ada yang kena buang sebab curi kuda dan sebab curi pisau dapur. Curi kuda tu maybe la kesalahan beratkan masa tu, maybe kuda mahal tapi curi pisau dapur???? Buleh!!!! Macam tak berbaloi je kena hantar jejauh sebab kau curi pisau dapur. MR kau jangan nak curi pisau dapur aku, nanti aku hantar kau ke Ostolia ha ha ha neways, si pencurik kuda dan si pencurik pisau dapur akhirnya bertemu jodoh di Ostolia katanya…kan…ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku.

Ini sejarah betul tau, aku baca kat dinding muzium yang berbentuk rumah separuh horror ha ha tapi macam kelakar jugaklah, diaorang ni dulu banduan, pastu kena buang negeri pulak tu, tapi bila dating sini, buka penempatan, tiba-tiba beratus tahun kemudian nama diaorang gah sebagai pembuka Ostolia. Padan muka makcik-makcik kat kampong tuh yang kutuk-kutuk diaorang pencuriklah segala bagai, korang ada nama diingati dan disebut-sebut sehingga beratus tahun lamanya? Nan ADO!!! Eh, ADO?? Hiks…nanti ada orang terasa pulak hiks..neways aku rasa auntie yang curik pisau dapur tuh memang sengaja mencuri sebab nak pergi melancong ke Ostolia katanya. Nak curi benda mahal-mahal tak reti sebab diri tu bukan pencuri so curi benda yang biasa-biasa jelah.

On the way we stumble upon this junction to Liverpool Street. Small bro pointed to me the three monkeys which remind me of the movie see no evil, hear no evil and speak no evil. The place looks interesting but not for me ha ha

Meriahnya dengan lampu

Tadaaaa…Queen Victoria Building (for more information on this building asked Mr. Google or Ms. Yahoo)

The building is so nicely crafted and magnificent tapi wait until you see the interior.
Tadaaaa….melertskan….look at the mosaic!! Ignore the SALE bunting.

This is actually a shopping mall with the exterior of bangunan dulu kala dan dalamnya dipenuhi dengan branded shop outlets hinggakan brand ko tak pernah dengar pun ada tapi the way they presented their outlet seems like they are some big brand ar. We didn’t shop here because half of the outlet you can find kat KL, the price is almost the same, even with the sale so what’s the point.
Look at this stairs….beside it is an elevator with an old system…aku rakam tapi dah terdelete he he
And this is gents….
Sebenarnya singgah sini nak kencing je ha ha lariiiiiiiikkkkk…..

Jauh lagi ni nak sampai ke Harbour Bridge..
He he macam spookykans
Ha ha OMG!!!! This is TMTH uols!!!
Puff Daddy pergi clubbinglah tew
First glimpse of Harbour Bridge..

Masa ni ingatkan dah pukul 11 malam ke hapa sebab dah lama sangat jalankan, rupanya baru pukul 8.30 malam. Tapi crowd macam dah kurang pulak. So kitaorang snappy-snappy berlatarkan Harbour Bridge and Opera House dalam hujan gerimis dan kesejukan malam.

wah...penamat macam penamat citer novel ayat-ayat cinta pulak....ewah..ewah..eh eh

Next day pulak na..

Thursday, August 07, 2008

Pengalaman Bercuti di Kampung Semasa Cuti Sekolah Yang Lalu-Episod 2

Tiba-tiba terjumpa pulak sedara butaseni….

tu dia sedara dia…sedara hang kata raya tahun ni kalau cukup duit dia balik he he jauh sedara hang merantau na…

This is one unique thing that you can find here. That’s an aborigine Australian playing a didgeridoo. Didgeridoo ni adalah alat muzik tradisional orang asli Australia yang sedap sangat bunyinya kalau pandai meniupnya. Kalau tak pandai memang tak bunyi apa, air liur kau je yang keluar ha ha kenapa aku kata unik kerana kalau kat Malaysia, susah kau nak buat persembahan kesenian macam ni, kau akan dikatakan mengganggu ketenteraman awam dan rakan-rakan niaga lain akan mengadu kepada PBT sebab kau tak bayar sewa tapak tapi buat duit, diaorang sewa tapak, tapi tak buat duit. Itulah marketing plan yang paling bagus, salahkan marketing plan orang lain akibat kegagalan marketing plan kita ha ha oppppssss…ini entry lain.

Eh eh siti nurhaliza? Hik hik


Small bro depan grand central station. Grand central station is their KL Sentral tapi lagi besar dan kau boleh sesat, KL Sentral kau tak boleh sesat tapi kau boleh berlanggar-langgar dengan orang lain. Sempit sangat dan panas. Oppss…terkutuk pulak.

Sebenarnya masa ni, kitaorang dah takde idea nak pergi mana dan perut sangat lapar. Dengar cerita ada kedai makan melayu kat area george street. Kaedahnya cari makan melayu kat ostoliakan…tak cukup-cukup makanan melayu kat Malaysia? This is more on safety measures he he halal food punya kes.

A place call kafe kasturi at valentine on george katanya. Owner is a Sarawakian, well itu yang staff dia cakap, who is also a Malaysian, dari gombak lagi cuma mula tu kitaorang ingat dia some African-australian dengan rambut afro and slang segala ha ha rupanya buatan gombak je, oklah but he was very nice, friendly, all the quality you need to be a part-time waiter. OMG aku sangat jahat.

Unfortunately this place only open at 5 pm dan pada masa kitaorang sampai tu it was 3 pm, perut dah lapar gila tapi tetap gaygeh menahan sebab nak makan kat situ jugak. Well apparently Anuar Zain, farah AF and Mawi makan kat situkan….perlu ke? So we walk around the neighbourhood for how many rounds I couldn’t remember tapi jauh jugaklah perjalanan kami untuk mengisi masa-masa terluang. Inilah hasil pengisian masa yang sangat efektif.

Cubaan small bro untuk membodek bonda menambahkan elaun bulanannya.
I'm looking for the 187 calon teman hidup sepenuh masa….takers??

Bonda kata teringat merpati kat trafagal square

Aku sepatutnya ada pic kat dalam kafe kasturi ni…tapi he he dalam kamera kat KL, nanti abang aku dah emel, aku uploadkan.

Bunda was very sexcited jumpa orang Melayu, siap ajak budak tuh sembang lagi, nasib baik budak tu sedar yang dia sedang bekerja, kalau tak aku rasa boleh buat sesi mengumpat. We had a good meal jugak, memang Malaysian food dan sangat sedap. Ok, food takde gambar ye, me not the kind amek gambar-gambar food...I just can't make myself to do it.

After a brief sexplanation on what's nice to see at night around the area by the waiter (till now I can't remember his name) kitaorang blah dari situ dengan perut yang sangat kenyang. There was a group of Malaysian student from Melbourne I think kat meja sebelah, sempat lagi aku bagi peringatan kat diaorang:

"KORANG BELAJAR JAUH-JAUH NI, BALIK MALAYSIA ADA KE COMPANY NAK AMBIK KERJA?"

Lariiiiiiiiiiiiikkkkkkkkk......terus ke George Street dan menuju ke Harbour Bridge. takdelah lari...metafora je tuh, kitaorang jalan kaki.

So next entry kita tengok George Street pulak ye

To be continue

Wednesday, August 06, 2008

PAKEJ PERCUTIAN MUHIBBAH

Promo sket nih...dah murah dah, jangan nak suruh aku belanja lagi...untuk mengelakkan inflasi, eloklah korang belanja diri sendiri ataupun korang punya 'coffee boy' ha ha

Marilah beramai-ramai bercuti di Berjaya Redang Spa Resort dengan pakej percutian menarik untuk anda ha ha

Pakej 3 hari 2 malam termasuk makan, feri dan snokling hanya RM320.00 sajork seorang!!!!

Nak murah lagi, beli pulau sendiri, buka chalet sendiri!!!!!

Ini staff price so kalau korang nak, U have to let me know and I do the booking for you...cakap omputeh lagi...tapi harus diingat, early bird catch the worm first ha ha

mari! mari! mari! Tawaran sah sehingga Oktober 2008 call 0179393429 for bookings

Tuesday, August 05, 2008

Pengalaman Bercuti di Kampung Semasa Cuti Sekolah Yang Lalu-Episod 1

Tajuk sangat karya-karya karangan masa sekolah rendahkan? Pastu tulis dalam buku berita. Sekolah korang ada buku berita tak? Alah, page dia separuh kosong di mana kau buleh lukis-lukis dan separuh lagi ada line. Budak sekolah aku panggil buku berita, cikgu pun panggil buku berita.

"Keluarkan buku berita!!!!" kata cikgu dengan nyaringnya.

Hari ni cikgu nak kata....

"Blog kau dah bersawang!!!! Orang atas kapal tengah laut chronicle kapal laut pun buleh hupdate katanya, dah memang dasar pemalas!! Cubalah ambik contoh orang kaya atas kapal laut tuh...oppppsss!" ha ha semua orang tak faham...dua orang je faham kan kan

Ingat wahdi je pergi Ostolia, aku pun pergi Ostolia...naik MAS lagi!! Dia pergi naik Air Asia sajork ha ha gaygeh nak bergaduh dengan orang. Ini cerita aku kat Ostolia...alah yang aku pergi holiday and tak bawa balik souvenir kat korang tuh, hanya cerita-cerita yang mampu membuatkan korang jeles sahaja dapat aku persembakan. Rasain...

Dah sebulan lebih balik dari Australia, ni baru nak wat entry pasal Australia ha ha matila busy sangat katanya. By the way, gambar kurang sangat sebab aku bergantung harap kepada gambar-gambar yang aku snap dengan camera handphone 3.2 megapixel sahaja (tetap gaygeh nak menyebut pixel kamerakan). Gambar-gambar dalam kamera aku tertinggal kat KL dan video-video yang rakam semuanya aku terdelete. Exactly….sangat tidak disengajakan terasa nak patah balik Australia and rakam semula ha ha nantilah dapat sugar daddy aku buatlah perkara-perkara pelik macam tu.

This was a family trip so don’t expect something that’s wild…semua tindakan dikawal dengan penuh berhemah ha ha

Bonda mengecek takut tertinggal passport dan mengecek senarai barang-barang yang diorder oleh makcik-makcik persatuan ibu bersara. Big bro sedang mengingat kembali dia apply ke tak cuti ni

We landed in Sydney in a very cold weather. If I’m not mistaken it was 17ºC, gila babas punya sejuk, nasib baik ada jaket Zara (perlu ke?) tapi tetap gaygeh kitaorang lima orang berdiri teguh di luar airport blur tak tahu nak buat apa. Bukannya tak ada tempat menunggu kat dalam tu, saja nak test ketebalan kulit.

muka terkejut kena angin sejuk winter di Sydney tapi tetap maintain berlagak

We stayed at this backpackers call Westend or Legendhasit Westend (dah hari nak balik baru aku perasan ada unsur-unsur riak dan takbur pada nama hotel ni ha ha), whateverlah, yang penting tempat ni murah, convenient dan sangat sesuai dengan kami yang berfamily trip ini.

Biliknya just spacious enough for 5 people with 2 double deck with one double deck has a queen bed for the lower deck. Bathroom was comfy enough and nobody was complaining, just that you have to queue la kalau nak mandi ke, nak berak ke, nak kencing ke…nak make-up ke kan…tapi inilah peluang untuk sentiasa sambung tido dengan alasan, ada orang dalam bilik air.

First incident!!!! Orang jarang-jarang sekali nak pakai heater…terlembablah jugak semua orang bereksperimen dengan heater yang tak panas-panas, last-last mintak tolong sorang budak maintenance tuh buat ha ha tapi tetap dia pun tak reti nak buat, so we chased him out and later by miracle aku berjaya membuat ia berfungsi… well aku kan kerja hotel (don’t ask me how, I also don’t know how)

We started our day with a good sleep..ha ha sangat anti-klimakskan. Tapi memang kitaorang tidur gegila. Atas flight takleh tido. Tak selesa sebab seat kecik dan sebab in-flight entertainment best sangat, banyak sangat citer nak tengok. By noon, kitaorang dah gerak dah ke Paddy's Haymarket. Belek-belek map rupanya depan hotel je...letih aku cari arah utara bearing ha ha

Paddy's Market ni adalah sebuah mall di Chinatown yang di bawahnya ada jual barang-barang murah. Or lagi senang disexplainkan macam pasar karat kat stadium shah alam or bundle ha ha tapi sini tak jual bundle macam kat Malaysia. Or we call it feamarket is it? Tak ingatlah tapi bukan Pasar Tani ar. Banyaknya barang-barang souvenir, keperluan rumah, kain baju dan peniaga-peniaga majoriti adalah pendatang asing (legal or not I'm not sure, and you shouldn't care!) plus ada jual buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dari ladang. Oh, ingat dah, it's fleamarket!!! Yeay!!

cepat-cepat lintas!!! Ruang menghabiskan duit di seberang jalan sana!!

Tiba je terjumpa sedara profesore nyah hey kat sini. Sedara mana? To be continue...

Friday, July 11, 2008

sentuhanseni dan entry dwibahasa yang terselit sedikit unsur-unsur untuk membuatkan orang jeles

Sebab wahdi tanya, aku kena sexplainlah.

Sexplain sorang kat wahdi akan jadi scandal masuk TV dan Harian Metro jadi to be fair, aku sexplain kepada semua orang.

Sentuhanseni asalnya adalah direct translation from my web nick which is art_touch. I use art_touch in my email, on myspace, on friendster and beberapa website terlarang. Kadang-kadang masa untuk chatting juga aku pakai nick ini and I have been using this nick since 1996 so it's already 12 years now.

Art is a commercial adjustment of part of my real name. Jiwa aku juga menjurus kepada bidang seni jadi nama itu sangat sinonim dengan aku juga passion aku.

Why art_touch or sentuhanseni for that matter was simply because if you really noticed, theres a lot of meaning that can come from that one word. To me, ia membawa maksud anything that I have touched. Touched macam mana pulak? Touch on any issues, ie. i have touched on the issue of mat rempit, on the issue of boikot Holland, on the issue of traffic Jam. Touch on people, ie. I have touched on people that are dear to me, people whom I love and then left me, people who come across my life in an instant and went of in an instant as well. Touch on things, ie. basically on things that I see, bought, or even thought.

art_touch has always sounds too personal to me so I never wanted to share it with anyone else. Maksudya aku tak mahu orang kenal aku sebagai art_touch. Oleh hal yang demikian, I came up with sentuhanseni. It sounds more commercial. At that moment I was actively involve in the art scene so sentuhanseni sangat menepati kriteria nama pena yang aku cari.

I was thinking, if I to have a brand name, what would I name it?

SENTUHANSENI of course!!!

If I to be known to other people outside the art world, what word would describe me best?

SENTUHANSENI...

This blog start off with lots of entry on art scene. Make it theater review, film review and publication. After 2 years, I sense that my entry has gone from talking about people and other things around me to me, just me. At first I was kinda sad to realised this because it seems like there was no maturity in my writing so I was thinking to change the blog name, dah tak relevan katanya, later bila pikir balik, there's always at least 2 ways to look at one issues...kan..

Aku masih lagi touched here and there, touched this and that though the central attraction is now me. Sentuhanseni doesn't have to talk about aktiviti seni sahaja kerana seni itu luas. Seorang lelaki yang berbogel (kenapa mesti lelaki yang berbogel? ha ha) itu adalah seni. Susunan papan-papan pintu sebuah kedai itu adalah seni. Bagaimana kamu bersin adalah seni. Cara kamu bercakap adalah seni. Seni itu di mana-mana. Oleh itu apa sahaja yang aku sentuh, aku sentuh dengan penuh seni kerana seni dalam diri aku datangnya dari hati yang ikhlas, yang passionate.

SENTUHANSENI kekal di tempatnya.

Sekarang ini aku sedang berehat dari lapangan seni. Aku mahu menumpukan kepada matlamat kewangan yang aku telah tetapkan. Oleh itu kuranglah entry mengenai seni, even kalau aku mengkomen pun mengenai pementasan atau filem yang aku tonton, aku rasa separuh daripada kamu tak akan faham ha ha berapa kerat je yang faham entry ini agaknya. Sila angguk tanda faham ha ha

Untuk maklumat lanjut sila sms ke 32555 dan tekan butang * kemudian jeritlah ha ha ha

Kenapalah engkau dilahirkan bodoh? Untuk maklumat lanjut, baca entry-entry aku yang lepas kemudian kamu analisa sendiri dengan pie chart atau keluk penawaran dan permintaan.

See, there's a seni in my entry. Down here a prove of seni he he

tu dia pi ostolia kerana senikah? sujudssssss....

Group teater mana ntah yang duk heboh kata buat show kat Auditorium P.Ramlee? Tang mana tuh? Citalah sat ha ha

*matila kena sumpah jadi prop

Tuesday, July 01, 2008

Dermalah darah anda kepada manusia, bukan kepada nyamuk aedes

Minta maaflah ye adik-adik, kakak-kakak seksi dan abang-abang kendo hiks...dah lama tak buat entry dan entry yang lepas pun macam kesial je, gambar tersenget katanya. Bukan apa, masa tu kepala otak dah ke lain dah, mana nak siapkan kerja, mana nak pikir cuti, mana nak pikir mana nak cari duit untuk bercuti...kelakar sikit aku ni, orang ada duit lebih pergi bercuti, aku takde duit pergi bercuti katanya ha ha terus balik je, berhutang tapi takpe berhutang dengan mak aku je, instalment 18 bulan ha ha

sikit je kelakarnya, bukannya banyak yang korang gelak guling-guling tuh kenapa?

eh, aku nak attach gambar ni, tak buleh pulak..kenapa ek?


hmmm...tu dia...che art tidoq ka waktu kerja? Dak aih, che art derma darah katanya. Bukan apa, darah banyak sangat jadi kita mendermalah, nak derma duit, che art kedekut, jadi che art derma darah sudahlah..(perasan tak che art kata diri sendiri kedekut? memang kedekut pun so janganlah duk mintak souvenir dari ostolia na...)

tu dia gambaq up close and personal. Bulat pulak muka aku he he sapa la dapat darah aku tapi ntah-ntah sampai lab kena reject he he banyak unsur-unsur negatif katanya.

Senyum tu bukan sebab posing for kamera tapi sebab tahan gelak. Keliling katil masa tuh, penuh staf duk buat lawak-lawak tak perlu. Rasa macam bahan eksperimen pulak. Tajuk eksperimen...apakah yang akan berlaku kepada seorang HR yang kedekut yang menderma darah. Aku organizer je hari tuh tapi disebabkan kena menunjukkan contoh yang baik jadi terpaksalah memberanikan diri (eleh, nak kata aku penakutlah tu, aku kedekutlah, bukan penakut)

Walaupun....hari kempen derma darah tu, kami dapat kumpul 40 beg darah. Satu pencapaian yang baik memandangkan tempoh menderma hanyalah dari jam 9 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kalau buat sehari suntuk, mesti lagi banyak nyawa boleh diselamatkan...katanya.

Tuesday, June 03, 2008

wat saspen je


haiyooo...banyak kerja ar..
lapar
takde idea
hidung tersumbat

Monday, May 19, 2008

Chenta....Love is?

Urrggghhh!!!! Kena tagged lagi. Kali ini si mushroom pula yang tag aku tapi dengan penuh kesopanannya, dia diam je tak bagitahu. Jadinya semasa bloghopping baru aku terperasan yang aku kena tag. Adussss....patutlah masa baca blog dia aku berdebar je..

Sebab soalannya senang aku jawab yang ini dulu, nerd ketat, tag ko tunggu dulu ya, aku masih mencari ilham ha ha

1. What does true love mean to you?
cinta yang tidak berbelah bahagi. walau apa yang berlaku, itulah cinta kita.

2. How do you know you're really in love?
bila semuanya indah

3. How many times in your life have you fallen in love?
i've lost count ha ha

4. Have you ever fallen out of true love because you were mad at the moment?
Perhaps my ex should answer this

5. Do you feel love and physical attraction are the same thing?
nope

6. If your true love became ill or disfigured would you continue to love them the same way?
obviously

7. Should anyone else be able to tell you who to love or not love?
THIS IS A BIG NO NO

8. Do you believe people that ended up divorced were ever truly in love?
once upon a time perhaps. time change, people change

9. Would you give up something you want for someone you love?
if i dont give it up, then i dont love lor

so now the trick is to tag other people. I wanna tag:

nerd ketat
jinggo dari taman free school
castmar

bestkan ada tag neh, tak yah pikir nak wat entry apa.

Wednesday, May 14, 2008

Bermaaf-maafan

Baru sebentar tadi aku memohon maaf pada seorang teman. Hampir air mata menitis ketika kutitipkan kata-kata itu dari bibir. Niat yang datang dari hati dan ditujah oleh akal fikiran, terhambur juga dengan penuh keinsafan. Kesalahannya amat kecil tetapi tujahan rasa bersalah itu terlalu mengganggu fikiran, lantas aku beranikan diri mengubah ego diri.

Alhamdulillah...

Pengucapan itu memang berat namun seusai melaksanakannya, alangkah bahagianya rasa, hilang beban di dada. Sebelum ini aku memang sukar untuk memohon maaf. Kalau kata-kata itu keluar pun, ia seakan tidak ikhlas tapi kerana sudah asalnya pelakon, senang sangat nak melakonkan hingga dipercayai. Seringkali aku hanya membiarkan sahaja situasi tegang itu berlalu pergi dan persahabatan bertaut kembali tapi aku percaya aku perlu berubah.

Alhamdulillah...

Surat kenaikan baru sahaja ditandatangani. Open table belum pasti. Tanggungjawab baru sudah di depan mata. Terharu juga aku dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak pengurusan walaupun usia aku di dalam bidang ini kurang setahun dari setahun jagung namun aku tetap menjadi pilihan mereka. Si lambat kembang mahu mengorak langkah ha ha

Lusa aku akan bercuti ke Kelantan. Ada sebab aku mahu ke sana. Rantau Panjang tempat tujuan. aku nak bershopping meraikan kenaikan harga beras, eh bukan, kenaikan pangkat. Enjoy sorang-sorang kerana sudah biasa begitu. Ada bloggers yang mahu jadi pemandu pelancong?

Baiklah, masa untuk menjawab tagged dari mama chantek Aku je yang layan bebelan dia, jadi aku jelah yang ditaggednya. Orang yang, mula-mula sekali dia tagged pulak tu, nampak sangat aku ni sentiasa di hatinya.

25 steps I repeat every day on normal working days..katanya

  1. Tutup alarm seusai solat subuh (",)
  2. Duduk dekat bucu katil
  3. Baru buka mata
  4. Cari remote astro
  5. On channel 708 - hotfm
  6. Capai towel - mandi, berus gigi, cuci muka dsbnya
  7. Lap2 badan, pakai deodorant, sembur2 sikit, lumur gel kat pala
  8. Amek kunci moto
  9. Pakai kasut
  10. Buka pintu
  11. Jalan pergi kat moto
  12. Start moto
  13. Pecut ke ofis (selalunya dah lambat)
  14. Punch card
  15. Masuk Ofis
  16. On PC
  17. Check email
  18. Pergi morning briefing
  19. Breakfast termasuk mengumpat
  20. Masuk ofis
  21. Check personal mail, blog, ym, myspace, web terlarang
  22. Wat keje ofis
  23. SMS sayang
  24. Balik
  25. Eh, aku kuar pagi tadi lupa tutup TV

Macam kelakar siot tapi inilah rutin. Pulau Fantasi Island ni pemandangan je cantik, kalau nak aktiviti seronok-seronok tu takdelah.

Oh, sudah malam yang gelap, aku mahu pulang. nerd ketatnanti di lain entry aku jawab tag kau pulak.

Pada dua orang rakan bloggers di Miri, good to read both blog on a more cheerful note. Jangan speku-speku lagi ya...

Friday, May 09, 2008

tag dan pintu segala rahsia

Mama, neh, meks nak wat dah tagging mama neh... jap nak pikir



inniew pic verangans...vukans pic verfikir katanya...walaupun


5 benda yang aku nak sebagai hadiah:

  1. Wang tunai RM40,000.00 - wat bayar hutang PTPTN dan hutang kredit kad, ada lebih ni, yang lebih akan digunakan untuk berjoli (kata hadiah!)

  2. Suzuki SWIFT kaler gold macam Mawi punya - Jazz dah ada....

  3. Pakej pelancongan dalam negara setiap bulan (all expenses paid)

  4. 30 hari cuti tanpa rekod

  5. Sebuah gym yang lengkap bersama seorang Personal Trainer

tuuuu....dia....!!!! MR sebelum uols cakap pape, weols cakap dulu, semua ini VERANGANS!!!!


tapi best gak verangans inniew. Oleh ittew aku mahu lagi 5 orang verangans seperti aku.

  1. Akirasuri
  2. Shahramblings
  3. sepet
  4. dayat chronicle
  5. shandye

tolong verangans yer.


Friday, May 02, 2008

Jawatan Kosong

Adalah amat menjengkelkan sekiranya kita mengetahui bahawa ada orang yang bermulut celupar mengata tentang kita. Yang akan lebih menjengkelkan lagi adalah apabila kita tahu yang kita tidak pernah mengambil pusing perihal hidup atau mati orang itu. Tiba-tiba dia dengan rasa penuh rendah diri menghakimi kita dan terus mewar-warkan resolusi yang diciptanya sendiri.

Orang ini ada dalam senarai link saya itu. Blognya sangat tawadduk dan mencerminkan seorang Melayu Islam yang taat tetapi malang sekali, itu hanya di maya. Patutlah kebelakangan ini aku semakin meluat membaca blognya kerana ada rasa-rasa ke'plastik'an yang tidak ternilai.

Walaupun...

Team Tetamu, tahniah di atas pementasan Bila Lagi Kompang Berbunyi. Rakan saya ada pergi menonton, katanya tak kering gusi dari awal hingga ke akhir.

Walaupun...

Maaf kurang update. Kerja sangat banyak yang pending dan masa lapan jam tidak cukup di pejabat. Kadang-kala sangat takut untuk masuk briefing sebab tak mahu dapat kerja baru dan diingatkan mengenai kerja yang lama.

Di sini ingin aku war-warkan kepada semua JAWATAN KOSONG di syarikat aku bekerja (atas sebab-sebab tertentu, nama syarikat tidak akan disebut di blog ini)

EXECUTIVE OFFICE ASSISTANT cum SECRETARY
BOILERMAN
ENGINE DRIVER
HUMAN RESOURCES OFFICER
HUMAN RESOURCES ASSISTANT
GUEST SERVICE EXECUTIVE
GUEST SERVICE OFFICER
ASST. FRONT OFFICE MANAGER

Kepada yang berminat sila email ke art_touch@yahoo.com dan saya akan maklumkan kepada anda kelayakan-kelayakan yang diperlukan, cara permohonan, dan bidang kerja untuk jawatan-jawatan tersebut di atas.

Kalau anda tidak berminat, mungkin sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga, ipar duai anda mungkin berminat...tolong sampaikan na.

Tempat bekerja adalah salah sebuah pulau tercantik di dunia!!! Itu gambarnya di atas sana!

Sunday, April 20, 2008

senyum ya sayang

Pada kala ini aku sedang tersenyum
walaupun workload semakin bertambah
dan kegersangan juga semakin menyerlah ha ha
gersang apa??

sekarang mahu cerita senyum..
senyum kerana naik pangkat lagi
Boss sedang menyiapkan surat..
increment tuh banyakkan ye boss ha ha

akan menjadi Che Art HR Exec!!!

Thursday, April 03, 2008

Boycott

Kita boikot!
Kita boikot!!!
Kita boikot!
Kita boikot!!!

Jangan makan durian belanda
Jangan makan ayam belanda
Jangan jenguk orang belanda di zoo
Jangan gunakan blender..

ha ha

overlah korang neh...AS korang tak nak boikot pulak!
ha...Denmark pun kena boikot tau!

Tuesday, March 25, 2008

BANGSAWANG?

Ampun Tuanku beribu ampun,
Sembah patik harap diampun.

Adalah patik pacal yang hina ini datang mengadap ke bawah Duli untuk memohon perkenan Tuanku terimalah calon hamba itu, wahai Tuanku.

Arggghhh!!!! Beta murka!! Murka!!





EH, ADA SHOW BANGSAWAN KE KAT BANDOR?

Monday, March 24, 2008

entry

INI ENTRY BAHRU....









TAKDE ENTRY SEBAB ADUN MOGOK BEREBUT TAKHTA WAKAKAKAKAKA!!!!!!

TANYA SIKIT...BOLEH BAWAK MASUK KUBUR KE??? HA HA

Tuesday, March 11, 2008

What The...!!!!

potong betul...
sangat potong....
ada pulak pondan berangan nih
tolonglah keluarkan dia awal-awal
dah la guna nama jantan
takde mood aku nak tengok
sialan